CARA BELI TIKET ETS ONLINE(Check Jadual Perkhidmatan & SOP)

CARA BELI TIKET ETS ONLINE(Check Jadual Perkhidmatan & SOP)

CARA BELI TIKET ETS ONLINE

Berita baik kepada pengguna, kini jualan tiket ETS Online telah dibuka Mulai 12 Oktober 2021 (Selasa) bermula jam 3 petang. Pihak KTMB telah menambahkan lebih banyak perkhidmatan ETS berkuatkuasa 14 Oktober, seperti yang dimuatnaik di laman Facebook Rasmi KTMB.Bagaimana cara untuk membeli tiketETS secara online? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

 

STATUS PERKHIDMTAN ETS

Untuk mengetahui status perkhidmtan ETS, anda boleh rujuk jadual di bawah atau anda boleh semak jadual waktu perjalanan melalui https://bit.ly/3quxiHI

SEKTORJUMLAH PERKHDIMATAN SEHARI
KL Sentral – Ipoh2
IPOH – KL Sentral2
Gemas – Padang Besar1
Padang Besar – Gemas1
KL Sentral – Butterworth1
Butterworth – KL Sentral1
Gemas – Butterworth1
Butterworth – Gemas1
KL Sentral – Padang Besar1
Padang Besar – KL Sentral1

 

CARA BELI TIKET ETS ONLINE & KOD PROMO

Berikut adalah merupakan cara pembelian Tiket ETS secara online:

  1. Layari pautan KTMB: https://online.ktmb.com.my/ ataupun aplikasi KTMB Mobile (Android/IOS) dan melalui semua medium pembelian tiket KTMB.
  2. Pastikan anda memilih perkhidmatan ETS pada Origin dan Destination
  3. Pilih Tarikh pergi (sekiranya sehala klik pada I’m Travel one Way) dan balik
  4. Pilih bilangan penumpang yang inginkan
  5. Seterusnya tekan Search
  6. Sekiranya perjalanan ETS ada pada masa itu akan terpapar.
  7. Anda dikehendaki untuk Log Masuk untuk meneruskan tempahan tersebut.
  8. Pastikan anda nikmati diskaun tambang RM5 dengan menggunakan promo kod *BOLEHRENTAS.
  9. Bagi KTM Ekspres Rakyat Timuran pula, anda boleh nikmati potongan sebanyak RM10 dengan memasukkan kod promo CUTIKERETAPI.

NOTA:  *Terhad untuk 10,000 penumpang dewasa terawal dengan pembelian tiket bernilai RM40 ke atas untuk perjalanan sehala atau dua hala.

 

SOP PERJALANAN MELALUI TREN ETS / KTMB

Berikut adalah antara SOP yang perlu anda patuhi untuk melakukan perjalanan menggunakan ETS/KTM:

  1. Anda perlu mengemukakakn sijil digital vaksinasi melalui aplikasi MySejahtera atau kad vaksinasi sebelum menaikki Tren.
  2. Pastikan anda memakai pelitup muka
  3. Mengimbas QR Code MySejahtera
  4. Mengimbas suhu badan
  5. Berada di stesen 1 jam sebelum tren berlepas

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai cara pembelian tiket ETS online, anda layari laman website rasmi KTMB DI SINI 

 

ARTIKEL LAIN

CARA DAFTAR KITS:REGISTER KTMB (Beli e-tiket Online di ktmb.com.my)

Leave a Comment