CARA BAYAR BIL AIR JOHOR ONLINE mySAJ:SEMAKAN EBILLING RANHILL SAJ(Daftar & Register ranhillsaj.com.my)

Utama / mySAJ / CARA BAYAR BIL AIR JOHOR ONLINE mySAJ:SEMAKAN EBILLING RANHILL SAJ(Daftar & Register ranhillsaj.com.my)

CARA BAYAR BIL AIR JOHOR ONLINE mySAJ:SEMAKAN EBILLING RANHILL SAJ(Daftar & Register ranhillsaj.com.my)

 

Terkini, pembayaran bil – bil utiliti kebanyakkan syarikat perkhidmatan boleh dilakukan melalui online. Selain memudahkan pengguna, ia sangat menjimatkan masa. Tidak terkecuali Ranhill SAJ Sdn. Bhd juga telah memperkenalkan aplikasi mySAJ.

Melalui aplikasi ini, pengguna boleh membuat bayaran melalui aplikasi mySAJ dan menikmati pelbagai lagi kemudahan yang diberikan kepada pengguna secara terus mengenai air di Johor.

Bagaimanakah cara bayar bil air Johor secara online di portal atau menggunakan aplikasi mySAJ?

 

APAKAH mySAJ?

Aplikasi mySAJ telah dibangunkan bagi pengguna menikmati kemudahan di hujung jari tanpa terus ke kaunter. Melalui aplikasi ini, para pengguna boleh membuat pembayaran bil secara online dan boleh menyemak bil semasa anda. Pengguna juga boleh mendapatkan pengumuman terkini tentang isu air yang berlaku.

Aplikasi ini juga akan memberitahu kepada pengguna laporan terkini jika berlaku gangguan bekalan air atau berlaku paip air pecah di kawasan anda. Jika anda adalah pengguna air di Johor, boleh dapatkan aplikasi mySAJ di AppStore dan Google Play bagi memudahkan anda menyemak dan mengemaskini akaun bekalan air anda dengan mudah hanya di hujung jari.

 

CARA DAFTAR BIL AIR JOHOR(PORTAL RANHILL SAJ)

Berikut adalah Cara Daftar di Portal Ranhill SAJ:

  1. Layari portal Ranhill SAJ https://ranhillsaj.com.my
  2. Klik E-BillingCheck Bil Air Online SAJ Johor
  3. Klik pautan/link New User? Register NowCek Bil Air SAJ Johor Online
  4. Account Number (Nombor Akaun) Contoh: 81234582-J25465432
  5. Name (Nama Anda sama seperti akaun)
  6. IC Number / Company Reg (Nombor Kad Pengenalan) Contoh: 810225012345
  7. E-mail Address (Alamat emel Anda)
  8. HP Number (Nombor Handphone Anda)
  9. Home Number (Nombor telefon rumah Anda, jika takde jangan di isi)
  10. Office Number (Nombor pejabat Anda, jika takde jangan di isi)
  11. Pilih Account Type, klik Submit
  12. Anda akan menerima email pengesahan dari SAJ. Sila klik link dalam email tu, untuk proses pengesahan untuk aktifkan akaun Anda.

 

SEMAKAN BIL AIR JOHOR ONLINE(PORTAL RANHILL SAJ)

Berikut adalah cara check bil air online SAJ Johor, sila guna langkah di bawah:

  1. Layari https://ranhillsaj.com.my
  2. Klik E-Billing
  3. Masukkan Username dan Password, klik Sign In
  4. Anda akan di bawa ke halaman Dashboard SAJ
  5. Jika Anda mempunyai tunggakan atau bil, maklumat amaun akan di paparkan di bahagian Outstanding BalanceCek
  6. Sila klik Pay Now untuk bayar bil air melalui online transfer
  7. Masukkan User ID akaun bank Anda dan klik Login.
  8. Pastikan Nombor Akaun Anda dan Jumlah bayaran adalah betul.
  9. Paparan skrin pengesahan pembayaran akan terlihat.

 

CARA REGISTER APLIKASI mySAJ

Berikut adalah cara untuk mendaftar aplikasi mySAJ online :

  1. Untuk mendapatkan aplikasi mySAJ anda boleh ke portal Ranhill SAJ di https://ranhillsaj.com.my atau melalui AppStore atau Google Play.
  2. Setelah anda memuat turun buka aplikasi tersebut. Pada paparan pertama, anda tekan butang Register untuk membuka akaun.
  3. Paparan seterusnya meminta anda untuk mengisi maklumat yang diminta seperti :
  • Nombor akaun bil
  • Nama (seperti didalam bil)
  • Nombor Kad Pengenalan
  • Emel
  • Nombor Telefon
  • Nombor Telefon Rumah/Pejabat (Jika ada)
  1. Setelah anda siap mengisi maklumat tersebut, sila tekan pada butang Submit di bawah paparan tersebut.
  2. Setelah itu, anda akan diminta untuk membuka emel daripada SAJ untuk melengkapkan langkah seterusnya.
  3. Buka emel anda dan tekan pada emel yang dihantar oleh pihak SAJ. Tekan click here didalam emel tersebut untuk langkah selanjutnya pendaftaran.
  4. Paparan akan menunjukkan terma dan syarat yang dinyatakan. Setelah selesai membaca dan meneliti, anda tekan butanf I agree untuk ke paparan Registration Form.
  5. Pada langkah ini, anda akan membuat akaun user login dan password. Isikan makluat yang diminta dengan lengkap. Klik pada butang Register.
  6. Setelah itu paparan menunjukkan Successful Registration dan anda klik pada login untuk masuk secara automatik ke Login Page.
  7. Masukkan user name dan password yang telah anda cipta dan klik pada butang Sign in.
  8. Pendaftaran anda telah selesai! Kini anda hanya perlu memasukkan user name dan password sahaja untuk mengurus bil air anda. Semoga bermanfaat!

 

CARA BAYAR BIL AIR JOHOR ONLINE

Berikut adalah Cara Bayar Bil Air Johor online:

  1. Login aplikasi mySAJ.
  2. Klik Bill Information.
  3. Selepas melihat info bil Anda, klik Pay Bills untuk membuat pembayaran.
  4. Masukkan jumlah duit kemudian klik Pay Bill.
  5. Pilih bank Anda dan buat pembayaran menggunakan perbankan atas talian (FPX). Klik Proceed.
  6. Masukkan User ID akaun bank Anda dan klik Login.
  7. Pastikan Nombor Akaun Anda dan Jumlah bayaran adalah betul.
  8. Paparan skrin pengesahan pembayaran akan terlihat.

 

LUPA ID/KATA LALUAN/PASSWORD mySAJ

 

Jika anda lupa password aplikasi mySAJ, sila ikuti langkah di bawah guna dapatkan semula account anda:

  1. Klik Forgot Password
  2. Masukkan Nombor IC dan Nombor Akaun, klik Submit
  3. Emel akan dihantar kepada Anda. Klik Done
  4. Buka emel Anda dan klik Login untuk mengakses ebiling portal
  5. Tahniah, Anda berjaya.

 

SOALAN LAZIM

Adakah ada bayaran dikenakan jika saya menggunakan aplikasi mySAJ?

 

Tidak. Tiada bayaran dikenakan dan perkhidmatan aplikasi mySAJ adalah percuma.

 

Adakah saya tidak boleh membuat pendaftaran mySAJ jika akaun bil air tidak atas nama sendiri?

Tidak. Anda tidak boleh mendaftar tanpa kebenaran pemilik sebenar akaun. Jika pemilik akaun memberikan kebenaran anda boleh mendaftar aplikas mySAJ dan dapatkan butiran yang diperlukan untuk register mySAJ.

 

Apa perlu saya lakukan jika terlupa password mySAJ?

Jika anda terlupa password, sila klik pada butang Forgot Password pada paparan aplikasi myySAJ. Masukkan nombor kad Pengenalan dan nombor akaun anda klik butang submit. Satu emel akan dihantar pada akaun anda dan sila buka emel tersebut. Klik pada butang login untuk mengakses ebilling anda.

 

ARTIKEL LAIN

PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK JOHOR (RMMJ) 2023 (Login erumah.johor.gov.my)

5 Comments

  1. very bad hotline service no body pick-up phone, and the mobile app also can not be login, what for to ask people to download mobile apps? always in try connecting status, end up tell you”Alert! connection to server has failed” why don’t upgrade the lousy server????

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *