CARA BELI TIKET ETS ONLINE(Jadual & Waktu Operasi)

CARA BELI TIKET ETS ONLINE(Check Jadual Perkhidmatan & Waktu Operasi)

Berita baik kepada pengguna, kini jualan tiket ETS Online telah dibuka Mulai 12 Oktober 2021 (Selasa) bermula jam 3 petang. Pihak KTMB telah menambahkan lebih banyak perkhidmatan ETS berkuatkuasa 14 Oktober, seperti yang dimuatnaik di laman Facebook Rasmi KTMB.Bagaimana cara untuk membeli tiketETS secara online? Disini kami kongsikan cara beli tiket ETS online, semoga membantu.

STATUS PERKHIDMTAN ETS

Untuk mengetahui status perkhidmtan ETS, anda boleh rujuk jadual di bawah atau anda boleh semak jadual waktu perjalanan melalui https://bit.ly/3quxiHI

SEKTORJUMLAH PERKHDIMATAN SEHARI
KL Sentral – Ipoh2
IPOH – KL Sentral2
Gemas – Padang Besar1
Padang Besar – Gemas1
KL Sentral – Butterworth1
Butterworth – KL Sentral1
Gemas – Butterworth1
Butterworth – Gemas1
KL Sentral – Padang Besar1
Padang Besar – KL Sentral1

CARA BELI TIKET ETS ONLINE & KOD PROMO

Berikut adalah merupakan cara pembelian Tiket ETS secara online:

  1. Layari pautan KTMB: https://online.ktmb.com.my/ ataupun aplikasi KTMB Mobile (Android/IOS) dan melalui semua medium pembelian tiket KTMB.
  2. Pastikan anda memilih perkhidmatan ETS pada Origin dan Destination
  3. Pilih Tarikh pergi (sekiranya sehala klik pada I’m Travel one Way) dan balik
  4. Pilih bilangan penumpang yang inginkan
  5. Seterusnya tekan Search
  6. Sekiranya perjalanan ETS ada pada masa itu akan terpapar.
  7. Anda dikehendaki untuk Log Masuk untuk meneruskan tempahan tersebut.
  8. Pastikan anda nikmati diskaun tambang RM5 dengan menggunakan promo kod *BOLEHRENTAS.
  9. Bagi KTM Ekspres Rakyat Timuran pula, anda boleh nikmati potongan sebanyak RM10 dengan memasukkan kod promo CUTIKERETAPI.

NOTA:  *Terhad untuk 10,000 penumpang dewasa terawal dengan pembelian tiket bernilai RM40 ke atas untuk perjalanan sehala atau dua hala.

CARA BELI TIKET KTM ETS WARGA EMAS(Dapat Diskaun 50 Peratus)

Kepada golongan warga emas boleh dapatkan diskaun 50% untuk pengangkutan KTM seperti tiket ETS bagi setiap perjalanan.

Syarat Kelayakan Diskaun Warga Emas

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 60 tahun dan ke atas

Kadar Diskaun ETS Untuk Warga Emas

  • Diskaun 50% untuk tiket kelas ekonomi
  • Diskaun 20% untuk kelas perniagaan (business class)

Cara Daftar Konsesi Warga Emas KTM ETS

  1. Layari pautan ktmb.com.my atau menggunakan aplikasi KTMB
  2. Pergi Account > Concession
  3. Pada bahagian Consession Registration, klik pada Select Consession Type > Senior Citizen/Warga Emas
  4. Upload gambar MyKad. Jika pesara kerajaan, upload kad pesara atau OKU, upload kad OKU dan sebagainya. Masukkan butiran yang diperlukan.
  5. Akhir, klik Submit
  6. Permohonan mengambil masa 3-5 hari waktu bekerja untuk diluluskan. Jika berjaya, akan dimaklumkan menerusi emel.
  7. Sekiranya sudah berjaya, selepas ini, akaun KITS tersebut boleh dapatkan diskaun 50% bagi setiap perjalanan menggunakan ETS atau KTM Intercity

Cara Beli Tiket ETS Diskaun Untuk Warga Emas

  1. Layari pautan ktmb.com.my atau menggunakan aplikasi KTMB
  2. Log masuk akaun anda
  3. Pilih perjalanan destinasi asal dan destinasi yang ingin pergi beserta tarikh. Klik Search
  4. Kemudian pilih waktu perjalanan bersama jenis tiket (Platinum/Gold) dan disini akan dipaparkan harga sebenar tiket sebelum diskaun
  5. Pilih kerusi
  6. Klik pada ‘I am travelling’ iaitu untuk nama anda pada bahagian butiran penumpang. Kemudian pada Ticket Type pilih Senior Citizen/Warga Emas dan Make Payment
  7. Pada akhir sebelum buat bayaran akan diparkan harga diskaun 50% untuk warga emas
  8. Buat pembayaran seperti biasa hingga selesai.

SOP PERJALANAN MELALUI TREN ETS / KTMB

Berikut adalah antara SOP yang perlu anda patuhi untuk melakukan perjalanan menggunakan ETS/KTM:

  1. Anda perlu mengemukakakn sijil digital vaksinasi melalui aplikasi MySejahtera atau kad vaksinasi sebelum menaikki Tren.
  2. Pastikan anda memakai pelitup muka
  3. Mengimbas QR Code MySejahtera
  4. Mengimbas suhu badan
  5. Berada di stesen 1 jam sebelum tren berlepas

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai cara pembelian tiket ETS online, anda layari laman website rasmi KTMB DI SINI 

ARTIKEL LAIN

Leave a Comment