BOOST MERCHANT(CARA DAFTAR/REGISTER AKAUN KEDAI/PERNIAGAAN) 

Utama / BOOST MERCHANT / BOOST MERCHANT(CARA DAFTAR/REGISTER AKAUN KEDAI/PERNIAGAAN) 

BOOST MERCHANT(CARA DAFTAR/REGISTER AKAUN KEDAI/PERNIAGAAN)

Jika anda mempunyai dan ingin memudahkan pelanggan membuat pembayaran tanpa tunai, ketahui cara daftar Boost Merchant secara online supaya anda boleh meluaskan lagi capaian perniagaan melalui Aplikasi Boost Business yang semakin popular di Malaysia.

 

Bagaimana cara daftar Boost Merchant? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

 

 

APA ITU BOOST APP

 

Boost app adalah aplikasi dompet mudah alih yang bertujuan untuk merevolusikan cara anda berurusan di dunia semakin digital dan mudah alih hari ini. Dengan menggabungkan keperluan gaya hidup dan teknologi digital canggih, Tingkatkan membuat transaksi lebih mudah, lebih cepat, lebih selamat dan pengalaman keseluruhan lebih bermanfaat untuk pengguna. Dengan aplikasi Boost app, anda boleh membayar di pedagang yang mengambil bahagian dengan telefon bimbit anda tanpa kerumitan menggunakan tunai fizikal. Anda juga boleh menambah kredit prabayar anda secara on-the-go, membayar bil dan juga membeli pelbagai baucar digital pada tawaran hebat melalui Kedai Digital kami. Kami di Boost terus berusaha untuk memperluaskan perkhidmatan kami untuk kemudahan anda.

 

MUAT TURUN APLIKASI BOOST MERCHANT

 

Anda seharusnya memuat turun (download) aplikasi bagi memudahkan urusan perniagaan anda melalui aplikasi Boost Business

  • Bagi pengguna Android: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.myboost.merchantapp&hl=en&gl=US
  • Bagi pengguna IOS: https://apps.apple.com/my/app/boost-business/id1301748024

 

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

 

Pastikan anda sediakan dokumen berikut:

  1. Salinan Kad Pengenalan
  2. Penyata Bank terkini
  3. Sijil SSM
  4. Bil Pelbagai (untuk SSM)

 

CARA DAFTAR BOOST MERCHANT

 

Jika anda berminat untuk daftarkan perniagaan anda dengan Boost Merchant, anda boleh berbuat demikian dengan mengikuti langkah-langkah ini:

  1. Layari laman web Boost: https://signup.boost-my.com/
  2. Seterusnya anda dikehendaki mengisi borang pendaftaran.
  3. Pada bahagian butiran Pemilik / Pengarah:
    1. Nama Penuh mengikut Kad Pengenalan
    2. Peranan Syarikat
    3. Jenis ID
    4. Nombor Kad Pengenalan
    5. Alamat emel
    6. No telefon
  4. Masukkan Kod Referal (sekiranya ada)
  5. Kemudian tekan Next
  6. Selesai

 

 

CARA PENGAKTIFAN BOOST MERCHANT

 

Setelah berjaya daftar Boost Merchant, anda perlu membuat beberapa lagi langkah pengaktifan iaitu;

  1. Dalam masa & hari bekerja, anda akan menerima panggilan dari pihak Boost.
  2. Sekiranya anda tidak dihubungi, anda boleh menghantar emel ke [email protected] atau menghubungi nombor 03-2260 9494 (Isnin hingga Jumaat 9 pagi – 9 malam).
  3. Pastikan anda menyediakan dokumen yang diperlukan.
  4. Maklumat ini akan diminta oleh wakil dari pihak Boost.
  5. Setelah pihak Boost telah meluluskan akaun business anda, anda boleh log masuk melalui aplikasi mobile Boost Business.
  6. Selesai

 

 

SOALAN LAZIM

 

Apakah ciri-ciri Boost Merchant?

Ciri-ciri Kami dalam Meningkatkan Perniagaan ialah:

  1. Log Masuk Perniagaan – Nikmati urus niaga seharian dengan perniagaan Boost.
  2. Pembayaran Tanpa Tunai melalui QR Code – Terima pembayaran daripada pelanggan anda melalui Imbas & Bayar dengan kod QR statik / dinamik kami.
  3. Periksa Sejarah Jualan Anda – Dapatkan gambaran keseluruhan aktiviti penjualan harian anda dengan mudah.
  4. Lihat Halaman Utama Perniagaan – Nikmati urus niaga seharian dengan perniagaan Boost.
  5. Pembayaran melalui Pautan Pembayaran – Terima pembayaran daripada pelanggan anda melalui Imbas & Bayar dengan kod QR statik / dinamik kami.
  6. Penyelesaian Automatik – Dapatkan gambaran keseluruhan aktiviti penjualan harian anda dengan mudah.

 

Bila Boost akan membayar ke dalam account bank peniaga?

Pembayaran ke dalam akaun bank anda akan di buat pada keesokkan harinya ( untuk Maybank). Bank lain-lain perlu tunggu 2-3 hari bekerja. Ini adalah standard procedure yang dilakukan. Setakat ini tiada lagi masalah duit tidak masuk ke dalam account peniaga pada tempoh yang ditetapkan.

 

MAKLUMAT LANJUT

 

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang Boost Merchanta, anda boleh layari web rasmi Boost di pautan www.myboost.com.my

 

ARTIKEL LAIN

CARA DAFTAR FOODPANDA RIDER ONLINE:SEMAKAN KADAR BAYARAN (Register foodpanda.my)

CARA DAFTAR GRABFOOD RIDER MALAYSIA ONLINE:SEMAKAN SYARAT/GAJI/PAY(grab.com/my/)

FOODPANDA MERCHANT:CARA DAFTAR PARTNER KEDAI MAKAN & RESTORAN

GRABFOOD MERCHANT: CARA DAFTAR PARTNER KEDAI MAKAN & RESTORAN

One comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *