CARA BAYAR & BATAL PTPTN AUTO DEBIT (Online Banking Direct Debit)

Utama / PTPTN / CARA BAYAR & BATAL PTPTN AUTO DEBIT (Online Banking Direct Debit)

CARA BAYAR & BATAL PTPTN AUTO DEBIT (Online Banking Direct Debit)

Kepada yang membuat pinjaman dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional  atau lebih dikenali dengan nama PTPTN, semestinya membuat pembayaran balik pinjaman anda. Terkini untuk lebih memudahkan pembayaran anda, anda boleh membuat pembayaran secara auto debit.

Bagaimana cara untuk bayar PTPTN secara auto debit?  Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

 

APA ITU PEMBAYARAN AUTO DEBIT

Terkini kebanyakkan bank mulai menerapkan sistem pembayaran yang disebut “Auto-Debit”.  Auto Debit adalah pengurangan baki secara automatik kerana transaksi kewangan yang dilakukan oleh pelanggan. Jadi sistem pembayaran ini akan memudahkan pelanggan membuat transaksi tanpa perlu mengambil wang tunai terlebih dahulu. Sebagai gantinya, dia boleh menggunakan kad debit secara langsung yang akan ditolak secara langsung melalui simpanan pelanggan.

 

SYARAT PERMOHONAN PTPTN AUTO DEBIT

Kepada yang ingin membuat pembayaran auto debit, berikut adalah merupakan syarat-syarat yang perlu anda ketahui:

  • Permohonan Direct Debit bagi bayaran balik pinjaman atau deposit simpanan adalah untuk Akaun Pinjaman yang berbaki hutang/ Akaun Simpanan yang masih aktif.
  • Amaun permohonan bagi bayaran balik mestilah sama atau melebihi ansuran bulanan yang ditetapkan. Bagi deposit simpanan, amaun minimum yang dibenarkan adalah RM20.
  • Akaun bank yang dipilih untuk perlaksanaan Direct Debit mestilah berstatus Aktif.

 

CARA BAYAR PTPTN AUTO DEBIT

Untuk membuat pembayaran PTPTN secara auto debit,  pemegang akaun boleh membuat bayaran melalui Internet Banking yang menggunakan platfrom FPX. Berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari Portal Rasmi PTPTN : https://www.ptptn.gov.my/
  2. Pada menu utama klik pada menu Bayaran Balik
  3. Seterusnya klik pada Permohonan Direct Debit Pinjaman untuk membuat pembayaran secara auto setiap bulan.
  4. Masukkan no Kad pengenalan anda dan pilih samada:
    • Penyata kira-kira pinjaman konvensional;
    • Penyata kira-kira pembiayaan ujrah.
  5. Kemudian anda dikehendaki untuk Log Masuk akaun PTPTN anda
    • Masukkan Nombor Kad Pengenalan
    • Masukkan No Pinjaman. Sila hubungi Khidmat Pelanggan PTPTN untuk mendapatkan Nombor Pinjaman 03 – 2193 3000
  6. Klik pada Pendaftaran untuk Direct Debit
  7. Pada senarai potongan Direct Debit, pilih pada Permohonan Baru
  8. Seterusnya klik Mohon
  9. Isi maklumat yang diperlukan seperti :
    • No Telefon Bimbit
    • Emel peribadi
    • Amaun Bulanan
  10. Tandakan kotak pengesahan maklumat dan terma & syarat permohonan, Klik SIMPAN.
  11. Seterusnya Semak maklumat yang ada di paparan kemudian Klik pada Pengesahan Maklumat Akaun Bank.
  12. Pada bahagian PTPTN Online Payment Gateway, isikan:
    • Klik pada pilihan senarai bank untuk tujuan pembayaran.
    • Isikan maklumat emel peribadi.
    • Klik pada kotak pengesahan .
    • Klik pada Bayar dengan FPX.
  13. Paparan Resit setelah pembayaran FPX Berjaya dilakukan. Tekan Cetak untuk membuat Cetakan permohonan yang telah Berjaya.

NOTA: Penyata akan dikemaskini dalam tempoh 3 hari bekerja selepas potongan Direct Debit berjaya dilakukan.

 

CARA BATALKAN PTPTN AUTO DEBIT

Untuk penetahuan anda pembatalan secara automatik akan dibuat sekiranya baki hutang keseluruhan pinjaman telah diselesaikan. Pembatalan di atas sebab-sebab lain adalah tertakluk persetujuan pihak PTPTN.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai cara pembayaran PTPTN, anda boleh layari website rasmi PTPTN di pautan https://www.ptptn.gov.my/

 

 ARTIKEL LAIN

TEMUJANJI PTPTN ONLINE(Cara Tempah & Booking Slot e-JanjiTemu)

SEMAKAN NOMBOR PINJAMAN PTPTN (CARA CHECK & DAPATKAN NO ONLINE)

PTPTN ONLINE(Semakan Baki & Bayaran Balik)

3 Comments

  1. Dear sir/mdm,

    May I know why my bank still deduct the amount into my bank since portal stated Direct direct will be automatically cancelled if the full debt is settled.

    I had full settlement my ptptn loan last month. But today (12/4/2022) my bank still direct debit RM183.34 for the ptptn payment. Kindly please cancel the transaction & refund the money to me. And also cancel the automatically direct debit from my bank anymore.

    Fyi, I check my balance I also have a RM20+ overpayment. Kindly please refund both amount to me.

    Hopefully to get your prompt response to me

    Thanks

    Best Regards
    Cherry Kiew

    • Same goes to me. Lucky i realised my PTPTN already settle, otherwise bank will deduct more than that. so easy to register direct debit, yet so hard to stop. PTPTN Please refund me!!!

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *