CARA BUAT LINK WHATSAPP Direct Message(Untuk Peniaga/Personal/Private di [email protected] Instagram)

CARA BUAT LINK WHATSAPP Direct Message(Untuk Peniaga/Personal/Private di [email protected] Instagram)

CARA BUAT LINK WHATSAPP

 

Ramai penjual di atas talian menjadikan aplikasi whatsapp sebagai pilihan utama untuk berhubung dengan pembeli. Penjual sering meletakan link whatsapp untuk memudahkan kita terus berhubung dengan mereka.

 

Setelah kita klik link tersebut, kita akan terus dapat bertanya kepada penjual tersebut. Sangat mudah dan amat praktikal.

 

Masih ramai yang belum mahir dan tahu CARA BUAT LINK WHATSAPP. Kami akan kongsikan kepada anda cara membuat link Whatsapp tersebut.

 

 

Cara Buat Link Whatsapp Untuk Bussiness

 

Keistimewaan ini ditawarkan kepada pengguna aplikasi Whatsapp Business. Anda boleh terus dapatkan link Whatsapp anda dari dalam aplikasi Whatsapp bussines itu sendiri.

 

Anda hanya perlu ke bahagian Setting > Business Tools > Short link.

 

Anda hanya perlu copy dan paste link tersebut dan boleh share kepada bakal pelanggan anda. Cara ini amat mudah dan berkesan.

 

CARA BUAT LINK WHATSAPP Personal

 

Sekarang kami akan kongsikan cara untuk whatsapp Personal. Anda hanya perlucopy and paste je ayat yang kat bawah ni.

 

http://www.wasap.my/60136666777

 

Hanya perlu masukkan nombor telefon kita dekat hujung sekali tu.

 

NOTA: Jangan lupa masukkan kod nombor 6 dekat awal sekali tu. Kalau tak, link tu tak jadi!

Dan kita juga boleh tambah sikit ayat dekat belakang tu supaya kita boleh tahu dari mana orang yang mesej dapat nombor telefon kita tu.

 

Caranya, edit nombor telefon dan tambah ayat seperti kat bawah ni.

 

http://www.wasap.my/60136666777/nakOrderBaju

 

CARA BUAT LINK WHATSAPP Personal Private

 

Untuk cara buat link Whatsapps  Private ni, kita boleh letak link tanpa mendedahkan nombor telefon.

 

Ramai  yang takut letak nombor phone secara terang-terangan risau di scam. Kita bolehlah guna bitly.com. Laman web ni sebenarnya untuk singkatkan link website.

 

Nak buatnya senang je dan tak payah daftar pun. Caranya cuma perlu copy link Whatsapp yang kita dah edit no phone kita tu (Cara Personal) dan paste dekat ruang yang disediakan.

Lepas tu tekan butang ‘SHORTEN’ untuk dapatkan URL yang dah disingkatkan.

 

Contoh link http://www.wasap.my/60136666777 yang saya dah singkatkan tadi dapat macam ni https://bit.ly/2JpxF6z

 

Kalau ok, kita proceed dan klik ‘COPY’. Terus kita dapat gunakan link tersebut.

 

Cara Letak Link Whatsapp  Di Facebook

 

Untuk menjadikan post anda di facebook berkesan, gunakan panduan berikut:

 

  • Gunakan bahasa mudah difahami
  • Jangan tulis panjang-panjang, susah nak baca
  • Pastikan link WhatsApp anda tidak tersembunyi, tak perlu tekan read more…
  • Pastikan anda jelaskan link tersebut adalah link WhatsApp. Paling mudah buat seperti ini. ‘WhatsApp: link anda’
  • Gunakan gambar yang menarik

 

Langkah yang pertama adalah anda perlu buat seperti yang cara buat link yang telah dikongsikan di atas.

 

Setelah dapat link tersebut, buka facebook anda dan paste link itu di dalam mana-mana post yang anda buat.

 

Jika anda perasan sewaktu memasukkan link whatsapp akan ada keluar paparan preview WhatsApp api. Ia nampak kurang cantik.

 

Anda boleh buang paparan preview tersebut dengan menekan butang X.

 

Selesai.

 

Cara Letak Link Whatsapp Di Instagram

 

Pertama anda kena tahu bagaimana cara betul nak letak link WhatsApp dalam profile.

 

Sediakan dahulu link WhatsApp anda. Contoh link whatsapp:

https://wa.me/60136666777

 

Seterusnya pergi ke bahagian ‘Edit Profile’ dalam ig anda. 2 bahagian yang kita akan ubah disini iaitu bahagian:

  • Website
  • Bio

Dalam ruangan ‘website‘ masukkan link whatsapp anda. Kemudian dalam ‘Bio, selepas pengenalan, tambahkan sedikit ayat seperti ‘WhatsApp/Hubungi saya melalui link berikut:’

 

Selesai.

 

Tak susah bukan untuk generate whatsapp link. Pilih sahaja cara mana paling sesuai untuk kegunaan anda.

 

Setakat itu sahaja tutorial untuk kali ini. Jika anda rasakan tutorial ini berguna, jemput share dan kongsikan bersama keluarga dan rakan-rakan.

 

ARTIKEL LAIN

Baca juga CARA RENEW SSM GUNA EZBIZ 

Leave a Comment