BRF & LCTF (Permohonan Pembiayaan Baharu PKS Bank Negara Malaysia)

Utama / BRF LCTF / BRF & LCTF (Permohonan Pembiayaan Baharu PKS Bank Negara Malaysia)

BRF & LCTF (Permohonan Pembiayaan Baharu PKS Bank Negara Malaysia)

Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS) akan menerima pembiayaan baharu daripada Bank Negara Malaysia (BNM) menerusi 2 kemudahan pembiayaan yang akan dilaksanakan iaitu Kemudahan Permodalan Semula Perniagaan (BRF) dan Kemudahan Peralihan Rendah Karbon (LCTF).

Menerusi kedua-dua pembiayaan ini, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM2 bilion bagi melaksanakan pembiayaan ini kepada PKS yang layak.

 

APA ITU BRF & LCTF?

BRF– Permodalan Semula Perniagaan

diperkenalkan adalah untuk menyokong PKS untuk pulih dan berkembang, di samping menguruskan tahap keberhutangan mereka melalui penyelesaian pembiayaan yang inovatif.

LCTF– Kemudahan Peralihan Rendah Karbon dilaksanakan dengan peruntukan RM1 bilion untuk menyokong dan menggalakkan PKS untuk menerapkan amalan kelestarian bagi meningkatkan daya tahan perniagaan.

 

KEMUDAHAN PERMODALAN SEMULA PERNIAGAAN (BRF)

Tujuan BRF diperkenalkan adalah untuk menyokong PKS untuk pulih dan berkembang, di samping menguruskan tahap keberhutangan mereka melalui penyelesaian pembiayaan yang inovatif.

Menerusi peruntukan RM1 bilion bagi pelaksanaan BRF, PKS yang layak akan menerima pembiayaan berikut:

  • Pembiayaan ekuiti melalui terbitan saham keutamaan, saham biasa, atau sebarang instrumen mirip ekuiti yang sesuai; atau
  • Gabungan antara pembiayaan hutang daripada institusi kewangan peserta (IKP) dan pembiayaan ekuiti melalui pembiaya ekuiti pihak ketiga (kewangan campuran).

Pembiayaan BRF ini tersedia untuk PKS daripada semua sektor ekonomi, sehingga maksimum RM5 juta bagi membiayai modal kerja dan/atau perbelanjaan modal.

Tempoh pembiayaan yang ditawarkan bagi pembiayaan ini adalah sehingga 10 tahun.

 

KEMUDAHAN PERALIHAN RENDAH KARBON (LCTF)

LCTF dilaksanakan dengan peruntukan RM1 bilion untuk menyokong dan menggalakkan PKS untuk menerapkan amalan kelestarian bagi meningkatkan daya tahan perniagaan.

Kemudahan ini adalah selaras dengan matlamat kerajaan untuk mencapai sasaran ekonomi pelepasan karbon sifar bersih (net-zero emission) pada tahun 2050.

Pelaksanaan amalan kelestarian ini tidak terhad kepada aktiviti untuk:

  • Mendapatkan pensijilan kelestarian.
  • Meningkatkan penggunaan bahan yang diakui lestari dalam aktiviti pengeluaran.
  • Menambahbaik kecekapan tenaga bangunan dan peralatan.
  • Memasang peralatan jana kuasa tenaga boleh baharu di premis.

LCTF ini tersedia untuk PKS daripada untuk semua sektor, sehingga maksimum RM10 juta bagi setiap PKS untuk tujuan pembiayaan modal kerja dan/atau perbelanjaan modal.

Tempoh pembiayaan ini adalah sehingga 10 tahun dan kadar pembiayaan adalah sehingga 5.0% setahun, termasuk sebarang fi jaminan.

 

CARA MEMOHON

Untuk PKS yang berminat, mereka boleh memohon terus daripada bank-bank perdagangan, bank-bank Islam dan institusi kewangan pembangunan peserta yang dikawal selia oleh BNM bermula pada 3 Februari 2022.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai BRF atau LCTF, sila layari laman web bnm.gov.my/brf-lctf atau bnm.gov.my/sme-financing​.

 

ARTIKEL LAIN

PERMOHONAN DRF BANK NEGARA(Kemudahan Bantuan Bencana PKS Mikro)

 

 

One comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *