BORANG NIKAH ONLINE SPPIM (Cara Permohonan Setiap Negeri)

Utama / BORANG NIKAH ONLINE / BORANG NIKAH ONLINE SPPIM (Cara Permohonan Setiap Negeri)

BORANG NIKAH ONLINE SPPIM (Cara Permohonan Setiap Negeri)

Bagi pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga, sudah tentunya ingin mengetahui cara untuk membuat permohonan kebenaran perkahwinan. Terkini permohonan kebenaran perkahwinan boleh dilakukan secara online melalui Portal SPPIM ( Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia).

Bagaimana cara untuk membuat permohonan kebenaran nikah melalui Portal SPPIM? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

 

APA ITU PORTAL SPPIM

Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM) merupakan sistem yang disediakan berasaskan proses kerja untuk kegunaan semua Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) khususnya Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) di Malaysia secara lebih efisien dan teratur.

Modul-modul yang terdapat dalam SPPIM antaranya ialah permohonan kursus pra-perkahwinan, permohonan kebenaran nikah, pendaftaran nikah sehinggalah kepada proses perceraian, rujuk dan rundingcara.

 

CARA HANTAR BORANG NIKAH SPPIM

Berikut adalah panduan ringkas penghantaran borang nikah SPPIM:

  • Isi Borang Nikah Online di SPPIM
  • Buat HIV test & kursus kahwin
  • Lelaki pergi kariah
  • Lelaki submit borang dekat PAID
  • Lelaki pass borang lengkap pada Perempuan
  • Perempuan pergi kariah
  • Perempuan submit borang dekat PAID

 

CARA  PERMOHONAN KEBENARAN NIKAH SSPIM ONLINE

Berikut adalah merupakan panduan permohonan kebenaran nikah:

  1. Pemohon kebenaran berkahwin online boleh dibuat sekiranya:
    • Kedua-dua pemohon dari negeri yang menggunakan SPPIM iaitu Negeri Sembilan, Melaka, Perlis, Kedah, Perak dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Johor dan Selangor.
    • Salah seorang pemohon dari negeri yang menggunakan SPPIM.
    • Kedua-dua pemohon dari negeri yang tidak menggunakan SPPIM tetapi tempat majlis akad nikah adalah di negeri SPPIM.
  2. Permohonan Borang Nikah Online (BNO) perlu diisi oleh salah seorang pasangan sama ada lelaki atau perempuan.
  3. Pemohon perempuan boleh mendapatkan kebenaran berkahwin dari Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) selepas pemohon lelaki mendapat kebenaran berkahwin dimana status permohonan di dalam BNO adalah lulus.
  4. Sebelum mengisi BNO, pastikan anda mempunyai maklumat perkahwinan dan maklumat wali.
  5. Permohonan BNO hendaklah dibuat dalam tempoh 3 bulan (90 hari) sebelum tarikh cadangan pernikahan. Sekiranya melebihi 3 bulan (90 hari) secara automatik permohonan akan terbatal.
  6. Pastikan pemohon menyimpan nombor rujukan BNO dan email selepas permohonan dibuat bagi tujuan semakan atau pengemaskini.
  7. Pengemaskinian permohonan BNO hanya boleh dibuat selagi pemohonan lelaki belum diproses oleh PAID.
  8. Sebarang pembetulan maklumat bagi permohonan yang sedang diproses oleh PAID boleh dimaklumkan kepada pihak PAID.
  9. Pastikan setiap pemohon iaitu lelaki dan perempuan membawa dokumen sokongan sebagaimana di dalam senarai semak BNO bersama dengan Borang Permohonan Kebenaran Berkahwin yang telah dicetak dan ditandatangan oleh pemohon, wali (bagi pemohon perempuan) dan Penolong Pendaftar kariah/kawasan.
  10. Pastikan pemohon mengetahui kariah tempat tinggal/bermastautin. Bagi pasangan dari negeri selain dari Negeri Sembilan, Melaka, Perlis, Kedah, Perak dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Johor dan Selangor boleh pilih mana-mana kariah yang berhampiran dan ia tidak memberi kesan kepada sistem ini.
  11. Pastikan status pemohon lelaki (Bujang, Beristeri, Duda) dan perempuan (Dara, Janda, Balu Thayyib) adalah betul.
  12. Pastikan maklumat warganegara dan negara asal dikemaskini sekiranya pemohon atau pasangan bukan warganegara.
  13. Pastikan alamat surat menyurat tepat dimana ini akan menentukan Pejabat Agama Islam Daerah yang berbidangkuasa dalam mengeluarkan Kebenaran Berkahwin.
  14. Maklumat Ujian Saringan HIV tidak perlu diisi kerana Borang Pemakluman Ujian Sariingan HIV hanya boleh dicetak selepas permohonan online selesai diisi. Maklumat ujian boleh dikemaskini selepas pemeriksaan dijalankan.

 

BORANG KEBENARAN NIKAH ONLINE SETIAP NEGERI

Berikut adalah merupakan pautan borang kebenaran nikah online mengikut negeri:

NEGERILINK PAUTAN
Negeri Sembilan, Melaka, Perlis, Kedah, Perak, WP Kuala Lumpurwww.sppim.gov.my
Johorencr.johor.gov.my
Selangorncr.jais.gov.my
Sabahjheains.sabah.gov.my/index.php/perkhidmatan/perkahwinan
Sarawakkiswa.sarawak.gov.my/kiswa
Kelantaneqaryah.jaheaik.gov.my/perkahwinan_prosedur.php
Pulau Pinangemunakahat.penang.gov.my
Pahangemunakahat.pahang.gov.my
Terengganuemunakahat.terengganu.gov.my

 

CARA ISI BORANG NIKAH ONLINE (SPPIM)

Berikut adalah merupakan proseder/panduan mengisi borang nikah SPPIM:

  1. Layari Portal SPPIM: https://www.sppim.gov.my/
  2. Klik pada Benar Nikah Online
  3. Seterusnya klik pada Permohonan Baru.
  4. Lengkapkan semua maklumat yang diperlukan (wajib isi semua yang bertanda *) seperti:
    • Maklumat Pemohon Laki
    • Maklumat Pemohon Perempuan
    • Maklumat Kebenaran
    • Maklumat Wali
  5. Setelah lengkap semuanya, klik Seterusnya
  6. Seterusnya tick pada Saya Bersetuju dan tekan Hantar.
  7. Pastikan anda mencetak borang permohonan dan cetak senarai semak.
    • kalau kedua dua pemohon dari negeri yang perlu isi SSPIM akan ada borang untuk kedua dua pemohon
    • borang perlu dicetak dalam dua salinan – tak kisah berwarna mahupun hitam putih
    • borang yang tak lengkap/tidak benar perlu diisi semula
    • Pastikan anda menyimpan no rujukan ( BNO )
  8. Pastikan anda menyemak dokumen anda kembali berdasarkan Senarai Semak sebelum di hantar ke pejabat agama.
  9. Selesai

 

ARTIKEL LAIN

SEMAKAN STATUS PERKAHWINAN GUNA IC (CHECK BUJANG KE BERKAHWIN)

SEMAKAN REKOD JENAYAH PASANGAN SEBELUM KAHWIN (Guna Nombor IC)

SEMAKAN HARGA MAS KAHWIN (Harga Mahar Mengikut Negeri)

JPN ESERVICES(PERMOHONAN CABUTAN/SALINAN SIJIL KELAHIRAN,KAD PENGENALAN KANAK-KANAK 12 TAHUN & PERKAHWINAN TANPA LESEN ONLINE)

3 Comments

  1. Assalamualaikum

    Tiada borang online untuk diisi dan tiada borang permohonan untuk di muat turun

  2. Tiada sebarang borang online untuk di isi. nak nikah pun susah. disediakan peraturan tapi tiada plan tindakan .
    Tiada sebarang borang disediakan

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *