CARA BUAT QR CODE My SEJAHTERA : WUJUDKAN QR UNTUK PREMIS, MAJLIS KENDURI DAN MAJLIS

Utama / My SEJAHTERA / CARA BUAT QR CODE My SEJAHTERA : WUJUDKAN QR UNTUK PREMIS, MAJLIS KENDURI DAN MAJLIS

CARA BUAT QR CODE My SEJAHTERA : WUJUDKAN QR UNTUK PREMIS, MAJLIS KENDURI DAN MAJLIS

Jika anda seorang peniaga ataupun tuan rumah untuk majlis perkahwinan, sudah pasti anda perlu merekodkan kehadiran setiap tetamu ataupu pengunjung. Adakah anda tahu CARA BUAT QR CODE My SEJAHTERA. MySejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaann Malaysia untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri. Pada masa yang sama, ia membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan.

 

CARA BUAT QR CODE My SEJAHTERA

Bagi artikel kali ini, kami akan kongsikan kepada and acara CARA BUAT QR CODE My SEJAHTERA, Berikut ialah cara untuk buat QR code untuk MySejahtera untuk kemudahan semua:

 

  1. Anda hanya perlu ke portal rasmi MySejahtera di sini: https://mysejahtera.malaysia.gov.my/intro/
  2. Anda harus tekan butang Register MySejahtera Check-In
  3. Jika anda tidak pernah membuat ataupun mendaftar sebelum ini, anda perlu mendaftar sebagai pengguna baru
  4. Masukkan maklumat yang penting dan dikehendaki seperti berikut:
  • Country code: Malaysia (Bermula dengan kod +60)
  • Masukkan nombor telefon bimbit
  • Tandakan I’m not a robot
  • Pilih gambar yang terpapar
  • Contohnya, jika keluar pernyataan Select all images with bus, pilih semua gambar yang ada gambar bas
  • Tekan butang VERIFY
  • Tekan butang Register
  1. Tunggu sehingga anda menerima OTP melalui SMS untuk proses verifikasi nombor telefon
  2. Masukkan OTP yang diterima
  3. Tekan butang Submit
  4. Isikan maklumat premis dalam bahagian Registration untuk Company Profile seperti:
  • User Name
  • Business Name
  • Contact Name
  • Current Address
  • Postcode
  • State
  1. Jika anda mahu mengadakan majlis kenduri dan ingin memudahkan tetamu yang hadir, anda hanya perlu taip sahaja alamat rumah di bahagian Company Profile ini. Perkara yang paling penting adalah pada bahagian Business Name, sila masukkan “Kenduri Kahwin firdaus dan liyana” atau ‘Majlis Pertunangan Khairul dan Halimah’.
  2. Jika anda mahu mewujudkan QR Code untuk sekolah dan ingin memudahkan pelajar masuk ke sekolah, anda perlu masukkan sahaja nama sekolah di ruangan Business Name. Contohnya, di bahagian Business Name, boleh masukkan ‘Sekolah Kebangsaan Kulai’ dan ‘Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Muda Musa’.
  3. Anda haruslah tekan butang Submit untuk menghantar maklumat dan permohonan tersebut
  4. Sekarang pendaftaran My Sejahtera anda sudah selesai
  5. Anda sekarang boleh buat QR Code dengan tekan butang Print di bahagian bawah sebelah kiri
  6. QR akan dijana dalam bentuk pdf
  7. Bagi pemohon yang tidak mempunyai printer, anda boleh pilih Email ke imbox sendiri atau muat turun dahulu. Anda boleh simpan dahulu dan cetak di kedai photostat ataupun kafe siber

 

SOALAN LAZIM MENGENAI CARA BUAT QR CODE My SEJAHTERA

Adakah saya perlu membayar untuk muat turun aplikasi MySejahtera?

Aplikasi MySejahtera adalah PERCUMA.

 

Bagaimanakah saya boleh mendapatkan bantuan teknikal sekiranya menghadapi masalah semasa menggunakan aplikasi MySejahtera?

Anda boleh mendapatkan bantuan melalui fungsi “MySejahtera Helpdesk” dalam aplikasi MySejahtera.

 

Apakah undang-undang yang berkaitan dengan pelaksanaan aplikasi MySejahtera?

Aplikasi MySejahtera dibangunkan untuk menyokong pelaksanaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342].

Mengemukakan maklumat palsu adalah suatu kesalahan di bawah Seksyen 22 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342] dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588].

 

ARTIKEL YANG BERKAITAN

CARA TUKAR NO HP MySEJAHTERA(Update Mobile Phone Number)

CARA MUAT TURUN & CETAK SIJIL DIGITAL VAKSINASI MYSEJAHTERA FORMAT PDF

SIJIL PENGECUALIAN VAKSIN:CARA PERMOHONAN(Guna MySejahtera & Dokumen Sokongan)

STATUS MySEJAHTERA KUNING:CARA TUKAR KE BIRU(Kemaskini Untuk Masuk Kedai)

CARA PINDAH TUKAR PADAM MAKLUMAT DEPENDENT(Daripada Akaun Orang Lain Ke Akaun MySejahtera Sendiri)

CARA KEMASKINI KEPUTUSAN UJIAN KENDIRI COVID-19(Buat Test Sendiri & Lapor Di MySejahtera)

CARA KEMASKINI APLIKASI MySEJAHTERA CHECK IN OUT FEATURE

CARA KEMASKINI HOME ASSESSMENT TOOL (HAT) MySEJAHTERA(Penilaian Kendiri Semasa Kuarantin Di Rumah)

LUPA KATA LALUAN MYSEJAHTERA:CARA RESET PASSWORD GUNA SMS ATAU EMAIL(Dapatkan Semula Akaun)

CARA PADAM AKAUN MySEJAHTERA LAMA(Delete & Daftar Semula)

4 Comments

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *