CARA DAFTAR & ORDER BOOST MAKAN (Guna eWallet Boost)

Utama / BOOST MAKAN / CARA DAFTAR & ORDER BOOST MAKAN (Guna eWallet Boost)

CARA DAFTAR & ORDER BOOST MAKAN (Guna eWallet Boost)

Pada masa kini khidmat pesanan makanan atas talian memag amat menggalakkan. Terkini Boost telah  memperkenal Boost Makan, iaitu platform pesanan makanan baharu untuk membantu para peniaga makanan dan minuman (F&B) membawa perniagaan mereka ke dalam talian tanpa perlu melalui sistem yang rumit dan caj yang mahal.

Bagaimana cara daftar dan order makanan menggunan eWallel Boost? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

 

CARA DAFTAR BOOST eWALLET

Berikut adalah cara register akaun BoostEwallet,ikuti langkah di bawah untuk buka  akaun Boost:

  1. Muat turun aplikasi Boost dari gedung Google Play atau gedung Apple App
  2. Buka aplikasi Boost anda dan Klik pada “Register”
  3. Masukkan nombor telefon anda
  4. Anda akan meneri SMS dengan kod TAC 6 digit. Jika anda tidak menerima SMS, klik pada “Did not receive SMS” dan boost app akan menghantar semula SMS.
  5. Kemudian anda dikehendaki utuk mengisi butiran berikut:
    • Nama anda
    • Alamat e-mel anda
    • Kata laluan anda ingin.
    • Sediakan PIN transaksi 6-digit untuk membuat semua transaksi dalam aplikasi boost.
    • Masukkan invite kod (sekiranya anda) untuk mendapatkan tambahan bonus
    • Pilih telco anda
  6. Pada permulaan anda akan mendapat Akaun Basic, yang mana Had EWallet anda adalah RM200. Dan jika anda mahukan EWallet sehingga RM1500, anda perlu upgrade akaun ke PREMIUM.
  7. Jika anda memilih PREMIUM, anda dikehendaki memberikan butiran IC / pasport anda. Rujuk CARA UPGRADE BOOST PREMIUM
  8. Selesai

 

CARA ORDER BOOST MAKAN

Selepas selesai proses pendaftaran, berikut adalah cara untuk membuat tempahan makanan melalui aplikasi Boost Makan:

  1. Buka aplikasi Boost anda
  2. Klik pada Boost Makan
  3. Klik pada pilihan kedai pilihan anda inginkan
  4. Kemudian pilih makanan yang anda inginkan dan tambahkan dalam troli kemudian klik pada Update Profil
  5. Lengkapkan maklumat yang diperlukan termasuk alamat rumah anda
  6. Sahkan tempahan anda dan buat pembayaran mengguna Boost eWallet. Sekiranya anda ingin mengetahui cara Topop eWallet Boost anda boleh Rujuk DISINI (mey link aktif dan topup Boost)
  7. Setelah selesai membuat pembayaran, maklumat tentang tempahan anda akan terpapar.
  8. Tunggu sehinga tempahan anda sampai depan rumah anda
  9. Selesai

 

PROMOSI PERMULAAN BOOST MAKAN

Promosi pulangan tunai RM5 kepada pengguna yang membut pesanan di dalam Boost Makan. Kempen berjalan selama dua pusinga iaitu:

  • Pusingan pertama dari 22 hingga 30 November 2021
  • Pusingan kedua pula dari 1 hingga 31 Disember 2021.

Untuk menerima pulangan tunai RM5, pengguna perlu berbelanja sekurang-kurangnya RM20 dalam setiap pesanan, tidak termasuk caj penghantaran.

Dalam setiap pusingan, pengguna boleh menerima maksimum tiga kali pulangan tunai RM5. Tetapi hanya terhad:

  • 600 pesanan pertama sahaja akan menerima pulangan tunai dalam pusingan pertama
  • 1,400 pesanan pertama dalam kumpulan kedua.

NOTA: Pulangan tunai yang diterima hendaklah digunakan dalam masa 30 hari.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai cara Order Boost Makanan, anda boleh mendapatkan info dari Boost  eWallet melalui pautan berikut https://www.myboost.com.my/

 

ARTIKEL LAIN

CARA TUKAR NO HP EWALLET (Touch ‘n Go, Boost, GrabPay, ShopeePay)

BOOST MERCHANT:CARA DAFTAR/REGISTER AKAUN UNTUK KEDAI/PERNIAGAAN

LUPA NOMBOR PIN eWALLET Touch ‘n Go Boost (Cara Reset Jika Terlupa)

 

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *