CARA BAYAR KAD KREDIT GUNA MAYBANK2U/CIMB CLICK/ ATM(Elak Bayaran Minimum)

Utama / CARA BAYAR KAD KREDIT / CARA BAYAR KAD KREDIT GUNA MAYBANK2U/CIMB CLICK/ ATM(Elak Bayaran Minimum)

CARA BAYAR KAD KREDIT GUNA MAYBANK2U/CIMB CLICK/ ATM(Elak Bayaran Minimum)

Adakah anda pengguna kad kredit? Sekiranya ya adalah sangat penting bagi anda untuk membuat pembayaran dengan berdipislin agar skor kredit anda terjaga serta elakkan membuat bayaran minimum. Tapi mesti anda ingin mengetahui cara membuat bayaran kan? Disini kami kongsikan cara bayar kad kredit guna Maybank2u, CIMB Clicks dan ATM, semoga membantu.

 

APA ITU BAYARAN MINIMUM KAD KREDIT

 

Pembayaran minimum kad kredit merupakan jumlah paling sedikit yang anda boleh bayar ke atas baki kad kredit anda tanpa dihukum dengan bayaran lewat dan peningkatan kemungkinan kadar faedah.

 

Berikut merupakan kesanya jika membuat pembayaran minium kad kredit:

  1. Tempoh Bayaran Menjadi Lebih Panjang
    1. Tempoh membayar hutang kad kredit akan bertambah sekiranya anda hanya membuat bayaran minimum setiap bulan.
  2. Jumlah Hutang Kad Kredit Makin Bertambah
    1. Jumlah bayaran kad kredit semakin bertambah setiap bulan sekiranya anda hanya membuat bayaran minimum setiap bulan.
  3. Laporan CCRIS Terjejas
    1. Sekiranya laporan CCRIS menunjukkan yang anda gagal atau selalu lewat membuat bayaran, institusi kewangan mempunyai pilihan untuk menolak permohonan pinjaman anda kerana laporan tadi memberikan gambaran bahawa anda tidak menguruskan pinjaman dengan baik atau anda sebenarnya menghadapi kemelut kewangan.

 

 

CARA BAYAR KAD KREDIT GUNA MAYBANK2U

 

Sekiranya anda ingin membuat pembayaran Kad Kredit  anda menggunakan Maybank2u, berikut adalah caranya:

  1. Buka aplikasi Maybank2u atau web Maybank2u: maybank2u.com.my
  2. Log Masuk akaun anda.
  3. Pada halaman menu, pilih pada Pay & Transfer. Pilih option Transfer.
  4. Pada bahagian Transfer To, pilih Other Account dan pilih New Transfer.
  5. Pilih bank yang mengisukan kad kredit yang sedang anda gunakan.
  6. Akan tertera pop-up yang meminta maklumat peribadi kad kredit:
    1. Account Number: sila isikan nombor akaun kad kredit anda.
    2. Recepient’s Name: masukkan nama anda.
    3. Tranfer Amount:Masukkan jumlah pembayaran yang ingin anda lakukan.
    4. Pilih tarikh transaksi pembayaran yang ada inginkan di Effective Date.
    5. Nyatakantujuan pembayaran anda bagi rujukan di masa hadapan di kotak Recepient’s Reference.
  7. Setelah selesai, klik butang Transfer.
  8. Masukkan No Tac yang anda terima dan klik Confirm.
  9. Selesai

 

CARA BAYAR KAD KREDIT GUNA CIMB CLICKS

 

Sekiranya anda ingin membuat pembayaran Kad Kredit  anda menggunakan CIMC Clicks, berikut adalah caranya:

  1. Buka aplikasi CIMB Clicks atau web CIMB: https://www.cimbclicks.com.my/
  2. Log masuk akaun anda
  3. Pada menu utama klik Duit Now & Transfer money.
  4. Pada bahagian
    1. To, pilih masukkan no akaun kad kredit anda, pilih bank yang mengisukan kad kredit yang sedang anda gunakan.
    2. Tranfer Amount:Masukkan jumlah pembayaran yang ingin anda lakukan.
    3. Transaction Instruction: masukkan nama anda.
    4. Pilih tarikh transaksi pembayaran yang ada inginkan di Effective Date.
  5. Setelah selesai, klik butang Transfer Money.
  6. Masukkan No Tac yang anda terima dan klik Confirm.
  7. Selesai

 

CARA BAYAR KADKREDIT GUNA ATM

 

Kebanyakan orang yang mempunyai kad kredit, sering membuat bayaran ansuran kad kredit melalui ATM kerana Kelebihan membuat pembayaran di ATM adalah, bayaran yang di buat akan diproses serta merta. Kaedah ini menawarkan Anda kemudahan membayar bil melalui mana-mana ATM adalah seperti berikut:

  1. Sila masukkan kad ATM Anda.
  2. Masukkan PIN.
  3. Pilih menu Kad Kredit.
  4. Pilih menu Kad Kredit Lainnya.
  5. Masukkan Nombor Kad Kredit Anda.
  6. Masukkan jumlah amaun yang ingin dibayar.
  7. Pilih YA untuk membuat pembayaran.

NOTA: Sekiranya anda membuat pembayaran kad kredit menggunakan bank yang sama di ATM, tiada sebarang caj pentadbiran yang akan dikenakan. Namun sekiranya kad kredit anda berbeza dengan ATM yang anda gunakan, akan terdapat caj pentadbiran yang dikenakan mengikut ketetapan bank tersebut.

 

ARTIKEL LAIN

CARA DAFTAR PAYPAL MALAYSIA (Hantar & Terima Duit PayPal Guna Kad Debit/Kredit)

3 Comments

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *