CARA AKTIFKAN I-AKAUN KWSP (Untuk Ahli & Majikan)

Utama / i-AKAUN KWSP / CARA AKTIFKAN I-AKAUN KWSP (Untuk Ahli & Majikan)

CARA AKTIFKAN I-AKAUN KWSP (Untuk Ahli & Majikan)

Kepada Ahli dan Majikan, semestinya anda mengetahui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah memperkenalkan i-Akaun bagi membenarkan ahli serta majikan membuat urusan secara dalam talian atau online sahaja.

 

Tetapi bagi permulaan anda haruslah aktifkan i-Akaun anda terlebih dahulu. Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

 

APA ITU i-AKAUN KWSP

 

i-Akaun merupakan sistem aplikasi online bagi akaun KWSP (EPF) Ahli atau Majikan. Dengan memiliki akaun ini, Ahli atau Majikan boleh menggunakan perkhidmatan online yang sediakan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Mereka boleh mengakses i-Akaun di mana sahaja tempat yang memiliki capaian internet di peranti telefon bimbit atau di komputer.

 

MUAT TURUN APLIKASI i-AKAUN KWSP

 

Bagi memudahkan urusan anda, disini merupakan pautan untuk muat turun Aplikasi i-Akaun KWSP:

 

 

CARA AKTIFKAN i-AKAUN KWSP (AHLI)

 

Untuk aktifkan i-Akaun bagi ahli, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Hadir ke pejabat/kiosk KWSP berhampiran untuk dapatkan ID & Kata Laluan sementara
  2. Layari Portal KWSP; https://www.kwsp.gov.my/ atau Aplikasi i-Akaun
  3. Pilih Log Masuk di tab menu dan tekan i-Akaun (Ahli)
  4. Pada ID penggunan, masukkan No Ahli yang diterima.
  5. Masukkan Kata Laluan Sementara yang diterima menerusi SMS dan tekan Log Masuk (Pengaktifan hendaklah dilakukan dalam masa 30 hari setelah menerima SMS)
  6. Tick pada Terma dan Syarat yang dipaparkan, tekan Seterusnya
  7. Seterusnya anda dikehendaki:
    1. Cipta ID pengguna
    2. Cipta kata laluan
    3. Pilih Imej Online
    4. Ciptakan Frasa Rahsia anda
  8. Setelah lengkap semuanya tekan Seterusnya
  9. Pop Up pengaktifan berjaya akan tertera. Anda boleh terus login ke i-Akaun

 

CARA AKTIFKAN i-AKAUN KWSP (MAJIKAN)

 

Sekiranya anda Majikan dan ingin aktifkan akaun KWSP, berikut adalah caranya

  1. Prosen pengaktifan i-Akaun majikan adalah hampir sama dengan pendaftaran ahli seperti di atas.
  2. Majikan perlu mengisi Borang KWSP 1 dan Borang KWSP 1 (i) di mana-mana kiosk atau cawangan KWSP terdekat.
  3. Selepas mendapat kod pengaktifan, layari laman web KWSP di http://www.kwsp.gov.my untuk mengaktifkannya dalam tempoh 30 hari.
  4. Klik pada pautan Daftar dan Aktifkan i-Akaun.
  5. Proses seterusnya hampir sama dengan yang dilakukan oleh ahli.

 

SOALAN LAZIM

 

Apakah fungsi yang ada dalam i-Akaun?

i-Akaun mempunyai beberapa fungsi bagi mereka yang yang telah mendaftar iaitu:

Bagi Ahli

  • Ringkasan akaun, Rekod caruman ahli dan majikan, Penamaan, Kelayakan pengeluaran, Pendaftaran Simpanan Shariah, Memohon e-Pengeluaran

Bagi Majikan:

  • e-Caruman, e-CTML, e-Procurement, Alat Pengiraan

 

Apakah kelebihan sekiranya aktif i-Akaun?

Antara kelebihan i-Akaun ialah:

  • Menyemak status dan jumlah caruman
  • Membuat permohonan e-Pengeluaran
  • Menyemak status permohonan pengeluaran
  • Mengemas kini profil ahli, termasukah maklumat peribadi seperti pertukaran alamat
  • Menyemak transaksi KWSP terkini

 

MAKLUMAT LANJUT

 

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai cara aktif i-Akaun KWSP, anda boleh:

 

ARTIKEL LAIN

i-AKAUN VIEW MODE:CARA DAFTAR KWSP ONLINE(HUBUNGI HOTLINE @ KIOSK KWSP)

e-Payroll KWSP : KEMAS KINI GAJI PEKERJA IKS & URUS REKOD GAJI DIGITAL MELALUI I-AKAUN

 

 

 

 

 

 

 

9 Comments

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *