CARA BUAT RAYUAN BPR

CARA BUAT RAYUAN BPR

CARA BUAT RAYUAN BPR   

Jika anda gagal dalam permohonan BPR dan tidak berjaya dapat PEMBAYARAN FASA PERTAMA BPR 2021 , anda tidak perlu bersusah hati dan gundah gulana. Seperti bantuan yang pernah disalurkan kerajaan sebelum ini seperti BSH,BPN ,GKP dan pelbagai bantuan yang meringankan beban rakyat, semuanya mempunyai rayuan. Oleh yang demikian sudah pasti BPR juga akan dibuka RAYUAN BPR bagi pemohonan yang gagal dalam permohonan. Bertepatan dangan masalah yang timbul ini, kami akan kongsikan CARA BUAT RAYUAN BPR

 

RAYUAN BPR 2021

Seperti kebiasaan seperti bantuan-bantuan yang pernah disalurkan, selalunya rayuan boleh dibuat di cawangan LHDN , secara emel ataupun secara online di laman rasmi LHDN dan juga LOG MASUK MyBPR portal bantuan https://bpr.hasil.gov.my/ . Selalunya rayuan boleh dibuat apabila dan sekiranya CHECK STATUS PERMOHONAN  BPR 2021 status anda Tidak Layak atau Tiada Rekod. Oleh itu anda masih berpeluang untuk membuat rayuan atau permohonan baru.

BORANG RAYUAN BPR

Seperti kebiasaan, Borang Rayuan boleh dimuat turun dari portal lembaga hasil kerana pihak lembaga hasil yang bertanggungjawab dalam menyalurkan BPR. Bagi pihak kami, apabila mula dikeluarkan borang dan tarikh rayuan, kami akan maklumkan dan kongsikan link borang rayuan dengan kadar segera bagi memudahkan pemohon membuat rayuan BPR.

 

DOKUMEN SOKONGAN RAYUAN BPR

Bagi memudahkan urusan anda membuat rayuan dan sebagai rujukan kepada pihak LHDN, sudah pasti DOKUMEN SOKONGAN BPR diperlukan sebagai menunjukkan bukti bahawa anda layak menerima BPR. Oleh demikian, antara dokumen yang dirasakan akan digunakan semasa membuat RAYUAN BPR adalah seperti berikut:

Nota: anda boleh bersedia awal dengan dokumen ini walaupun tempoh rayuan BPR belum dibuka

Salinan dokumen sokongan pemohon / pasangan / anak (jika berkaitan) yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut:

1. Pemohon:

  • Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
  • Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN; atau
  • Sijil Perceraian (asal dan salinan) yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
  • Salinan Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh Mahkamah
  • Salinan Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

 

2.Pasangan:

a) Salinan pengenalan Pasangan (MyKad / MyPR / MyKAS); atau

b) Salinan Pasport / Visa / UNHCR / Pas Sempadan

 

3 . Anak:

a) Anak Kandung

  • Salinan MyKad / MyKid; dan
  • Salinan Sijil Lahir

 

b) Anak Angkat

  • Salinan MyKad / MyKid; dan
  • Salinan Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPN

 

 

MAKLUMAT LANJUT

Hubungi : TALIAN TELEFON BPR 2021 

LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau

MoF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);

Hadir sendiri ke Cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM.

 

14 thoughts on “CARA BUAT RAYUAN BPR”

  1. Selamat tengah hari. Bolehkah saya Tanya, gaji saya sebelum ditolak ialah me atas Rm3500, tapi sekarang company tolak kita 50% dari gaji kita, sekarang gaji saya hanya rm1500. 00++ sahaja, mengapa saya tak layan dapat bpr 2021 yang terbaru? Boleh tak tolong saya semak mengapa saya tak Boleh dapat duit tu. Terima kasih

    Balas
  2. Gaji suami 1500
    Gaji sy 1300
    Nama dlm ssm pn dah potong
    Tp mohon apa2 pn tak layak . Bsh, bpn, bpr, mysalam semua tak layak . Kawan saya tu bpr, bpn, geran khas pn dia dapat . Tak adil mcm ni . Kalau kata sbb ssm xlulus bpn kenapa kawan saya bole lulus semua tu . Pelik laa .

    Balas
  3. Assallammualaikum saya seorang ibu tunggal dan berpenyakit kencing.manis dan juga seorang asnaf penerima bantuan zakat rm400 sebulan kenapa.saya masih di ketogori sebagai bujang kerana saya sudah submit surat cerai dan membuat permohonan baru di lhdn
    Di harap dapat Tuan pertimbangkannya.
    Sekian terima kasih…
    ZUBAIDAH BINTI ZAINOL ABIDIN

    Balas
  4. Sy status ibu tunggal anak sorang.. kenape sy dapat BPR bulan 2 lepas sy cume dapat RM 150?mcm amount utk status bujang..sy dh hntar documents sokongan sijil anak sy semua..tp dapat 150 je.adakah sy tak layak atau mcm Mana?

    Balas
  5. Saya penerima bpn…. Tetapi saya nk buad kemaskini bpr haritu tersilap buad permohonan baru….lepastu sampai sekarang duit bpr xmasuk.. Saya harap pihak yg menguruskn dpt membntu…

    Balas
  6. Saya penerima bpn…. Tetapi saya nk buad kemaskini bpr haritu tersilap buad permohonan baru….lepastu sampai sekarang duit bpr xmasuk.. Saya harap pihak yg menguruskn dpt membntu…

    Balas
  7. saya pun penerima bpn..tpi saya tidak dapat bpr ..saya bukan berkerja..suami kerja pun gaji cuma rm1100 saja..

    Balas
  8. Saya gaji rm1800 suami rm3000 selepas tolak epf iaitu gaji bersih.tapi saya pun x dpt bpr.sedangkan anak2 saya ramai.kenapa bpr ni tak bagi semua rakyat malaysia biarpun nampak gaji tinggi tapi commitment saya juga tinggi dengan anak yang ramai and still study lagi yang dah besar pun masih susah nak lulus bpr.tak adil la jika gaji kami tinggi pun disebabkan dah lama bekerja then suami pun ada bayar tax.boleh ke buat rayuan ni?sedikit sebanyak bpr boleh membantu saya juga biarpun nampak gaji tinggi tak bermaksud kami ni kaya..harap bpr je la kami dapat yang lain tak pernah dapat bantuan.sekolah pun tak dapat bantuan..

    Balas

Leave a Comment