CARA AKTIFKAN ID AKAUN EZBIZ ONLINE (Tanpa Perlu Ke Pejabat SSM)

Utama / CARA AKTIFKAN ID AKAUN EZBIZ ONLINE / CARA AKTIFKAN ID AKAUN EZBIZ ONLINE (Tanpa Perlu Ke Pejabat SSM)

CARA AKTIFKAN ID AKAUN EZBIZ ONLINE (Tanpa Perlu Ke Pejabat SSM)

Kepada para peniaga yang ingin mendaftarkan perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), terkini anda boleh mendaftarkan secara online sahaja.  SSM telah menyediakan satu platform ezBiz bagi memudahkan para peniaga.

Tetapi buat kali pertama anda haruslah aktifkan ID akaun ezBiz online. Bagaimana cara untuk aktidkan ID akaun ezBiz? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

APA ITU eZBIZ

​EzBiz adalah pendaftaran perniagaan dalam talian yang disediakan oleh SSM untuk membenarkan pengguna untuk:

  • melakukan pendaftaran baru;
  • mendaftar perubahan;
  • -menamatkan perniagaan; dan
  • membeli maklumat perniagaan.

DOKUMEN DIPERLUKAN

Sebelum daftar ezBiz online, seharusnya anda menyediakan dokumen berikut untuk di upload:

  • Salinan kad pengenalan depan dan belakang
  • Gambar yang jelas dengan pemohon memegang kad pengenalan di paras leher
  • Kemukakan salah satu dokumen rasmi seperti lesen memandu / Passport / Sijil lahir / bil. utiliti atau dokumen rasmi atas nama sendiri

CARA AKTIFKAN ID AKAUN EZBIZ ONLINE

Setelah anda sediakan dokumen diperlukan, berikut adalah cara untuk aktifkan ID akaun ezBiz online:

  1. Layari Laman Web ezBiz: https://ezbiz.ssm.com.my/
  2. Tekan butang sign up untuk mendaftar.
  3. Isikan maklumat yang diperlukan
    • Jenis ID
    • No ID
    • Nama Penuh (sepeti kad pengenalan)
  4. Seterusnya tekan Register
  5. Kemudian isikan maklumat
    • Username
    • Password & Re-type Password
    • Email & Re-type email (pastikan anda gunakan email yang aktif)
    • User information – masukkan maklumat diri anda
    • Residential adress – masukkan alamat surat menyurat anda
  6. Setelah lengkap semuanya tekan Save
  7. Selesai, anda telah berjaya aktifkan ID akaun ezBiz anda

CARA BUAT PENGESAHAN ID AKAUN EZBIZ ONLINE

Setelah anda berjaya proses pendaftaran di atas, anda dikehendaki untuk membuat pengesahan terlebih dahulu untuk menggunakan sistem ezBiz ini. Berikut adalah carannya

  1. Layari Laman Web ezBiz: https://ezbiz.ssm.com.my/
  2. Log masuk akaun anda
  3. Pada paparan utama, klik pada bahagian User Profil > User Verification Request
  4. Kemudian anda dikehendaki upload/memuat naik dokumen yang diperlukan
  5. Anda akan terima email pengesahan, dan anda boleh menggunakan Sistem ezBiz untuk melaksanakan urusan berkaitan perniagaan anda.

 

SOALAN LAZIM

Berapakah kos pendaftaran perniagaan enterprise ssm atau milikan tunggal selama setahun?

  • Perniagaan pemilikan tunggal menggunakan nama sendiri seperti di kad pengenalan – RM30.00.
  • perniagaan pemilikan tunggal atau perniagaan perkongsian menggunakan nama tred – RM60.00.
  • Pendaftaran cawangan – RM5.00 setiap cawangan.

Bolehkah saya memperbaharui SSM dalam talian?

Ya, boleh. Anda hanya klik butang RENEW SEKARANG dan kemudian ikuti beberapa langkah mudah dalam borang pesanan. Anda mengisi butiran, membuat pembayaran menggunakan perbankan dalam talian dan kemudian menunggu pesanan anda dalam satu jam. Ia akan dihantar dalam softcopy melalui e-mel.

Bolehkah saya mendaftarkan perniagaan saya secara dalam talian

Ya awak boleh. Anda boleh mendaftarkan perniagaan anda melalui halaman pendaftaran SSM Baru

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai cara aktifkan ID ezBiz, anda boleh:

  1. Layari Portal SSM online: https://ezbizzonline.com/
  2. Email: [email protected] (Monday – Saturday, 9.00 AM – 5.30 PM)

ARTIKEL LAIN

DOKUMEN SSM HILANG(Cara Dapatkan Semula MyData SSM)

MyCoID SSM:CARA DAFTAR & AKTIFKAN NOMBOR PEMERBADANAN / IDENTITI SYARIKAT

SEMAKAN SYARIKAT BERDAFTAR SSM:CARA CHECK STATUS ONLINE

SSM Online : Cara Daftar Untuk Enterprise / Tunggal (ezBiz SSM)

One comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *