BAYAR TAKAFUL INSURANS (Guna Maybank2u & CIMB CLICKS)

CARA BAYAR TAKAFUL INSURANS (Guna Maybank2u & CIMB CLICKS)

Adakah anda seorang pelanggan Takaful insuran? Jika ya, anda kini boleh membayar caruman Takaful Insuran melalui Perbankan Internet dengan salah satu bank yang menawarkan perkhidmatan ini.Bagaimana cara bayar takaful Insuran melalui perbankan internet? Disini kami kongsikan cara bayar Takaful Insurans melalui perbankan internet menggunakan Maybank2u dan CIMB Clicks, semoga membantu.

NOTIS PENTING

Sila isikan nombor sijil yang betul bagi setiap sesi pembayaran. Memasukkan rujukan secara am seperti “Sijil Takaful” atau “Takaful” tanpa nombor sijil peserta akan menyebabkan bayaran yang dibuat tidak dapat dipadankan dengan nombor sijil peserta kerana tiada rujukan khusus kepada sijil yang hendak dibayar bagi membolehkan padanan dilakukan.

CARA BAYAR TAKAFUL INSURANS  MAYBANK2U

Sekiranya anda ingin menggunakan perbankan internet Maybak2u, berikut adalah caranya:

  1. Menggunakan PAYEE.
    1. Layari pautan Maybank2u: maybank2u.com.my
    2. Log masuk akuan anda
    3. Seterunya pada menu pilih Pay & Tranfer > Payee
    4. Pada ruangan Payee, taipkan keyword takaful insuran yang anda ingin bayar. (sama ada prudential Bsn/AIA insurans/Prudential insuran)
    5. Masukkan No Policy Insuran dan jumlah Amaun yang anda ingin bayar, seterusnya klik Pay.
    6. Selesai
  2. Menggunakan JOM PAY
    1. Layari pautan Maybank2u: maybank2u.com.my
    2. Log masuk akuan anda
    3. Seterunya pada menu pilih Pay & Tranfer > JOMPAY
    4. Masukkan Biller Code Insurans Anda. Anda boleh semak biller code disini jompay.com.my
    5. Pada ruagan Reference:
      1. Reference 1: masukkan No Policy Insuran anda
      2. Reference 2: masukkan No Kad Pengenalan anda
    6. Masukkan jumlah Amuan yang ingin dibayar
    7. Seterusnya kli Pay.
    8. Selesai

CARA BAYAR TAKAFULINSURANS  CIMB CLICKS

Sekiranya anda ingin menggunakan perbankan internet CIMB Clicks, berikut adalah caranya:

  1. Menggunakan PAYEE.
    1. Layari pautan CIMB Clicks: cimbclicks.com.my
    2. Log masuk akuan anda
    3. Seterunya pada menu pilih Pay & Tranfer > Pay Bills
    4. Pada ruangan To, taipkan keyword takaful insuran yang anda ingin bayar. (sama ada prudential Bsn/AIA insurans/Prudential insuran)
    5. Masukkan No Policy Insuran dan maklumat yang diperlukan pada ruangan tersedia
    6. Seterusnya masukkan jumlah Amaun yang anda ingin bayar, seterusnya klik Make Payment.
    7. Masukkan No Tac yang diterima.
    8. Selesai
  2. Menggunakan JOM PAY
    1. Layari pautan Maybank2u: cimbclicks.com.my
    2. Log masuk akuan anda
    3. Seterunya pada menu pilih Pay & Tranfer > JOMPAY
    4. Masukkan Biller Code Insurans Anda. Anda boleh semak biller code disini jompay.com.my
    5. Pada Reference 1, masukkan No Policy Insuran anda
    6. Masukkan jumlah Amuan yang ingin dibayar
    7. Tick pada kotak Agree
    8. Seterusnya klik Make Payment.
    9. Selesai

ARTIKEL LAIN

> CARA BATALKAN KONTRAK COWAY/CUCKOO

>CARA TERMINATE TAKAFUL/INSURAN

Share your love

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *