BKM IBU LAHIR ANAK 2023 (Permohonan One-Off RM500 Insiatif  Cahaya Mata Keluarga Malaysia)

Utama / BKM IBU LAHIR ANAK / BKM IBU LAHIR ANAK 2023 (Permohonan One-Off RM500 Insiatif  Cahaya Mata Keluarga Malaysia)

BKM IBU LAHIR ANAK 2023 (Permohonan One-Off RM500 Insiatif  Cahaya Mata Keluarga Malaysia)

Kepada ibu yang daripada isi rumah yang menerima BKM, sekiranya melahirkan anak pada tahun 2023 akan menerima insiatif secara one-off menerusi BKM Ibu Lahir Anak di bawah program CahayaMata. Disini kami akan kongsikan sedikity maklumat mengenai inisiatif ini.

 

APA ITU BKM IBU LAHIR ANAK

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Ibu Lahir Anak merupakan inisiatif di bawah program CahayaMata Keluarga Malaysia yang akan menerima bantuan tunai one off kepada ibu yang melahirkan anak pada tahun 2023

Menteri Kewangan berkata peruntukan sebanyak RM150 juta itu bertujuan meningkatkan kadar kelahiran, di samping mengurangkan masalah kanak-kanak bantut.

 

KADAR BANTUAN BKM IBU LAHIR ANAK

Ibu daripada isi rumah penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang melahirkan anak pada 2023, akan diberi bantuan tunai secara ‘one-off’ sebanyak RM500.

 

CARA BAYARAN BKM IBU LAHIR ANAK

Pemberian bantuan ini hanyalah kepada ibu  yang melahirkan anak bukannya kepada bapa

 

MENGENAI BAJET 2023

  • Bajet 2023 adalah yang kedua di bawah kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan yang kedua sejak Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) dilancarkan pada 27 Sept tahun lepas.
  • Bajet 2023 akan segera responsif kepada sebarang cabaran dan melalui bantuan yang komprehensif kepada Keluarga Malaysia, bukan sekadar kumpulan B40 tetapi juga M40, wanita, belia, OKU dan semua segmen masyarakat.
  • Bajet 2023 bertanggungjawab untuk mengimbangi dasar fiskal yang mengembang dengan melaksanakan pembaharuan fiskal ke arah kemampanan kewangan Kerajaan dalam jangka panjang. Bajet ini bertanggungjawab membina daya tahan negara bagi mendepani sebarang krisis yang mendatang.
  • Bajet 2023 ialah reformis yang mengambil peluang merubah landskap pembangunan negara agar lebih inklusif dan mampan di samping menyokong industri negara yang kukuh melalui pelaburan strategik.

 

BAJET 2023 UNTUK WANITA

Berikut adalah merupakan antara bajet 2023 yang diumumkan

  • Bagi menggalakkan lebih ramai wanita kembali bekerja setelah mengambil tempoh career break (berhenti sementara daripada pekerjaan), kerajaan bercadang untuk mengecualikan cukai pendapatan ke atas pendapatan yang diterima mulai tahun taksiran 2023 hingga tahun taksiran 2028.
  • Bagi menangani isu kesihatan mental dan keganasan rumah tangga, Pusat Sokongan Psikososial Setempat akan diperkukuh.
  • Kerajaan juga katanya akan memperbanyak ujian saringan melalui subsidi ujian mamogram dan program saringan kanser serviks kepada kaum wanita
  • Bagi mendorong lebih ramai wanita meningkatkan kapasiti perniagaan dan menambah baik strategi pemasaran, sejumlah RM235 juta dana pembiayaan tersedia khas untuk wanita di bawah Skim Semarak-Nita BSN, Tekunita TEKUN, DanaNita MARA dan Biz Lady Bank Rakyat.
  • Bagi terus memperkasakan peranan wanita di peringkat kepimpinan korporat, Suruhanjaya Sekuriti akan memperkenalkan program latihan khas untuk meningkatkan kemahiran wanita, mengenal pasti dan seterusnya menambah bilangan wanita yang layak dilantik sebagai ahli lembaga pengarah.

 

ARTIKEL LAIN

SEBAB DUIT BKM LAMBAT MASUK (Semak Status Bayaran)

18 Comments

  1. Assalamualaikum dan salam sejahtera.
    Boleh saya tahu bila tarikh permohonan Bkm Ibu Lahir Anak 2023 dibuka?

  2. Selamat tengahari..macam mana prosuder untuk memohon bantuan kelahiran anak 2023 ..apa proses yg diperlukan

  3. askum..sy bulan dpn dh nk bersalin
    .boleh ke sy dptkn bantuan ni..hrp ada yg dpt membantu sye

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *