CARA BANK IN DUIT PBE BANK (Masukkan Dalam Akaun Sendiri)

Utama / PBE PUBLIC BANK / CARA BANK IN DUIT PBE BANK (Masukkan Dalam Akaun Sendiri)

CARA BANK IN DUIT PBE BANK (Masukkan Dalam Akaun Sendiri)

Adakah anda pelanggan Public Bank? Sekiranya ya semestinya anda ingin mengetahui cara bank in duit menggunakan Pbe Bank anda. Bagaimana caranya? Disini kami akan kongsikan caranya, semoga membantu.

 

APA ITU PBe BANK

Pbe Bank adalah sebuah portal online yang membolehkan kita membuat pindahan wang,pembayaran, pembelian secara online. Ia lebih memudahkan kita untuk urusan pembayaran bill dan sebagainya.

 

CARA BANK IN DUIT PBE BANK (PUBLIC BANK ONLINE)

Untuk bank in duit ke akaun anda secara online terdapat dua cara iaitu:

Secara Instant Transfer (IBFT) PBe Online

  1. Layari pautan Pbe Bank: https://www.pbebank.com/
  2. Log masuk akaun anda
  3. Pada halaman utama klik pada FUND TRANSFER > Other Bank Account > Instant Transfer.
  4. Kemudian, tekan butang To Other Account.
  5. Isikan maklumat yang diperlukan seperti:
    • From Account – nombor akaun bank anda
    • Beneficiary Bank – bank yang dimiliki oleh akaun penerima.
    • Beneficiary Account No – masukkan nombor akaun bank penerima.
    • Beneficiary Account Type – pilih Savings/Current Account.
    • Other Payment Details – masukkan butiran mengenai transaksi(sekiranya ada)
    • Recipient Reference – masukkan rujukan yang berguna untuk penerima.
    • Transaction Amount (RM) – masukkan jumlah wang yang ingin dipindahkan.
  6. Setelah lengkap semuanya klik Accept. Semak maklumat transaksi anda tertera
  7. Klik pada Request PAC Now. Masukkan Kod PAC yang diterma melalui SMS dan klik Confirm.
  8. Transaksi anda telah berjaya.

Secara Inter Bank GIRO (IBG Tranfer) Public Bank

  1. Layari pautan Pbe Bank: https://www.pbebank.com/
  2. Log masuk akaun anda
  3. Pada halaman utama klik pada FUND TRANSFER > Other Bank Account > Interbank GIRO (IBG).
  4. Kemudian, tekan butang To Other Account.
  5. Isikan maklumat yang diperlukan seperti:
    • From Account – nombor akaun bank anda
    • Payment Type – pilih Funds Transfer.
    • Beneficiary’s Name – masukkan nama penerima.
    • Beneficiary Bank – bank yang dimiliki oleh akaun penerima.
    • Beneficiary Account No – masukkan nombor akaun bank penerima.
    • Recipient Reference – masukkan rujukan yang berguna untuk penerima.
    • Transaction Amount (RM) – masukkan jumlah wang yang ingin dipindahkan.
  6. Setelah lengkap semuanya klik Accept. Semak maklumat transaksi anda tertera
  7. Klik pada Request PAC Now. Masukkan Kod PAC yang diterma melalui SMS dan klik Confirm.
  8. Transaksi anda telah berjaya.

 

CARA BAIK IN DUIT PBE BANK SECARA MANUAL

Sekiranya di akwasan anda tidak mempunyai liputan internet, anda boleh bank in duit menggunakan cara berikut:

Bank In Di Kaunter Public Bank

  1. Hadir ke cawangan Public Bank berdekatan anda
  2. Apabila giliran anda tiba maklumkan kepada staf bahawa anda ingin menyimpan wang ke akaun sendiri.
  3. Isi borang yang diberi beserta jumlah, dan nombor akaun yang ingin dimasukkan wang tersebut, iaitu nombor akaun anda.
  4. Serahkan wang anda dan urusan anda selesai.

 

Bank In Di Cash Deposit Machine (CDM) Tanpa Kad

  1. Hadir ke cawangan Public Bank berdekatan anda
  2. Pastikan ke mesin CDM, bukan ATM
  3. Tekan butang pada mesin tersebut untuk mengaktifkannya.
  4. Kemudian, tekan Press to continue / Tekan untuk teruskan.
  5. Pilih bahasa anda inginkan
  6. Kemudia pilih Masuk Tunai.
  7. Seterusnya masukkan nombor akaun penerima, iaitu nombor akaun anda dan tekan Terima.
  8. Kemudian masukkan wang yang anda ingin deposit pada slot yang terbuka.
  9. Jumlah wang deposit anda akan tertera, sahkan dan klik Ya. Sekiranya anda ingin menambah wang, tekan Tambah wang.
  10. Tekan Ya untuk teruskan.
  11. Urusniaga anda selesai. Ambil resit yang dicetak.

 

Bank In Cek Public Bank (Cheque)

  1. Semak nama penuh anda pada cek tersebut dan pastikan jumlah pada cek adalah jumlah yang betul. Pastikan ejaan bayaran juga adalah betul.
  2. Tuliskan nama anda pada bahagian belakang cek. Pastikan nama penuh yang ditulis sama dengan bahagian hadapan cek.
  3. Isikan juga nombor akaun bank anda dan nombor telefon anda pada bahagian belakang cek. Pastikan ketiga-tiga maklumat ini diisi dengan betul untuk mengelakkan cek tendang.
  4. Hadir ke cawangan Public Bank berdekatan anda
  5. Pergi ke mesin Cheque Deposit Machine. Ikut arahan yang tertera pada skrin.
  6. Pilih ‘Deposit Cek’.
  7. Masukkan nombor akaun yang tertera pada belakang cek.
  8. Semak nama yang tertera pada skrin. Jika sama, isikan jumlah cek (RM).
  9. Masukkan cek tersebut pada slot yang dibuka setelah arahan tertera dan lampu menyala di bahagian slot.
  10. Tunggu resit anda. Simpn resit anda sehingga wang anda sudah masuk ke dalam akaun.
  11. Bank akan mengambil masa beberapa hari untuk memproses deposit anda.

 

ARTIKEL LAIN

CARA DAFTAR PB ENGAGE MY(Semak Baki Kad Kredit/Rumah/Kereta Public Bank Online)

CARA BUKA AKAUN BANK (PUBLIC BANK)

CARA TERMINATE KAD KREDIT:PUBLIC BANK

pbebank.com (CARA DAFTAR PBE BANK ONLINE BANKING)

CARA BAYAR LOAN KERETA PUBLIC BANK (Guna pbebank.com / ATM)

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *