CARA AKTIFKAN MAYBANK QRPAY (Buat Bayaran & Tukar Limit)

Utama / MAYBANK QRPAY / CARA AKTIFKAN MAYBANK QRPAY (Buat Bayaran & Tukar Limit)

CARA AKTIFKAN MAYBANK QRPAY (Buat Bayaran & Tukar Limit)

Terkini Maybank kini telah mengorak langkah menuju ke hadapan dengan memperkenal satu lagi kaedah pembayaran mudah alih tanpa menggunakan tunai. Ia juga merupakan bank pertama di Malaysia yang memperkenalkan serta menawarkan pembayaran menggunakan aplikasi Maybank QR Pay.

Bagaimana cara untuk aktifkan aplikasi Maybank QRPay? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu

 

APA ITU APLIKASI MAYBANK QRPAY

Aplikasi Maybank QRPay adalah penyelesaian pembayaran tanpa tunai yang membolehkan pelanggan membuat pembayaran kepada peniaga menggunakan kod respons pantas dua dimensi (QR) yang unik. Perkhidmatan ini tersedia di aplikasi Maybank.

Aplikasi Maybank QR Pay ini boleh digunakan oleh semua dengan hanya memuat turun aplikasi tersebut di telefon pintar sahaja. Terdapat dua cara untuk membuat pembayaran menggunakan QRPay iaitu:

  • Dynamic QR adalah di mana peniaga akan menetapkan harga dan pembeli cuma perlu imbas sahaja kod QR peniaga.
  • Static QR pula adalah kod QR akan diletakkan di kaunter bayaran dan pembeli perlu memasukkan jumlah bayaran setelah membuat imbasan kod QR outlet / kiosk tersebut.

 

TERMA DAN SYARAT

Berikut adalah terma dan syarat penggunaan Aplikasi Maybank QRPay:

  1. QR Pay boleh digunakan oleh semua pelanggan Maybank2u sama ada pelanggan sedia ada atau pelanggan baru
  2. Mestilah memuat turun aplikasi Maybank pada telefon pintar untuk menggunakan perkhidmatan QRPay

 

KELEBIHAN MENGGUNAKAN APLIKASI MAYBANK QRPAY

Berikut adalah kelebihan menggunakan aplikasi Maybank QRPay:

  • Transaksi tanpa tunai dengan hanya menggunakan kod QR
  • Lebih selamat, cepat dan mudah
  • Mudah menjejaki serta memantau transaksi pembayaran bagi tempoh 90 hari
  • Transaksi bayaran secara real time di mana sebaik sahaja pembayaran dibuat, ianya akan terus dikreditkan ke akaun penerima
  • Tiada sebarang caj tambahan

 

MUAT TURUN APLIKASI MAYBANK QRPAY

Untuk memudahkan penggunaanya di handphone, anda seharusnya memuat turun dan install aplikasi Maybank QRPay terlebih dahulu. Berikut adalah pautan muat turun aplikasi:

 

CARA AKTIFKAN MAYBANK QRPAY

Setelah anda memuat turun aplikasi Maybank QRPay, berikut adalah cara aktifkan:

  1. Buka aplikasi Maybak QRPay dan Login akaun maybank2u anda.
  2. Klik pada simbol QRPay yang berada dibahagian bawah
  3. Kemudian halaman QRPay akan tertera,klik pada ‘Lets Begin’
  4. Seterusnya pilih no akaun untuk QRPAY. Sebarang transaksi melalui QRPay akan ditolak melalui akaun yang dipilih. Klik ‘Agree & Proceed’
  5. Kemudian anda dikehendaki set daily limt yang anda mahukan atau abaikan step ini jika anda mahu menggunakan default limit (default limit RM250 sehari).
  6. Klik confirm dan OTP akan dihantar ke SMS anda. Masukkan no OTP tersebut dan tekan Next
  7. QRPay anda berjaya diaktifkan

 

CARA MEMBUAT PEMBAYARAN GUNA MAYBANK QRPAY

Setelah anda aktifkan Maybank QRPay, berikut adalah merupakan cara membuat pindahan/bayaran:

  1. Buka aplikasi Maybak QRPay dan Login akaun maybank2u anda.
  2. Klik pada simbol QRPay yang berada dibahagian bawah
  3. Imbas kod QR di kiosk / outlet perniagaan untuk membuat pembayaran
  4. Masukkan jumlah bayaran yang hendak dibuat dan tekan OK
  5. Pastikan pembayaran dibuat kepada outlet / kiosk yang betul dengan jumlah yang telah dimasukkan. Kemudian tekan butang PAY
  6. Pembayaran anda telah berjaya dilakukan dan anda akan dapat melihat jumlah bayaran yang telah dilakukan kepada outlet / kiosk yang berkenaan
  7. Duit anda secara automatik akan ditolak dari akaun bank yang didaftarkan

NOTA: Transaksi maksima yang dibenarkan dalam sehari adalah sebanyak RM 1,000 sahaja. Kadar limit boleh diubah semula mengikut keperluan. Pembayaran yang melebihi RM 250 memerlukan kod PIN sebagai pengesahan transaksi.

 

CARA UBAH LIMIT MAYBANK QRPAY

Kepada anda yang ingin mengubah had limit penggunaan QRpay Maybank2u anda, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Log masuk akaun Maybank2u anda
  2. Pada paparan utama, klik pada Menu – garis tiga (berada di atas sebelah kiri)
  3. Seterusnya klik pada Me > QRPay > Payment Limit
  4. Masukkan sekali lagi kata laluan Maybank2u anda
  5. Kemudian pada bahagian Your Daily limit, ubahlah  had harian yang anda inginkan dalam gandaan RM50 (min RM0 – max RM1000)
  6. Setelah buat pilihan, klik done
  7. seterusnya klik confirm, dan anda akan terima no OTP melalui SMS. masukkan no OTP tersebut dan klik ok
  8. Paparan berjaya akan tertera, klik Next.
  9. Selesai, anda boleh membuat pembayaran seperti biasa dan tidak melebih had limit anda dalam satu transaksi pembayaran

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai cara aktifkan Maybank QRPay, anda boleh rujuk kepada soalan lazim DISINI

 

ARTIKEL LAIN

Ketahui juga CARA BUKA AKAUN MAYBANK

One comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *