CARA BUKA AKAUN SIMPAN SSPN PRIME PLUS(Senarai Keistimewaan & Pakej)

Utama / AKAUN SIMPAN SSPN PRIME PLUS / CARA BUKA AKAUN SIMPAN SSPN PRIME PLUS(Senarai Keistimewaan & Pakej)

CARA BUKA AKAUN SIMPAN SSPN PRIME PLUS(Senarai Keistimewaan & Pakej)

Terkini Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melancarkan produk terbaru iaitu Simpan SSPN Plus dan Simpan SSPN Prime . Bagaimana cara untuk membuka akaun Simpan SSPN Plus & akaun Simpan SSPN Prime? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

 

APA ITU SIMPAN SSPN PLUS

Simpan SSPN Plus (dulu dikenali sebagai SSPN-i Plus) merupakan produk terbaru PTPTN dengan kerjasama Hong Leong MISG Takaful (HLMT), Great Eastern Takaful Berhad (GETB) dan Takaful Ikhlas Family Berhad (TIFB) sebagai syarikat pengendali takaful bagi produk ini.

 

SYARAT SYARAT PENYERTAAN SIMPAN SSPN PLUS

Berikut adalah merupakan syarat-syarat pembukaan Simpan SSPN Plus bagi:

  1. Pendeposit
    • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas (tertakluk kepada polisi syarikat pengendali takaful yang dipilih oleh pelanggan)
  2. Penerima Manfaat
    • Warganegara Malaysia yang berumur 1 hari sehingga berumur sebelum mencapai umur 29 tahun
    • Terdiri daripada diri sendiri, anak kandung dan anak jagaan yang sah sahaja
    • Pendeposit boleh membuka satu akaun bagi satu penerima manfaat
    • Pendeposit yang berbeza boleh membuka akaun penerima manfaat yang sama
    • Pendeposit wajib mengisi borang potongan gaji/auto debit/direct debit untuk bayaran komitmen bulanan

 

KEISTIMEWAAN SIMPAN SSPN PLUS

Berikut adalah merupakan keistimewaan Simpan SSPN Plus:

  1. Dividen kompetetif
  2. Elaun kemasukan Hospital
  3. Tiada Pemeriksaan Kesihatan
  4. Manfaat perlindungan sehingga RM 1.2 juta
  5. Khairat kematian (pasangan & anak)
  6. Pelepasan tafsiran cukai dalam tabungan bersih
  7. Manfaat takaful penyakit kritikal
  8. Komitmen serendah rm30 sebulan
  9. Layak memohon pinjaman PTPTN
  10. Simpanan dijamin Kerajaan

 

PAKEJ SIMPAN SSPN PLUS

 Berikut adalah merupakan pakej yang terdapat dalan Simpan SSPN Plus

  1. Intan : RM30 (Simpanan SSPN: RM20, Caruman Takaful: RM10)
  2. Delima : RM50 (Simpanan SSPN: RM40, Caruman Takaful: RM10)
  3. Topas : RM100 (Simpanan SSPN: RM90, Caruman Takaful: RM10)
  4. Zamrud : RM200 (Simpanan SSPN: RM180, Caruman Takaful: RM20)
  5. Nilam : RM300 (Simpanan SSPN: RM270, Caruman Takaful: RM30)
  6. Berlian : RM500 (Simpanan SSPN: RM200, Caruman Takaful: RM300)

 

SYARIKAT PENGENDALIAN TAKAFUL

Sebagai pendeposit anda perlu memilih salah satu syarikat pengedali takaful untuk perlindungan manfaat takaful daripada syarikat berikut:

  1. Hong Leong MSIG Takaful Berhad (HLMT)
  2. Greast Eastern Takaful Berhad (GETB)
  3. Takaful Ikhlas Family Berhad (TIFB)

 

CARA PEMBUKAAN AKAUN SIMPAN SSPN PLUS

Untuk pembukaan akaun Simpan SSPN Plus, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Secara online
    • Layari laman web Simpan SSPN Plus di pautan https://lovesspn.com/
    • Klik pada Pembukaan Akaun Simpan SSPN Plus
    • Isikan Maklumat yang diperlukan seta butiran peribadi
    • Buat bayaran dan cetak resit
    • Semak penyata dengan mendaftar kali pertama di portal selepas 24 jam pembukaan akaun secara online.
  2. Melaui Ejen Online PTPTN
  3. Melaui Eksekutif Pemasaran PTPTN
  4. Melaui Kaunter PTPTN

 

DOKUMEN SOKONGAN

Berikut adalah merupakan dokumen sokongan yang diperlukan:

  1. Anak Kandung
    • Tiada dokumen sokongan diperlukan bagi pembukaan akaun anak kandung .
  2. Anak Angkat atau Anak Tiri boleh dibuka di kaunter PTPTN dan perlu membawa bersama dokumen berikut :
    • Anak Angkat : Surat Akuan Berkanun Jabatan Pendaftaran Negara (JPN); atau Sijil Anak Angkat JPN
    • Anak Tiri : Sijil/Kad Nikah Ibu Bapa; dan Sijil Kelahiran Anak (Penerima Manfaat)

 

SEMAKAN BAKI PENYATA SSPN PLUS

  • Layari pautan SSPN Plus
  • Isi maklumat diperlukan,kemudian klik DAFTAR
  • Log masuk guna no MyKad pendeposit dan kata laluan untuk semak baki penyata SSPN Plus

 

APA ITU SIMPAN SSPN PRIME

 Simpan SSPN Prime merupakan satu instrumen simpanan tanpa komitmen bulanan yang direka khas oleh PTPTN bagi tujuan pendidikan tinggi. Simpan SSPN Prime adalah berlandaskan syariah menggunakan konsep ‘Wakalah Bil Istithmar’ bermaksud mewakilkan untuk tujuan pelaburan.

Simpan SSPN Prime adalah penamaan baru daripada SSPN-i yang masih mengekalkan pelbagai manfaat dan keistimewaan yang ditawarkan sebelum ini.

 

KEISTIMEWAAN SIMPAN SSPN PRIME

Simpan SSPN Prime menawarkan pelbagai keistimewaan, antaranya:

  1. Pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan bersih tahun semasa hingga RM8,000.00 setahun bagi akaun yang dibuka atas nama anak / anak angkat yang sah sebagai penerima manfaat
  2. Perlindungan takaful secara percuma ke atas pendeposit yang mempunyai simpanan RM1,000.00 dan ke atas
  3. Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan
  4. Pemberian geran sepadan kerana memasuki institusi pendidikan tinggi (IPT) sehingga RM10,000.00 untuk satu keluarga yang layak bagi akaun yang dibuka atas nama anak sebagai penerima manfaat
  5. Simpanan dijamin oleh kerajaan
  6. Layak memohon pinjaman pendidikan PTPTN

 

SYARAT SYARAT PENYERTAAN SIMPAN SSPN PRIME

 Syarat-syarat penyertaan Simpan SSPN Prime adalah seperti berikut:

  1. Ibu / bapa / penjaga / individu yang ingin menjadi pendeposit dan / atau penerima manfaat kepada akaun Simpan SSPN Prime mestilah warganegara Malaysia.
  2. Bagi pembukaan akaun untuk anak angkat di bawah jagaan yang sah, surat akuan berkanun atau sijil anak angkat hendaklah disertakan bagi menikmati keistimewaan pelepasan taksiran cukai pendapatan dan geran sepadan ke institusi pendidikan tinggi (jika layak).
  3. Pendeposit boleh juga membuka akaun untuk diri sendiri.
  4. Setiap pendeposit hanya boleh membuka satu akaun untuk penerima manfaat yang sama.
  5. Penerima manfaat mestilah berumur antara 1 hari hingga sebelum mencapai umur 29 tahun.
  6. Penerima manfaat yang telah mempunyai akaun yang dibuka oleh seseorang pendeposit boleh membuka akaun bagi dirinya sendiri atau membuka akaun untuk warganegara Malaysia yang lain. Ini bermakna, seorang penerima manfaat pada masa yang sama juga boleh menjadi pendeposit.
  7. Pendeposit yang berbeza boleh membuka akaun Simpan SSPN Prime bagi penerima manfaat yang sama dan tiada had bilangan akaun bagi setiap penerima manfaat.

 

CARA PEMBUKAAN AKAUN SIMPAN SSPN PRIME

Untuk pembukaan akaun Simpan SSPN Prime, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Secara online
    • Layari laman web Simpan SSPN Prime di pautan https://lovesspn.com/
    • Klik pada Pembukaan Akaun Simpan SSPN Prime
    • Isikan Maklumat yang diperlukan seta butiran peribadi
    • Buat bayaran dan cetak resit
    • Semak penyata dengan mendaftar kali pertama di portal selepas 24 jam pembukaan akaun secara online.
  2. Melaui Ejen Online PTPTN
  3. Melaui Eksekutif Pemasaran PTPTN
  4. Melaui Kaunter PTPTN

 

SEMAKAN BAKI PENYATA SSPN PRIME

  • Layari pautan SSPN Prime
  • Isi maklumat diperlukan,kemudian klik DAFTAR
  • Log masuk guna no MyKad pendeposit dan kata laluan untuk semak baki penyata SSPN Prime

 

MAKLUMAT LANJUT

 

Untuk malumat lanjut mengenai cara pembukaan akaun Simpan SSPN Plus, anda boleh layari website rasmi PTPTN di pautan https://www.ptptn.gov.my/

 

ARTIKEL LAIN

TEMUJANJI PTPTN ONLINE(Cara Tempah & Booking Slot e-JanjiTemu)

PENGECUALIAN PTPTN KELAS PERTAMA:CARA PERMOHONAN/DOKUMEN DIPERLUKAN & SEMAKAN STATUS

SEMAKAN NOMBOR PINJAMAN PTPTN (CARA CHECK & DAPATKAN NO ONLINE)

PTPTN ONLINE : SEMAKAN BAKI & BAYARAN BALIK

 

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *