CARA BUKA AKAUN AMANAH HARTANAH BUMIPUTERA( AHB )
Sekiranya anda berminat untuk membuka akaun Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) mesti anda tercari-cari panduan untuk buka akaun tersebut. Disini kami kongsikan cara buka akaun AHB buat rujukan anda, semoga membantu.
APA ITU AHB
Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) ialah dana unit amanah patuh Syariah yang melabur terutamanya dalam pemunyaan benefisial harta komersil di lokasi utama di Malaysia. AHB mempunyai saiz dana tersedia berjumlah 4.0 bilion unit untuk dilanggan oleh pelabur Bumiputera pada harga RM1.00 per unit di semua cawangan pengedar yang sah di seluruh Malaysia. Pada masa ini, Dana ini disokong oleh sembilan belas (19) harta komersil utama yang telah disewakan dan menikmati aliran pendapatan sewaan secara tetap. AHB diwujudkan untuk memberikan peluang kepada pelabur Bumiputera menyertai pemilikan harta komersil utama melalui pegangan unit dalam AHB sebagai Pemegang Unit.
SYARAT KELAYAKAN
Untuk membuka akuan AHB, berikut adalah merupakan syarat kelayakan:
- Bumiputera Malaysia:
- Akaun Dewasa (18 tahun dan ke atas);
- Akaun Remaja (untuk kanak-kanak berusia tiga (3) bulan dan ke atas tetapi kurang daripada 18 tahun dengan nama seorang penjaga yang sah. Penjaga undang-undang mestilah berusia 18 tahun ke atas.
CARA BUKA AKAUN AHB
Sekiranya anda memenuhi syarat kelayakan seperti di atas, berikut adalah cara untuk buka akaun AHB:
- Cari lokasi ejen AHB, iaitu cawangan Maybank atau AmBank yang terdekat dengan anda.
- Hadir ke lokasi yang dipilih, maklumkan pegawai bertugas di kaunter pertanyaan yang anda nak buka akaun AHB.
- Anda akan diminta untuk berjumpa dengan Eksekutif Kewangan untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang dana AHB
- Anda akan diminta untuk mengisi “Borang Pendaftaran – Akaun Dewasa” atau “Borang Pendaftaran – Akaun Kanak-Kanak/Remaja”, mengikut mana-mana yang berkenaan
- Serahkan borang yang lengkap diisi berserta dokumen-dokumen yang diperlukan serta modal permulaan pelaburan dalam bentuk tunai atau cek jurubank di kaunter bank.
- Selepas permohonan selesai diproses, anda akan diberikan salinan Borang Pendaftaran yang disahkan sebagai bukti pelaburan. Di atasnya akan tercatat nombor akaun AHB serta jumlah pelaburan yang dimiliki. Simpan nombor akaun AHB tersebut, mana tahu pada masa akan datang anda nak tambah pelaburan lagi, boleh guna sahaja nombor akaun tersebut. Tiada buku akan diberikan, hanya salinan tersebut sahaja.
- Pembukaan akaun AHB anda selesai.
SOALAN LAZIM
Apakah objektif pelaburan AHB?
Dana ini bertujuan untuk menyediakan Pemegang Unit dengan aliran pendapatan yang tetap dan
konsisten sambil mengekalkan modal pelaburan Pemegang Unit.
Apakah kelebihan melabur dalam AHB?
- Pelaburan disokong oleh harta komersil di lokasi utama di Malaysia
- AHB adalah skim pelaburan yang telah disahkan sebagai patuh Syariah
- Dana ini diurus oleh pengurus dana yang profesional dan berpengalaman
- Mampu milik kerana ia hanya memerlukan pelaburan permulaan yang kecil
- Hak dan kepentingan anda dipantau dengan teliti oleh Pemegang Amanah Dana
- Pelaburan jangka panjang yang berpotensi memberikan pulangan yang kompetitif
Berapakah harga seunit AHB?
Harga seunit telah ditetapkan pada RM1.00.
Apakah pelaburan minimum, maksimum dan tambahan yang dibenarkan?
Pelaburan permulaan minimum ialah RM100 bagi setiap individu, kecuali jika pelaburan minimum
bagi individu di bawah Skim Pelaburan Ahli KWSP adalah RM1,000. Pelaburan permulaan
minimum bagi institusi Bumiputera adalah RM250,000.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai cara buka akuan Amanah Hartanah Bumiputera, anda boleh hubungi Pengurus di talian 03-2297 7888 atau layari pautan DI SINI
Baca juga CARA AKTIFKAN SEMULA AKAUN ASB YANG DORMAN(Lebih 7 Tahun)
[…] CARA BUKA AKAUN AMANAH HARTANAH BUMIPUTERA(AHB) […]