BOSS TAK BAYAR GAJI ON TIME (Apakah Tindakan Pekerja Patut Buat?)

Utama / BOSS TAK BAYAR GAJI / BOSS TAK BAYAR GAJI ON TIME (Apakah Tindakan Pekerja Patut Buat?)

BOSS TAK BAYAR GAJI ON TIME (Apakah Tindakan Pekerja Patut Buat?)

Pernahkah anda alami situasi di mana anda mengaharapkan gaji anda dimasukkan on time pada tarikh yang ditetapkan tetapi majikan anda tidak membayar gaji on time dan tidak di bayar gaji langsung? Sekiranya pernah apa tindakan yang anda kena buat. Mesti anda ingin mengetahui tindakan yang perlu dilakukan. Disini kami kongsikan panduan ape tindakan yang perlu dibuat mengikut undang-undang di Malaysia jika boss tak bayar gaji.

 

PENJELASAN TERMA PENGGUNAN

 

Sebelum itu, anda hendaklah memahai terma seperti berikut dahulu supaya penjelasan di artikel ini nanti mudah untuk di fahami.

  1. Mahkamah Buruh
    1. Ini untuk selesaikan masalah berkaitan dengan gaji dan wang lain serta faedah pekerjaan yang diberikan kepada pekerja di bawah Akta Pekerjaan 1955 seperti bayaran lebih masa, elaun bersalin, gaji sebagai ganti notis pemecatan dan faedah pemecatan.
  2. Mahkamah Perusahaan
    1. Ini adalah tribunal statutori yang ditubuhkan di bawah S.21 Akta Hubungan Perindustrian 1967. Ia ditubuhkan untuk mendengar pertikaian antara pekerja dan majikan mereka atas hak dan kewajipan yang timbul daripada hubungan pekerjaan dan dari peruntukan Akta Perhubungan Perusahaan 1967. Kebanyakan kes yang didengar oleh Mahkamah Perindustrian adalah tuntutan oleh pekerja individu bahawa pekerja telah dipecat secara tidak adil oleh majikannya.
  3. Pekerja Manual
    1. Kerja-kerja yang melibatkan penggunaan fizikal seperti chef, pekerja binaan dan lain lain.
  4. Pekerja Bukan Manual
    1. Seseorang yang pekerjaannya melibatkan penggunaan fikiran mereka seperti programmer, penulis, technician dan sebagainya.

 

TINDAKAN SEKIRANYA TIDAK DIBAYAR GAJI ON TIME

 

Mengikut Seksyen 19 (1) Akta Kerja 1955, pembayarn gaji sepatutnya dibayar dalam tempoh 7 hari selepas hari terakhir tempoh gaji (biasanya sebulan). Ini bermaksud gaji seterusnya patut diterima sebelum 7 hari bulan depan. Tetapi sebaiknya anda dinasihatkan untuk berbincang dengan pihak pengurusan terlebih dahulu supaya mencapai kesepakatan. Sekiranya masih berlanjutan, berikut adalah merupakan tindakan yang anda perlu lakukan:

  1. Memfailkan aduan dengan menghantar surat rasmi kepada Jabatan Buruh yang terdekat
    1. e-mel ke [email protected], atau
    2. Lawati pejabat Jabatan Tenaga Kerja tempatan terdekat, atau
    3. Hubungi 03-8000 8000.
  2. Menyediakan salinan dokumen sokongan seperti surat tawaran atau kontrak berkaitan.
  3. Selepas aduan dibuat, anda dinasihatkan untuk menunggu notis selanjutnya dari Jabatan Tenaga Kerja (semasa siasatan dilakukan)
  4. Pegawai Buruh boleh menghubungi majikan anda mengenai tuntutan yang dibuat.
    1. Sekiranya majikan terima tuntutan dan setuju untuk membayar: kes itu dianggap selesai dan anda dikehendaki tarik balik tuntutan yang dibuat.
    2. Sekiranya majikan mempertikaikan tuntutan anda: Pegawai Buruh akan menetapkan tarikh untuk mendengar kes anda di Mahkamah Buruh.
  5. Kedua-dua pihak dikehendaki menghadiri pendengaran tersebut. Pengadu akan dimaklumkan melalui surat dan saman akan dikeluarkan kepada terdakwa iaitu majikan anda.
  6. Anda boleh membuat pilihan samaada untuk mewakili diri sendiri, atau diwakili oleh kesatuan sekerja, seorang peguam atau pegawai dari Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).
  7. Pada akhir pendengaran, Pegawai Penguasa akan membuat suatu perintah secara lisan atau bertulis. Mana-mana pihak yang tak berpuas hati dengan keputusan Pegawai Yang Mengendalikan boleh merayu kepada Mahkamah Tinggi dalam masa 14 hari dari tarikh keputusan itu.
  8. Sekiranya defendan (majikan) tidak merayu kepada Mahkamah Tinggi dan tidak mahu mematuhi perintah Mahkamah Buruh, Pejabat Buruh akan membantu menguatkuasakan perintahnya di Mahkamah Sesyen (Sivil) untuk mendapatkan semula wang yang dituntut tu.

 

TINDAKAN SEKIRANYA BOSS TAK DIBAYAR GAJI

 

Sekiranya anda telah ditamatkan perkhidmatan atau berhenti kerja dan bekas majikan masih tak bayar gaji.Berikut adalah tindakan yang ahrus dibuat:

  1. Mengikut Akta Pekerjaan 1955 di bawah:
    1. Pembayaran atas penamatan biasa kontrak – Gaji yang sepatutnya diperolehi tetapi belum lagi dibayar kepada seseorang pekerja yang mana kontrak perkhidmatannya tamat mengikut seksyen 11 (1) atau seksyen 12 hendaklah dibayar kepada pekerja tersebut tidak lewat daripada hari di mana kontrak perkhidmatan itu tamat.
  2. Semestinya gaji akhir anda perlu dibayar pada tarikh kontrak anda dengan syarikat tersebut ditamatkan secara rasmi.
  3. Sekiranya anda masih tidak dapat juga gaji anda, anda seharusnya pergi ke Pejabat Buruh dan failkan tuntutan korang di bawah Seksyen 69 Akta Penggajian 1955.
  4. Caranya anda boleh Rujuk kepada Situasi di atas (majikan tidak bayar gaji on time) untuk mengetahui apa langkah-langkah yang perlu diambil.

 

ARTIKEL LAIN

CARA TUNTUT HUTANG BAWAH RM5 000 MELALUI MAHKAMAH(Prosedur & Dokumen Tuntutan Kecil)

One comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *