CARA DAFTAR BKSS 7.0 RM5,000 (Fasa1) Bermula 7 Oktober 2021

CARA DAFTAR BKSS 7.0 RM5,000 (Fasa1) Bermula 7 Oktober 2021

Sudahkan anda mengetahui bahawa Kerajaan Sarawak telah melancarkan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 7.0 berjumlah lebih RM800 juta bagi memperkasakan aktiviti perusahaan dan perniagaan dalam tempoh peralihan Pelan Pemulihan Nasional (PPN). Pendaftaran BKSS 7.0 RM5,000 (Fasa1) akan dibuat bermula 7 Oktober 2021.

 

APAKAH BKSS 7.0 ?

Bantuan Khas Sarawakku Sayang 7.0 adalah untuk memperkasakan aktiviti perusahaan dan perniagaan. Bantuan khas kewangan secara one-off sebanyak RM10,000 untuk perniagaan aktif di Sarawak yang berdaftar dengan PERKESO setakat 31 Disember 2020.Bantuan khas kewangan ini akan dibayar dalam dua peringkat, RM5,000 pada bulan September 2021 dan baki RM5,000 akan dibayar pada bulan Disember 2021.

 

3 FOKUS UTAMA BANTUAN BKSS 7.0

 

  • Bantuan Khas Kewangan One-Off Berjumlah RM10,000 kepada perniagaan aktif yang berdaftar dengan SOCSO / PERKESO
  • Pelonggaran polisi perolehan kerajaan akibat pandemik COVID-19
  • Pembaharuan permit pekerja asing untuk sektor pertanian, perlombongan, pembinaan dan perkhidmatan.

 

PERMOHONAN BKSS 7.0 PENIAGA / PENJAJA

Permohonan adalah tidak diperlukan. Ianya akan diberi kepada syarikat-syarikat di bawah Perusahaan Kecil dan Sederhana yang aktif menjalankan aktiviti perusahaan dan perniagaan dan berdaftar dengan PERKESO sebelum atau pada 31 Disember 2020.

 

SYARAT KELAYAKAN

Antara syarat yang ditetapkan untuk PKS adalah perniagaan mestilah aktif yang berdaftar dengan SOCSO setakat 31 Disember.

PKS merupakan satu entiti perniagaan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau badan-badan yang sama taraf dengannya seperti badan professional atau pejabat daerah di Sarawak.

 

Walau bagaimanapun, definisi ini tidak termasuk entiti awam yang berada di papan utama dan subsidiari seperti berikut:

(i) Syarikat tersenarai awam yang berada di papan utama;

(ii) Syarikat multinasional (MNCs);

(iii) Syarikat berkaitan Kerajaan (GLCs),

(iv) Syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan (MKDs); dan

(v) Perusahaan milik Kerajaan Negeri.

 

CARA PENDAFTARAN

  • Untuk mendaftar, PKS perlu melayari laman web rasmi Kerajaan Sarawak di https://sarawak.gov.my/ bermula 7 Oktober 2021.
  • Sila muatnaik borang dan dokumen yang diperlukan seperti dalam surat yang diterima di atas.Pemohon perlu mendapatkan Sarawak ID bagi melengkapkan permohonan.

 

TARIKH AKHIR PERMOHONAN

Tarikh akhir melengkapkan dokumen melalui Portal https://sarawak.gov.my/ adalah pada 22 Oktober 2021.

 

TARIKH BAYARAN BKSS 7.0

Bayaran bantuan RM10,000 untuk peniaga / perusahaan kecil / penjaja ini akan disalurkan dalam dua peringkat; iaitu:

 

Fasa 1: Bayaran sebanyak RM5,000 pada bulan Oktober 2021

Fasa 2: Baki bayaran sebanyak RM5,000 pada bulan Disember 2021

Bantuan khas kewangan one-off akan didepositkan terus ke akaun rasmi bank syarikat berdaftar dengan PERKESO.

Baca juga BANTUAN TUNAI BKSS TERCICIR:CARA PERMOHONAN & RAYUAN

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman web rasmi Kerajaan Sarawak bagi inisiatif ini di pautan https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/278/333/

2 Comments

  1. Christopher anak Saba
    Rumah Paula sungai pedadai
    Batu lima 96500 Bintangor
    Sarawak.
    KP 731230135533
    Bantuan bkss 0.7
    Pnajaja kecil dan peniagan

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *