BORANG PERMOHONAN PERMIT BKSS:SEMAKAN STATUS PERMIT 2021

BORANG PERMOHONAN PERMIT BKSS

BORANG PERMOHONAN PERMIT BKSS:SEMAKAN STATUS PERMIT 2021

Andakah anda seorang peniaga dan penjaja di negeri Sarawak. Semasa pandemik melanda, perniagaan anda terjejas. Terdapat berita baik untuk golongan penjaja, peniaga kecil dan pengusaha gerai makanan yang tidak berlesen, anda boleh mencuba memohon Permit Bantuan Khas Sarawakku Sayang 2021.

Jika anda ingin memohon bantuan tersebut, anda mestilah memenuhi garis panduan dan kriteria kelayakan untuk Bantuan Khas Sarawakku Sayang 6.0 yang telah digariskan oleh Kerajaan Negeri.

Antara kriterianya umum adalah seperti berikut

  • Pemohon mestilah warga Sarawak yang menetap dan berniaga di Sarawak
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Pemohon mestilah peniaga yang pernah mengendalikan gerai sebelum 1 Jun 2021.

Baca juga SEMAKAN STATUS BKSS 6.0:CHECK KELAYAKAN BANTUAN KIR B40/INDIVIDU BUJANG B40

CARA PERMOHONAN BORANG PERMOHONAN PERMIT BKSS

Jika anda ingin membuat permohonan BKSS, berikut merupakan Langkah-langkah cara membuat permohonan

  1. Anda perlu melayari laman web https://community-service.sarawak.gov.my/
  2. Tekan pada menu ‘Borang Permohonan Permit’
  3. Isikan maklumat yang lengkap pada ruang yang disediakan (Ruangan bertanda * wajib diisi)
  4. Sertakan lampiran yang perlu dimuat naik semasa permohonan
  5. Tick pada butang ‘Setuju’
  6. Tekan butang ‘Hantar’
  7. Permohonan anda telah selesai

Jika permohonan anda cicir, anda boleh tahu cara untuk buat BANTUAN TUNAI BKSS TERCICIR:CARA PERMOHONAN & RAYUAN

 

SENARAI LAMPIRAN YANG PERLU DIMUAT NAIK

Semasa membuat permohonan, anda perlu memuat naik lampiran yang diminta untuk sebagai bukti dan rujukan permohonan. Untuk memuat naik, saiz fail mestilah maksimum 4 MB sahaja. Format file mestilah dalam jpg, jpeg, png dan bmp sahaja

 

  • Gambar Mykad
  • Gambar Mykad/passport pasangan
  • Gambar terkini permohonan
  • Gambar gerai / tempat perniagaan
  • Lesen dan permit
  • Bil utility

semak juga PERMOHONAN & SEMAKAN INISIATIF BKSS

 

CARA BUAT SEMAKAN STATUS PERMIT BKSS 2021

Selepas anda memohon, permohonan anda akan diproses. Setelah selesai, anda boleh membuat semakan status permit BKSS anda. Caranya adalah seperti berikut.

  1. Anda perlu melayari laman web https://community-service.sarawak.gov.my/
  2. Tekan pada butang ‘Semak Status’
  3. Isikan nombor kad pengenalan pada ruangannya.
  4. Status anda akan dipaparkan pada skrin paparan.

 

SYARAT BAGI PERMOHONAN BKSS

  1. Pemohon HENDAKLAH warga Sarawak yang menetap dan menjalankan perniagaan di Sarawak.
  2. Mestilah berumur 18 tahun dan ke atas.
  3. Pemohon adalah bagi peniaga-peniaga yang benar-benar menjalankan aktiviti perniagaan secara fizikal seperti menjalankan perniagaan menggunakan stall / kiosk / di bahu jalan sebelum 1 Jun 2021.
  4. Stall yang beroperasi di dalam Kedai Kopi adalah layak memohon dengan melampirkan dokumen pengesahan yang berkaitan.
  5. Perniagaan atas talian (online) adalah TIDAK LAYAK untuk membuat permohonan.
  6. Peniaga hendaklah berdaftar dan mempunyai permit daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di kawasan perniagaan masing-masing.
  7. Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 Jun 2021.
  8. Tempoh sah permit adalah dari bulan Jun sehingga November 2021, tanpa sebarang bayaran permit (RM30.00) dikenakan sepanjang tempoh sah ini.
  9. Semua maklumat yang diberikan oleh pemohon hendaklah tepat dan benar.
  10. Sekiranya terdapat maklumat palsu, permohonan akan dibatalkan. PBT berhak membatalkan permit tersebut sekiranya permit telah dikeluarkan.
  11. PBT berhak untuk meluluskan atau menolak permohonan tanpa prejudis dan segala rayuan tidak akan dilayan.
  12. Pembayaran untuk BKSS adalah melalui:
    • Sarawak Pay

Anda ada ijazah,nak jadi guru DG41?Boleh mohon bermula 7/7/2021 di portal mySPP

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang maklumat lanjut tentang permohonan permit BKSS 2021, boleh menghubungi Talikhidmat di

Talian : 082-555 999 atau

email : [email protected]

 

 

 

 

 

6 thoughts on “BORANG PERMOHONAN PERMIT BKSS:SEMAKAN STATUS PERMIT 2021”

Leave a Comment