CARA AKTIFKAN MPay (Daftar eBay & Transaksi Dalam/Luar Negara)

Utama / CARA AKTIFKAN MPay / CARA AKTIFKAN MPay (Daftar eBay & Transaksi Dalam/Luar Negara)

CARA AKTIFKAN MPay (Daftar eBay & Transaksi Dalam/Luar Negara)

Mesti anda tertanya-tanya bagaimana ingin membuat pembayaran semasa pembelian eBay atau transaksi sama ada dalam atau luar negara kan. Pernahkan anda dengar Mpay? Dengan daftarkan kad MPay anda boleh membuat pembelian dalam atau luar negara. Bagaimana cara untuk daftar MPay? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

 

APA ITU MPAY

 

Mpay adalah akaun yang boleh anda buka dalam talian melalui MPay Wallet, bila-bila masa dan di mana sahaja tanpa pergi ke pejabat fizikal, memberi anda penggunaan akaun dengan segera. Sekali anda telah memasukkan dana ke dalam akaun, dengan serta-merta membolehkan anda melakukan di kedai

membeli dan memuatkan semula telefon bimbit prabayar anda, pemindahan dana P2P, membuat pelaburan, dll.

 

Kelebihan menggunakan Mpay adalah:

  1. Mudah diaplikasikan
    1. Tidak diperlukan dokumen fizikal atau akaun bank. Cukup buat permohonan dalam talian dan anda sudah bersedia untuk menikmati faedahnya.
  2. Urus niaga yang selesa
    1. Diterima di seluruh dunia untuk pembelian di kedai dan dalam talian.
  3. Selamat dan terkawal
    1. Kurangkan risiko kehilangan wang apabila anda tidak perlu membawa wang tunai ke dalam poket anda.
  4. Pengurusan kewangan
    1. Elakkan hutang, urus wang dan perbelanjaan anda dengan lebih berkesan dan bijak dengan kad prabayar.

 

MUAT TURUN APLIKASI

 

Untuk menggunakan MPay, anda seharusnya memuat turun dan install aplikasi MPay di telefon anda terlebih dahulu. Berikut adalah pautan muat turun aplikasi:

  • Play Store bagi pengguna Android (https://play.google.com/store/apps/details?id=mpay.apps.mpaywallet&hl=en&gl=US)
  • Apple Store bagi pengguna IOS (https://apps.apple.com/my/app/mpay-walet/id1146350664)

 

CARA AKTIFKAN MPay

 

Untuk aktifkan MPay, pastikan anda instal aplikasi MPay terlebih dahulu. Berikut adalah cara aktifkan MPay:

  1. Buka aplikasi MPay anda dan klik pada “Daftar”
  2. Isi semua butiran yang diperlukan dan klik ‘Seterusnya’
  3. Masukkan Nombor Telefon untuk pengesahan
  4. Ciptakan PIN Keselamatan 6 digit, Masukkan semula PIN Keselamatan 6 digit dan klik “Sahkan” untuk menyelesaikan pendaftaran
  5. Pendaftaran berjaya. Klik pada “OK” untuk teruskan pengaktifan Mpay Wallet
  6. Klik pada “YA” untuk memulakan biometrik, Imbasan biometrik tersedia untuk WALET MPay. Penyediaan biometrik berjaya, klik “OK”
  7. Seterusnya klik pada “Customet Due Dilligance”
  8. Ambil gambar Kad Pengenalan / ID pasport. Pastikan gambar IC yang diambil adalah jelasdan klik “Seterusnya”
  9. Ambil gambar selfie anda bersama kad Pengenalan / Pasport. Ini untuk tujuan keselamatan dan pengesahan. Klik seterusnya.
  10. Masukkan nama ibu anda dan klik “Selesai”
  11. Satu Pop Up makluman: Muat naik berjaya.
  12. Masukkan kod OTP 6 digit diterima melalui SMS dan pendaftaran anda selesai.

NOTA: Pengaktifan MPay eWallet akan mengambil masa 2 hingga 3 hari bekerja untuk MPay luluskan.

 

TAMBAH NILAI MPAY

 

Setelah pendaftaran dan penaktifan MPay anda berja, anda boleh menambah nilai dalam akaun MPay anda.

  1. Log Masuk akaun Mpay anda
  2. Klik pada “Reload MPay Balance”
  3. Pilih Tambah nilai ke “Balance”
  4. Pilih akaun yang anda inginkan gunakan untuk tambah nilai
  5. Masukkan jumlah tambah nilai mengikut pilihan anda
  6. Klik pada “FPX” untuk meneruskan proses pembayaran tambah nilai
  7. Ikuti arahan seterusnya untuk selesaikan proses pembayaran
  8. Selesai, tambah nilai anda dalam akaun MPay anda berjaya

NOTA: Untuk daftar akaun eBay biasanya tambah nilai RM20 sudah cukup.

 

MAKLUMAT LANJUT

 

Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai cara aktifkan MPay, anda boleh rujuk MPay Wallet User Guide di pautan https://www.mpay.my/mpay/files/MPayWALETUserGuide.pdf

 

ARTIKEL LAIN

CARA GUNA DuitNow : SENARAI BANK, CARA DAFTAR DAN CARA MENGGUNAKAN DUITNOW

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *