CARA BAYAR BIL TELEFON (Celcom Maxis Digi Umobile)

CARA BAYAR BIL TELEFON (Celcom Maxis Digi Umobile)

Berkembangnya teknologi terkini, penggunaan perkhidmatan telco amat menggalakkan untuk menghubungi seseorang. Sekiranya anda menggunakan perkhidmatan postpaid, sudah tentunya anda ingin mengetahui cara bayar bil telefon anda, tetapi bagaimana caranya? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

CARA BAYAR BIL TELEFON CELCOM

Kepada pengguna telco Celcom Postpaid, berikut adalah cara membuat bayaran bil anda:

  1. Menggunakan  aplikasi Celcom Life
    • Muat turun dan install Aplikasi Celcom Life (Android /IOS )
    • Buka aplikasi Celcom Life. Bagi pengguna kali pertama anda seharusnya daftar terlebih dahulu.
    • Paparan bil semasa yang perlu di bayar akan tertera, kemudian tekan “Pay Now”
    • Pilih pilihan pembayaran anda inginkan seperti:
      • Boost eWallet
      • Online banking
      • Debit card/kredit card
    • Teruskan proses pembayaran anda sehingga selesaiAnda akan menerima SMS dari celcom pemberitahuan bahawa bayaran anda telah telah berjaya.
  2. Online Banking
    • Log masuk akaun bank anda
    • Klik pada PayBills
    • Pada bahagian To, pilih server telco Celcom
    • Isikan butiran yang diperlukan (pastikan anda masukkan no telefon anda)
    • Sahkan kembali maklumat anda dan teruskan proses pembayaran sehingga selesai.

CARA BAYAR BIL TELEFON MAXIS

Kepada pengguna telco Maxis Postpaid, berikut adalah cara membuat membuat bayaran bil anda:

  1. Menggunakan aplikasi Hotlink
    • Muat turun dan install Aplikasi Hotlink (Android/IOS)
    • Buka aplikasi Hotlink. Bagi pengguna kali pertama anda seharusnya daftar terlebih dahulu.
    • Klik pada bahagian bil anda kemudian tekan Pay Now
    • Pilih pilihan pembayaran anda inginkan seperti:
      • TnG / Boost eWallet
      • Online banking
      • Debit card/kredit card)
    • Teruskan proses pembayaran anda sehingga selesai
    • Paparan aplikasi Hotlink akan menunjukkan pembayaran anda berjaya
  2. Online Banking
    • Log masuk akaun bank anda
    • Klik pada PayBills
    • Pada bahagian To, pilih server telco Maxis
    • Isikan butiran yang diperlukan (pastikan anda masukkan no telefon anda)
    • Sahkan kembali maklumat anda dan teruskan proses pembayaran sehingga selesai.

CARA BAYAR BIL TELEFON DIGI

Kepada pengguna telco Digi Postpaid, berikut adalah cara membuat bayaran bil anda:

  1. Menggunakan aplikasi MyDigi
    • Muat turun dan install Aplikasi MyDigi (Android /IOS)
    • Buka aplikasi MyDigi. Bagi pengguna kali pertama anda seharusnya daftar terlebih dahulu.
    • Pada paparan utama, klik pada Bayar Bil
    • Jumlah bil anda akan tertera, klik pada Bayar Bil Saya
    • Masukkan Jumlah Pembayaran dan Email anda
    • Pilih pilihan pembayaran anda inginkan seperti:
      • Online banking
      • Debit card/kredit card
    • Teruskan proses pembayaran anda sehingga selesai
    • Paparan aplikasi MyDigi akan menunjukkan pembayaran anda berjaya
  2. Online Banking
    • Log masuk akaun bank anda
    • Klik pada PayBills
    • Pada bahagian To, pilih server telco Digi
    • Isikan butiran yang diperlukan (pastikan anda masukkan no telefon anda)
    • Sahkan kembali maklumat anda dan teruskan proses pembayaran sehingga selesai.

CARA BAYAR BIL TELEFON U MOBILE

Kepada pengguna telco U Mobile Postpaid, berikut adalah cara membuat bayaran bil anda:

  1. Menggunakan aplikasi MyUMobile
    • Muat turun dan install Aplikasi MyUMobile (Android /IOS)
    • Buka aplikasi MyUMobile. Bagi pengguna kali pertama anda seharusnya daftar terlebih dahulu.
    • Pada menu utama, klik pada bahagian Bil
    • Jumlah bil anda akan tertera klik pada Pembayaran
    • Masukkan Jumlah Pembayaran anda
    • Pilih pilihan pembayaran anda inginkan seperti:
      • Online banking
      • Debit card/kredit card)
    • Teruskan proses pembayaran anda sehingga selesai
    • Paparan aplikasi MyUmobile akan menunjukkan pembayaran anda berjaya
  2. Online Banking
    • Log masuk akaun bank anda
    • Klik pada PayBills
    • Pada bahagian To, pilih server telco Digi
    • Isikan butiran yang diperlukan (pastikan anda masukkan no telefon anda)
    • Sahkan kembali maklumat anda dan teruskan proses pembayaran sehingga selesai.
  3. Mengunakan laman Web Rasmi U Mobile
    • Layari pautan pembayaran https://portal.u.com.my/online-bill-payment
    • Masukkan no Telefon U Mobile yang ingin anda bayar (diri sendiri atau orang lain)
    • Masukkan No Telefon untuk menerima SMS pengesahan pembayaran (Anda boleh masukkan no yang sama)
    • Masukkan Email anda
    • Masukkan Jumlah yang ingin dibayar
    • Pilih pilihan pembayaran anda inginkan seperti:
      • Visa
      • American Express
      • FPX (Online Banking)
    • Teruskan proses pembayaran anda sehingga selesai

ARTIKEL LAIN

CARA SEMAK NO TELEFON TELCO MALAYSIA(Check Status Rangkaian)

SEMAKAN STATUS BLACKLIST TELCO (Cara Check & Clearkan Nama)

SEMAKAN BIL TERTUNGGAK TELCO (DIGI/CELCOM/MAXIS/YES 4G/REDONE/UMOBILE/TUNETALK)

Leave a Comment