BUDI MADANI Semakan Bayaran Subsidi Diesel

CARA PERMOHONAN DAN KELAYAKAN BAGI SETIAP KATAGORI

Program Bantuan Subsidi MADANI (BUDI MADANI) kini dibuka untuk pemilik kenderaan diesel persendirian individu, petani kecil, dan pekebun kecil komoditi. Bagi yang layak, mereka akan menerima bantuan sebanyak RM200 sebulan, seiring dengan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel.

APA ITU BUDI MADANI

BUDI MADANI ialah wadah Kerajaan MADANI memastikan peruntukan subsidi disasarkan kepada golongan yang layak. Belanjawan 2024 yang diumumkan, komited untuk menyasarkan semula subsidi bahan api bagi mengekang aktiviti penyeludupan dan ketirisan subsidi rakyat.

​Bagi memastikan kebajikan majoriti rakyat terus terpelihara, BUDI MADANI diperkenalkan sebagai platform penyasaran semula subsidi hanya kepada yang memerlukan. Kenderaan pengangkutan barangan darat tertentu terus mendapat subsidi bagi mengawal harga barangan, manakala individu terpilih diberikan bantuan tunai bagi membendung kenaikan kos sara hidup.

KATAGORI BUDI MADANI

Berikut adalah merupakan katagori penerima iaity:

MySubsidi Diesel
– Pengangkutan Darat
Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) ialah platform khusus untuk kenderaan awam dan pengangkutan barangan terpilih terus mendapatkan subsidi diesel melalui “fleet card”.
BUDI Agri-Komoditi
– Petani dan Pekebun kecil
Bantuan subsidi tunai disediakan kepada golongan petani, penternak dan pekebun kecil yang berdaftar dengan Kementerian terlibat untuk dimanfaatkan susulan kenaikan kos diesel jentera pertanian yang digunakan.
BUDI Individu – IndividuBantuan subsidi tunai disediakan kepada pemilik kenderaan diesel individu dengan syarat kelayakan tertentu. Bantuan ini dapat menampung kenaikan kos pengangkutan harian individu yang menggunakan kenderaan diesel.

TARIKH PERMOHONAN BUDI MADANI

Permohonan dibuka sepanjang tahun mulai 28 Mei 2024 bagi kesemua katagori

CARA PERMOHONAN BUDI MADANI

Berikut adalah merupakan cara permohonan mengikut katagori penerima iaitu:

Cara Permohonan MySubsidi Diesel

Kelayakan:

  1. Pemilik kenderaan iaitu individu / wakil bagi syarikat ( sekurang-kurangnya pangkat Eksekutif ) boleh berurusan di KPDN.
  2. Kenderaan yang layak memohon diesel bersubsidi adalah tertakluk kepada kategori yang dibenarkan sahaja.
  3. Runner’ tidak dibenarkan berurusan dengan KPDN
  4. Kesemua syarikat/individu yang mendapat kelayakan membeli diesel bersubsidi fleet card tertakluk kepada syarat-syarat berikut :
    1. Jumlah diesel bersubsidi yang diluluskan adalah untuk kegunaan kenderaan yang dimiliki sendiri atau yang didaftarkan di bawah syarikat tuan sahaja.
    1. Mengemukakan dengan lengkap dan tepat apa-apa maklumat atau penjelasan yang diminta oleh KPDN.
    1. Pemegang subsidi dikehendaki memaklumkan kepada KPDN sekiranya terdapat sebarang perubahan ke atas aktiviti operasi pengangkutan mereka seperti pertukaran hak milik bas dan sebagainya.
    1. Mematuhi semua syarat yang ditetapkan dari masa ke semasa oleh KPDN.
    1. Memenuhi syarat dan terma yang ditetapkan oleh syarikat-syarikat minyak yang mengeluarkan fleetcard.
    1. KPDN berhak mengkaji semula / menarik balik kelulusan sekiranya pemegang subsidi gagal mematuhi mana-mana syarat di atas.

Cara Permohonan:

Cara Permohonan BUDI Agri-Komoditi

Kelayakan:

Cara Permohonan:

  • Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui Portal BUDI MADANI di pautan https://budimadani.gov.my, setelah pendaftaran dengan KPKM dan KPK selesai.

Cara Permohonan BUDI Individu

Kelayakan:

  1. Pemohon
    1. Warganegara Malaysia;
    1. Pendapatan tahunan individu atau pasangan RM100 ribu dan ke bawah berdasarkan data LHDN; dan
    1. Memohon secara dalam talian di laman web BUDI MADANI iaitu https://budimadani.gov.my
  2. Kriteria Pemilikan Kenderaan
    1. Kenderaan kegunaan persendirian (diesel) individu;
    1. Lesen Kenderaan Motor (Cukai Jalan Kenderaan) aktif;
    1. Kenderaan diesel diisytiharkan di Semenanjung Malaysia; dan iv. Berdaftar di JPJ menggunakan nombor MyKad.
  3. Kriteria Tambahan Tidak Layak BUDI Individu
    1. Motosikal diesel;
    1. Kenderaan diesel persendirian berdaftar bagi kegunaan syarikat / pertubuhan;
    1. Kenderaan mewah di bawah usia 10 tahun;
    1. Kenderaan berdaftar sebagai e-hailing; atau
    1. Jenis kenderaan: Karavan, motorhome, van persiaran, dan bas persiaran.

Cara Permohonna:

  • Permohonan BUDI boleh dibuat secara dalam talian melalui portal rasmi
  • BUDI Individu di budimadani.gov.my

Semakan Status Kelayakan Permohonan BUDI MADANI

Kementerian Kewangan telah mengumumkan bahawa status kelayakan bagi bantuan BUDI Individu akan dimaklumkan selepas pemohon selesai membuat permohonan di portal rasmi BUDI MADANI di https://budimadani.gov.my.

Sekiranya permohonan tidak diluluskan tetapi pemohon memenuhi syarat kelayakan BUDI Individu, mereka boleh membuat rayuan atau menghubungi pusat panggilan. Rayuan akan dibuka pada awal Jun 2024.

Untuk menyemak status permohonan, pemohon boleh menekan butang “Semak Status” pada papan pemuka (dashboard) permohon.

Penerima bantuan akan menerima bantuan tunai pertama sebanyak RM200 pada 10 Jun 2024 melalui akaun bank masing-masing. Penerima yang tidak mempunyai akaun bank boleh menuntut BUDI MADANI secara tunai dengan membawa MyKad ke mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh Semenanjung Malaysia.

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat lanjut berkaitan BUDI Agri-Komoditi, anda boleh melayari portal rasmi Belanjawan 2024 Malaysia MADANI

ARTIKEL LAIN:

Share your love

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *