BIKECARE-1000 (Permohonan Bantuan P-Hailing Negeri Selangor)

Utama / BIKECARE-1000 / BIKECARE-1000 (Permohonan Bantuan P-Hailing Negeri Selangor)

BIKECARE-1000 (Permohonan Bantuan P-Hailing Negeri Selangor)

Kepada Warga Selangor yang baru ingin menceburi atau telah yang menceburi bidang sektor GIG, kini Kerajaan Negeri Selangor telah membuka permohonan bantuan bayaran pendahuluan pembelian motosikal menerusi Program BikeCare-1000. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara membuat permohonan, semoga membantu.

 

APA ITI BIKECARE-1000

Program BikeCare-1000 ini merupakan satu inisiatif kerajaan Negeri Selangor untuk membantu pekerja GIG (P-hailing). Bantuan bayara pendahuluan untuk pembelian motosikal disediakan bagi meringankan beban pekerja GIG yang telah dan ingin menceburi sektor GIG ekonomi.

 

TARIKH PERMOHONAN BIKECARE-1000

Berikut adalah merupakan tarikh penting bagi permohonan bantuan ini:

  • Tarikh Pengambilan Borang Permohonan: 25.11.22 sehingga 02.12.22
  • Tarikh akhir hantar permohonan: sebelum 7 Disember 2022.

 

SYARAT PERMOHONAN BIKECARE-1000

Berikut adalah merupakan antara syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi permohonan program ini iaitu:

  • Permohonan adalah terbuka kepada warga Selangor sahaja.
  • Pemohon yang berumur 18 tahun ke atas sahaja layak untuk memohon.
  • Pemohon mestilah mempunyai lesen motosikal yang sah.
  • Pemohon mestilah tidak disenarai hitam oleh CTOS/CCRIS.
  • Perrnohonan terbuka kepada pekerja yang telah dan ingin menceburi p-hailing (tertakluk kepada terma dan syarat).
  • Permohonan yang lengkap sahaja akan dilayan.

 

DOKUMEN DIPERLUKAN

Pastikan anda sediakan dokumen seperti berikut untuk dihantar bersama borang permohonan iaitu:

  • Sainan kad pengenalan pemohon (yang jelas).
  • Salinan kad pengenalan penjamin (keluarga terdekat).
  • Salinan penyata bank terkini (2 bulan).
  • Salinan lesen motosikal.
  • Salinan slip gaji terkini (2 bulan)/Surat Lantikan Syarikat (Untuk pekerja p-hailing yang sedang berkhidmat sahaja).

 

CARA PERMOHONAN BIKECARE-1000

Kepada anda yang berkelayakan dan ingin membuat permohonan, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Muat turun borang permohonan DI SINI 
  2. Isikan borang permohonan tersebut dengan lengkap dan tepat. Borang tersebut hendaklah diisi dengan menggunakan pen dakwat hitam/biru.
  3. Setiap maklumat yang diisi adalah di bawah tanggungjawab pemohon dan pihak urus setia tidak akan memproses permohonan yang memberi maklumat palsu.
  4. Permohonan lewat tidak akan diproses.
  5. Kegagalan pemohon untuk mengisi butir-butir yang dikehendaki serta gagal menyertakan lampiran dokumen boleh menyebabkan permohonan ditolak.
  6. Sila kembalikan borang permohonan beserta lampiran dokumen yang diperlukan sebelum 07/12/2022.
  7. Borang permohonan lengkap hendaklah diserahkan ke Pejabat UPPS di alamat berikut:
    • East Entrance, IDCC Ideal Convention Centre Shah Alam, Jalan Pahat L 15/L, Seksyen 15, 40200 Shah Alam.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Program BikeCare-1000, anda boleh melayari facebook rasmi Unit Pemberdayaan Pekerja Selangor (UPPS) di pautan https://www.facebook.com/uppsel

 

ARTIKEL LAIN

BINGKAS SELANGOR 2022 (Permohonan Bantuan RM300 Sebulan)

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *