BINGKAS SELANGOR 2023 (Permohonan Bantuan RM300 Sebulan)
Kepada ibu tunggal di Selangor, Kerajaan Negeri telah telah memperkenalkan bantuan RM300 Sebulan yang dikenali BINGKAS. Bagaimana cara permohonan bantuan BINGKAS Selangor ini? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.
APA ITU BINGKAS SELANGOR
Kerajaan Negeri Selangor telah memperkenalkan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor atau BINGKAS bagi mengiktiraf peranan penting ketua keluarga yang tidak mengenal penat lelah untuk mengurus hal ehwal keluarga, mendidik dan membesarkan anak-anak sewaktu mengharungi pasca pandemik.
Program ini meluaskan capaian dan menambahbaik Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) dan Program Kasih Ibu Smart Selangor Ibu Tunggal (KISS IT) supaya manfaatnya dapat dirasai bukan sahaja golongan ibu tetapi juga anggota keseluruhan keluarga dengan menyasarkan sebanyak 30,000 buah keluarga dengan bantuan RM 300 bagi setiap bulan bagi pembelian barangan keperluan asas serta peralatan pendidikan.
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN BINGKAS
Berdaftar sebagai pemohon BSH/BPR dibawah kategori pendapatan bawah RM2000 atau tersenarai sebagai golongan miskin atau miskin tegar di pengkalan data eKasih.
- Warganegara Malaysia.
- Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun.
- Pemilih berdaftar di negeri Selangor
- Keluarga yang mempunyai tanggungan berusia 18 tahun ke bawah.
- Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK PENDAFTARAN AHLI
- Salinan Kad Pengenalan (Pemohon dan/atau Pasangan)
- Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Pengesahan Belajar daripada IPTA atau IPTS (Anak-anak / Tanggungan)
- Salinan Sijil Kematian / Perceraian / Laporan Polis (untuk bapa/ibu tunggal)
- Salinan Slip Gaji / Pencen Terkini (untuk penjawat awam / pesara)
- Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta)
- Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja).
NOTA: Setiap permohonan akan disemak oleh ADUN dan Selcare. Pemohon yang berjaya akan dimaklumkan melalui e-mel.
KADAR BANTUAN BINGKAS
Melalui bantuan ini, setiap keluarga yang layak (termasuk ibu tunggal) akan menerima bantuan tunai sebanyak RM300 sebulan selama setahun. Ini bermaksud jumlah keseluruhan bantuan adalah RM3,600 setahun.
MANFAAT BINGKAS
- eWallet Bingkas boleh diguna di kedai serta pasaraya berdaftar
- Urusniaga pembelian secara tanpa tunai (cashless)
- RM300 Had bulanan pembelian barangan keperluan asas
- Baki nilai bagi bulan terdahulu tidak akan dibawa ke bulan hadapan
- eWallet Bingkas akan ditambah bila ke tahap RM300 setiap bulan secara automatik.
TARIKH PEMBAYARAN BINGKAS
Bantuan RM300 sebulan selama setahun diagihkan mulai 1 Julai 2022 jam 9.00 pagi.
Selepas pengaktifan akaun BINGKAS, anda diberi masa selama 2 bulan (sebelum 31 Ogos 2022) untuk mengemaskini butiran peribadi anda di laman sesawang https://www.bingkasselangor.com bagi membolehkan mereka mendapat terus menerima manfaat ini.
BARANGAN KEPERLUAN ASAS YANG DILULUSKAN BINGKAS
Hanya jenis barangan yang tersenarai di bawah diluluskan untuk pembelian menerusi program BINGKAS.
- Beras
- Mi dan bihun
- Roti dan biskut
- Telur
- Gula dan Garam
- Rempah ratus, sos, kicap dan sebagainya
- Tepung
- Minyak masak
- Sayur-sayuran dan buah-buahan
- Daging ayam, lembu, kambing dan ikan
- Sabun, kelengkapan mandian dan bahan pencuci
- Lampin pakai buang (bayi/dewasa)
- Produk tenusu (susu segar, susu tepung, susu sejat dan susu pekat manis)
- Barangan sekolah (kasut, beg, buku, alat tulis, parakain seragam dan sebagainya)
- Perihal pendidikan (buku-buku ilmiah/akademik)
PROSUDER PEMBELIAN BINGKAS
- Penerima Bingkas mengunjungi ke kedai-kedai yang tersenarai di bawah program bingkas
- Penerima memilih barangan yang ingin dibeli
- Jururwang mengimbas ID peenrima di aplikasi SELANGKAH untuk pengesahan
- Juruwang mencatatkan barangan yang dipilih penerima dan melakukan saringan mengikut jenis barangan yang tersenarai di bawah program Bingkas
- Penerima memastikan baki akaun Bingaks mencukupi di kad maya dan menekan kad untuk memulakan pembayaran menggunakan aplikasi Wazpay eWallet
- Penerima menekan Pay dan memilih akaun bingkas untuk membuat pembayaran
- Penerima memasukkan pin 6 digit untuk pengesahan untuk mengaktifkan kod QR bagi tujuan pembayaran
- Juruwang mengimbas kod QR untuk menerima bayaran
CARA PEMBAYARAN BINGKAS
- Klik pada kad maya dalam aplikasi selangkah untuk pengaktifan
- Aplikasi Wazpay eWallet akan terbuka jika ia sudah sedia dipasang di telefon pintar anda
- Atau secara automatiknya akan terbuka (Play Store / Apple Store) untuk memuat turun apliaksi jika ia belum sedia dipasang di telefon pintar anda
- Log masuk jika anada sudah memiliki akaun atau klikpada Sign up untuk mencipta akaun baru
- Ikuti arahan yang diberikan sehingga proses mencipta akaun baru selesai
- Pergi semula ke Aplikasi Selangkah. Kad maya akan menunjukkan baki akaun Bingkas anda dan sedia untuk digunakan
CARA PENDAFTARAN BINGKAS
Sekiranya anda baru ingin membuat, berikut dalah caranya
- Layari pautan: https://bingkasselangor.com/
- klik pada daftar permohonan
- Masukkan nombor telefon anda (tanpa -)
- Bagi penerima KISS , sila klik Kemaskini No Telefon untuk mengemaskini nombor telefon anda.
- Ikuti arahan selanjutnya sehingga pendaftaran selesai
ARTIKEL LAIN
PERMOHONAN ILTIZAM SELANGOR SIHAT (ISS)
CARA DAFTAR SELANGOR FREELANCE (Insentif Tunai RM400)
SISM40:CARA DAFTAR/REGISTER/PERMOHONAN SKIM INTERNET SELANGOR M40
Salam . Di mana dapat daftarkan bantuan Bingkas. Terima kasih
Selamat malam tuan, macam mana saya nak buat permohonan untuk bingkas ini, sebelum ini saya penerima untuk kad kiss
https://www.bingkasselangor.com/log-masuk
Saya nak bingkas bantuan sebab saya ada oku tiada suami saya ada dua anak tolong saya puan/tuan itu saja
Bagaimana cara untuk memohon bantuan BINGKAS secara online…?
Akk dulu kiss .. sekarang ni bingkas dapat pakai 2 bulan je.. bantuan bingkas akk dah digagalkan..
Mohon lulus bantuan bingkas akk..
Selamat pagi, tuan,puan
Sebelum bingkas, i dah apply dalam kiss, sekarang saya buat semakan status saya di katakan tiada rekod, dengan itu, saya buat permohonan, ditunjuk, telah pun di register, so macam mana, saya akan buat semakan?
Selamat pagi nak Tanya saya dah guna kad kiss tetapi bingkas ni macam mana nak apply lagi or automatic boleh ambil kad di pusat adun untuk bingkas ni..
Saya mempunyai 4 org anak 3 org bersekolah,dari 3, 2org masih bersusu botol. Kad kiss saya dihentikan hanya gunakan 7bulan sahaja. Tolong luluskan Kad ‘Bingkas Selangor’ utk keluarga saya. Terima kasih.
“HIDUP SELANGOR”
Nama saya priya bingkas ini nak apply nama suami ke atau isteri
Saya nak buat pertanyaan camna cara saya nk buat permohonan bingkaselangor ini. Saya telah mendapat ikiss sebelum ini dan saya telah mengemaskini makluman saya di website selangkah. Hrp mendapat maklum balas dari pihak bingkas Selangor . Terima kasih
Selamat pagi, saya sbg anak perempuan nak Tanya MB Sel MCM mana nak renew kiss card dua ratus kpd bingkas tiga ratus?
Nama emak: Chock Kim Thoh
Ibu tunggal
Bagaimana daftar online
Saya ibu tunggal,seorang anak,MCM mane nak kemaskini kiss kad saya..tolong saya MCM mane nak renew dua ratus kepada bingkas tiga ratus.terima kasih
Selamat pagi,tuan…puan,saya busy permohonan,sy akan buat semakan,saya mempunyai 4 orang 2 anak,1 anak Masih bersusu botol…Tolong luluskan kad Bingkas Selangor,utk keluarga saya,Terima Kasih♥️
Selamat pagi,tuan,puan saya buat permohonan,saya akan buat semakan saya mempunyai 4 org 2anak,1anak Masih bersusu botol,tolong luluskan kad Bingkas Selangor,utk keluarga saya,Terima Kasih ♥️
Assalamualaikum dah mohon kiss sebelum ini dan mohon bingkas kemaskini pemohon nak masukkan dokumen untuk kwmaskini download sangat lama sya buat hari ke 3 tak masuk2 dan terima dokumen ini. Apa masalah line bingkas ini. Harap bagi kerjasama dlm perkara ini untuk mudahkan proses secepat yg mungkin bantuan ini.
Mcm mane nk tukar bantuan kiss ke bantuan bingkas
Yang menjaga warga emas tak boleh mohon ke..
Mcm mana nak aktifkan bingkas.sy penerima kiss.
Saya dah buat binglas kat online tapi document saya tidak lengkap.saya nak
Muat turun document untuk lengkapkan pemohonan tapi tidak boleh kemaskini.macam mana cara lengkapkan document yang perlu .
Saya dah buat bingkas kat online tapi document saya tidak lengkap.saya nak
Muat turun document untuk lengkapkan pemohonan tapi tidak boleh kemaskini.macam mana cara lengkapkan document yang perlu .
SAYA DAH APPLY LAMA UNTUK IBU TUNGGAL NI KENAPA SAMPAI SEKARANG SAYA TAK DAPAT LAGI JAWAPAN YE…
SS
Bilakah tarik masuk duit ke akaun bingkas?
Saya nk tanya kenapa bayaran bingkas saya x msuk lgi selalunya 1 hb dh msuk
May I know have you approve my bingkas Selangor 2022?
Where can check it?
Saya nak Tanya..saya kenapa BINGKAS saya belum masuk lagi..sudah 4 hari bulan..bila boleh masuk ya..barang darup abis..
Saya seorang ibu tunggal..ada anak Dan emak saya saya yang jaga..orang tua ..tolong masuk kan..
Kenapa bayar BINGKAS belum masuk lagi.sudah 20 hari bulan.tolongla
Saya seorang suri rumah ada tiga org anak masih belajar sebelum ini dapat kiss saya pada bulan july sdh apply bingkas dan saya dapat bulan july dan ogos 2022 pun saya dapat rm300 tapi sekarang saya check kuota sdh hbs saya tak dapat macam mana boleh sebab saya awal awal sdh apply
Minta tolong
Saya seorang ibu tunggal berumur 57 tahun. Anak masih belajar. Saya pernah diberi cad KISS sebelum ini. Tapi sekarang tidak lagi dapat bantuan. Tolong saya dapatkan bantuan yang layak untuk saya.
kalau kite text kat sini ada ke yg akn bls???mcm byk je yg tny tp xde yg jawab😓😓
saya pun nk tny la juga..kot ada yg blh jwb ke..smpi ari ni jawapan permohonan
bingkas saya diluluskan atau tidak masih xdapat..smpi bila pula boleh tahu lulus atau tidak?smpi da nk masuk oktober da ni
https://www.bingkasselangor.com/log-masuk
Maaf nk tanya mengapa dh 5/11/2022 tp bingkas sy tak msk lg ya.. 2 bls lps sy msk start 1hb , ni msih tk msk ap sbb ya?
sama dgn saya belum masuk
Saya buat kerja java anak pendapatan RM.300 saya Ada dua anak .
Saya seorang ibu tunggal..saya ada anak..Dan emak saya orang tua Umur emak saya 77 year.saya yang jaga dia.saya satu orang saja kerja..Bayar sewa rumah air api Dan bas sekolah.. untuk emak saya klinik..Dan lain lain lagi.duluh saya dapat kat kiss .. sekarang tak dapat..tolong bantuan saya la..pls..saya orang susah..
Tolong luluskan saya punya BINGKAS..sebulan nak hidup pun susah saya..pls pls pls
Saya seorang ibu tunggal.saya ada anak .Dan emak saya pun tinggal dengan saya..emak saya orang tua.umur dia 77 year.orang sakit..saya tahun lepas bulan 7 dapat kat kiss.. sekarang tak dapat..saya seorang susah..tolong luluskan saya punya BINGKAS..pls
Saya seorang ibu tunggal.saya ada anak .Dan emak saya pun tinggal dengan saya..emak saya orang tua.umur dia 77 year.orang sakit..saya tahun lepas bulan 7 dapat kat kiss.. sekarang tak dapat..saya seorang susah..tolong luluskan saya punya BINGKAS..pls
Saya kena Bayar rumah sewa,bil air , electrik, bas sekolah,untuk ubat emak saya,Dan kninik Dan lain lain lagi..satu bulan nak hidup pun susah…tolong luluskan saya punya BINGKAS.. tolong tolong
AssalamuAlaikum ,dan salam sejahtera,..
Saya ia lah penguna kiss sebelum ini Alahmdullilah kiss banyak membatu saya ,tetapi oleh kerana ,ditukar kepada bingkas,saya ada masalah ,tidak diluluskan ,pada hal saya dah guna bingkas 3 bulan ..
Masalah nya sekarang kenapa binkas suruh kemas kini, dan menunggu jawapn ,jawapan ia lah tak dilulus kan …
So kenapa ye ,apa masaalanya .
Saya nak mengadu kat mana ye Tuan ,selain sini…
Tolong lah ,luluskan .
Saya seorang pesakit kancer
Anak 6 orang ,yg
Kecil cekil lagi ..
Saya.Dah daftar tapi sampai sekarang x de respon..Tolong kasih lulus.Tq
Saya sudah banyak minta tolong …tapi respon…tolong la luluskan saya punya..saya sudah pergi DUN offies pun Tapi tak luluskan ..orang susah la saja..