BUKU TEKS DIGITAL(Cara Muat Turun & Akses Percuma)

BUKU TEKS DIGITAL(Cara Muat Turun & Akses Percuma)

 

 

Setelah diumumkan sesi persekolahan semester baharu pada 20 Januari 2021, terdapat segelintir  ibu yang risau tambahan pula sesetengah kawasan ditetapkan untuk mengadakan pembelajaran online dari rumah oleh kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula mulai 13 januari hingga 26 januari 2021.

Bagi  mengelakkan anak-anak kita keciciran pembelajaran, ibu ayah boleh memanfaatkan buku teks digital yang boleh diakses secara percuma dalam tempoh PKP nanti.

Ianya sangat mudah dan menarik. Semua matapelajaran ada! Oleh itu, senanglah kalau ibu ayah nak mengajar anak di rumah dan rujuk silibus matapelajaran mereka untuk tahun 2021 ini walaupun ada murid yang tidak berkesempatan ke sekolah mengambil buku teks dari SPBT sekolah.

Di web ini kami kongsikan kepada ibu bapa diluar sana beberapa cara download buku teks digital secara percuma dan mudah.

 

Cara Download Buku Teks Digital KPM

Ada beberapa cara untuk ibu ayah dapatkan buku teks  anak-anak.

Di sini kami kongsikan 3 cara mudah kepada ibu bapa yang memuat turun dan akses buku teks digital secara percuma.

 

CARA PERTAMA : MELALUI LAMAN WEB DELIMA KPM

DELIMa adalah laman web rasmi yang dioperasikan oleh KPM dan boleh diakses menggunakan ID yang telah dibekalkan oleh guru ict di sekolah.

 

Apakah DELIMa?

DELIMa merupakan singkatan kepada Digital Educational Learning Initiative Malaysia( DELIMa ) . Portal ini merupakan penjenamaan semula bagi platform MOE Digital Learning yang dibangunkan oleh KPM pasca Frog VLE.

DELIMa merupakan platform pembelajaran secara virtual yang menyediakan perkhidmatan sistem pengurusan pembelajaran serta sumber-sumber pembelajaran yang boleh digunakan oleh para pendidik dan juga murid untuk belajar secara dalam talian dan ianya percuma.

Google Sites merupakan tapak asas bagi platform ini. Oleh itu, guru dan murid boleh mengakses platform DELIMa menggunakan ID e-mel MOE Digital Learning (DL) yang telah dibekalkan oleh guru ict di sekolah anak anda

Contoh ID : [email protected]

Ibu ayah boleh mendapatkan Buku Teks melalui laman web ini.

Langkahnya adalah seperti berikut:

  1. Pergi ke laman web www.moe-dl.edu.my
  2. Sila login menggunakan akaun Google yang dibekalkan oleh sekolah. (Contoh: [email protected])
  3. Masukkan kata laluan
  4. Klik pada Ikon MURID
  5. Klik ikon Buku Teks Digital
  6. Pilih Subjek Buku Teks yang ingin dimuat turun.
  7. Ibu bapa juga boleh preview dahulu atau download terus sebagai fail PDF.

 

CARA KEDUA : MUAT TURUN MELALUI APLIKASI TELEGRAM

Jika ibu bapa mempunyai kesulitan akibat terlupa atau tidak tahu apa password & ID Google anak-anak, anda juga boleh mencuba cara ini.

Di sini kami sertakan link telegram untuk ibu bapa mendapatkan buku teks digital

 

Cara Download Buku Teks Sekolah Menengah Tingkatan 1-5

Untuk ibu bapa yang mempunyai anak di sekolah menengah, ianya lebih mudah kerana sudah ada link telegram. Ibu atau bapa hanya perlu klik channel telegram dan klik join untuk muat turun buku teks tersebut.

  • Berikut adalah link channel yang kami kongsikan bagi mendapatkan buku teks setiap tingkatan.

 

Cara Download Buku Teks Sekolah Rendah Tahun 1-6

 

CARA KETIGA : MOBILE APPS 

Terdapat juga dua aplikasi mobile di dalam telefon pintar (Mobile Apps) buku teks digital KPM yang amat menarik dan sangat lengkap, ringan , serta amat mudah diakses oleh pengguna ( ibu bapa dan murid ) , iaitu:

  • MyKSSM– Buku  untuk Sekolah Menengah
  • UPSR KSSR– Buku untuk Sekolah Rendah

Anda boleh terus klik di ats dan terus boleh download di Google Playstore secara percuma dan ianya mudah.

 

ARTIKEL YANG BERKAITAN

PKSK :Permohonan Sekolah Khusus SBP MRSM SMKA SMT(Bila Tarikh Buka?)

IQ-NILAM LOGIN :CARA ISI REKOD BACAAN MURID SECARA ONLINE(Guna Akaun Delima)

KEMASKINI APDM KPM IBU BAPA (CARA KEMASKINI MAKLUMAT PENJAGA UTAMA DAN KEDUA)

SEMAKAN STATUS SPdPR KPM:CARA DAFTAR  KELAS PENGISIAN & PELAPORAN PdPR HARIAN

5 Comments

  1. Ada Buku Teks Digital ini yang disekat langsung tidak dapat didownload, dan ini membuat kerja guru dan murid sangat sukar. Tolong bantu.

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *