CARA BUKA AKAUN OCBC BISNES eBIZ(Akaun Semasa – i WAFI & i MUMTAZ)

Utama / AKAUN OCBC BISNES / CARA BUKA AKAUN OCBC BISNES eBIZ(Akaun Semasa – i WAFI & i MUMTAZ)

CARA BUKA AKAUN OCBC BISNES eBIZ(Akaun Semasa – i WAFI & i MUMTAZ)


Kepada perusaha kecil dan sederhana (PKS) yang  sedang atau berhasrat untuk membukan akaun semasa perniagaan dengan OCBC Bank, anda mesti mengetahui kelebihan dan cara untuk membuka akaun tersebut. Bagaimana cara untuk membuka akaun OCBC Bisnes? Disini kami ingin kongsikan kepada anda cara BUKA AKAUN OCBC BISNES, semoga membantu.

 

AKAUN SEMASA-I

Akaun semasa-i adalah berdasarkan prinsip Shariah Qard yang bermakna pinjaman oleh pemberi pinjaman di mana peminjam terikat untuk membayar balik jumlah yang sama kepada pemberi pinjaman. Bank, atas budi bicaranya, mungkin memberikan anda pulangan dalam bentuk ‘hadiyyah’ atau untung sebagai tanda penghargaan.

Terdapat dua jenis akaun semasa-I yang tersedia oleh OCBC Bank iaitu:

  1. Akaun Semasa-i Wafi
    • Akaun Semasa secara Islam yang mudah, untuk memenuhi keperluan hari ini.
  2. Akaun Semasa-i Mumtaz
    • Akaun Semasa secara Islam dengan kemudahan semakan untuk transaksi yang anda inginkan.

 

KELEBIHAN MEMBUKA AKAUN SEMASA

Semestinya anda perlu ketahui kelebihan membuka akaun semasa untuk menjalankan perniagaan anda. Antaranya ialah:

  1. Membantu peniaga membuat penyata akaun dengan lebih efisyen kerana dapat mengasingkan akaun personal dengan akaun perniagaan
  2. Transaksi tanpa had
  3. Kemudahan pelbagai perkhidmatan online untuk memajukan lagi perniagaan anda

 

CARA BUKA AKAUN SEMASA-I WAFI (Tanpa Pencadang)

Pastikan anda memenuhi syarat seperti berikut terlebih dahulu:

  1. Individu yang berumur 18 tahun dan ke atas (untuk akaun perseorangan atau bersama).
  2. Warganegara Terbuka untuk Warga Malaysia, Pemastautin Tetap dan Bukan Pemastautin (tertakluk kepada negara asal).
  3. Dokumen yang Diperlukan: Kad Pengenalan atau Pasport.
  4. Simpanan Permulaan Minimum:
    • RM50 untuk Pemastautin.
    • RM1,000 untukBukanPemastautin*.
  5. Baki Minimum untuk Mengekalkan Akaun, tiada baki minimum yang perlu dikekalkan
  6. Seorang pencadang tidak diperlukan untuk membuka Akaun Semasa-i Wafi kecuali permohonan buku cek* dibuat.

Setelah memenuhi syarat seperti di atas, berikut adalah cara membuka akaun semasa-I Wafi:

  1. Hadir ke mana-mana cawangan OCBC Bank berdekatan dengan anda.
  2. Maklumkan kepada Pegawai OCBC bank yang anda ingin membuka akaun semasa-I Wafi
  3. Isikan borang dan sediakan dokumen yang diperlukan.
  4. Pastikan ada membawa jumlah wang deposit permulaan yang diperlukan
  5. Ikuti arahan selanjutnya dari pegawai OCBC Bank tersebut sehinggan pembukaan akaun semasa anda selesai

 

CARA BUKA AKAUN SEMASA-I MUMTAZ (Pencadang)

Pastikan anda memenuhi syarat seperti berikut terlebih dahulu:

  1. Individu yang berumur 18 tahun dan ke atas (untuk akaun perseorangan atau bersama).
  2. Warganegara Terbuka untuk Warga Malaysia, Pemastautin Tetap dan Bukan Pemastautin (tertakluk kepada negara asal).
  3. Dokumen yang Diperlukan:
    • Kad Pengenalan atau Pasport
    • Surat pencadang diperlukan untuk semua pelanggan baru yang ingin membuka Akaun Semasa-i Mumtaz dan ia mestilah di dalam bentuk:
      • Surat daripada pemegang akaun yang sedia ada dengan vintaj minimum sekurangkurangnya 12 bulan dengan OCBC Al-Amin Bank Berhad
      • Surat rujukan/penyata daripada bank lain
    • Simpanan Permulaan Minimum RM500
    • Baki Minimum untuk Mengekalkan Akaun, tiada baki minimum yang perlu dikekalkan
    • Seorang pencadang diperlukan untuk membuka Akaun Semasa-i Mumtaz

Setelah memenuhi syarat seperti di atas, berikut adalah cara membuka akaun semasa-Mumtaz:

  1. Hadir ke mana-mana cawangan OCBC Bank berdekatan dengan anda.
  2. Maklumkan kepada Pegawai OCBC bank yang anda ingin membuka akaun semasa-I Mumtaz
  3. Isikan borang dan sediakan dokumen yang diperlukan.
  4. Pastikan ada membawa jumlah wang deposit permulaan yang diperlukan
  5. Ikuti arahan selanjutnya dari pegawai OCBC Bank tersebut sehinggan pembukaan akaun semasa anda selesai

 

CARA BUKA AKAUN OCBC eBIZ (ONLINE)

 Pastikan anda memenuhi syarat seperti berikut terlebih dahulu:

  1. Akaun OCBC eBiz ini adalah akaun semasa simpanan perniagaan dalam mata wang Ringgit Malaysia (RM).
  2. Deposit awal hanya RM500
  3. Berikut adalah dokumen yang diperlukan untuk memohon Akaun eBiz:
    • Kad Pengenalan (depan dan belakang)
    • Bukti dokumen yang mengandungi nama dan alamat perniagaan yang didaftarkan, seperti bil utiliti / telefon terkini, penyata bank / insurans, berhenti sewa atau bil penilaian, perjanjian penyewaan, SPA dll.

Setelah memenuhi syarat seperti di atas, berikut adalah cara membuka akaun semasa OCBC eBiz secara online:

  1. Muat turun aplikasi OCBC Bank di telefon anda.
  2. Buka aplikasi OCBC anda, paparan dokumen yang yang diperlukan akan terpapar, kemudian klik pada START
  3. Isikan Maklumat yang diperlukan pada ruangan seperti
    • Nama(seperti kad pengenalan)
    • Nombor telefon
    • Emai
  4. Tekan Next, kemudian masukkan No OTP yang anda terima, tekan Next
  5. Isikan semua butiran yang diperlukan dengan lengkap
  6. Seterusnya anda dikehendaki Muat naik SATU dokumen di bawah (dari yang paling banyak 3 bulan terakhir):
    • Bil utiliti
    • Penyata bank
    • Berhenti sewa atau bil penilaian
    • Perjanjian penyewaan (dalam tempoh sewa pada titik permohonan)
    • Perjanjian Jual Beli
  7. Seterusnya anda dikehendiki Imbas kad Pengenalan (depan & belakang) danmengambil gambar diri sendiri (selfie)
  8. Seterusnya anda dikehendaki untuk memuat naik Conton Tandatangan anda.
  9. Tick pada Terma & syarat dan klik Next
  10. Borang permohonan anda akan terpapar, lihat kesemua jika betul klik pada Submit.
  11. Anda sudah selesai. Pihak OCBC akan menghubungi anda melalui SMS dan e-mel setelah akaun anda telah berjaya dibuka.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mengetahui maklut lanjut mengenai Akaun OCBC Bisnes,  anda boleh:

  • Hubungi Pusat Perhubungan OCBC: 03-8314 9310
  • Layari laman web OCBC: www.ocbc.com.my
  • Kunjungi cawangan OCBC Al-Amin Bank Berhad atau OCBC Bank (Malaysia) Berhad yang berhampiran.

 

ARTIKEL LAIN

Baca juga CARA TUKAR NO HP OCBC BANK (Update Mobile Phone Number)

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *