CARA BUKA TABUNG HAJI ANAK (Link ke CIMB CLICK/Maybank2U Online)

Utama / CARA BUKA TABUNG HAJI ANAK / CARA BUKA TABUNG HAJI ANAK (Link ke CIMB CLICK/Maybank2U Online)

CARA BUKA TABUNG HAJI ANAK (Link ke CIMB CLICK/Maybank2U Online)

 

Jika anda ingin daftar akaun Tabung Haji kepada anak,bagaimanakah cara buka Tabung Haji?Boleh ke buat secara online?

 

SEMAKAN SYARAT & KRITERIA BUKA AKAUN  TH KANAK-KANAK

Berikut ialah kriteria penting bagi permohonan pembukaan akaun kanak-kanak:

 

  • Di bawah umur 18 tahun mengikut tarikh lahir.
  • Penjaga yang sah adalah tertakluk kepada Akta Perlindungan Kanak-Kanak 2001, Akta Penjagaan Budak 1961 dan Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952.
  • Penjaga mestilah mempunyai akaun TH dan merupakan warganegara Malaysia.
  • Hanya satu penjaga sahaja yang dibenarkan bagi satu akaun.
  • Penjaga perlu membawa bersama sijil kelahiran dan dokumen pengenalan diri anak di bawah jagaan (MyKAD atau MyKID).
  • Salinan sijil kelahiran anak atau MYKid dan salinan dokumen pengenalan diri penjaga perlu disertakan semasa pembukaan Akaun Kanak-kanak.

Jika syarat-syarat ini sudah dipenuhi, anda boleh membuat pendaftaran akaun di semua Kaunter TH & Kaunter Mudah Alih TH, Rakan Strategik TH (Bank Islam & Bank Rakyat) dan TH Komuniti.

 

CARA BUKA TABUNG HAJI ANAK SECARA ONLINE

 

Berikut adalah cara buka akaun Tabung Haji secara online untuk anak:

 

  1. Sila layari portal Thijari thijari.com.my
  2. Klik Tiada Akaun TH? BUKA SEKARANG
  3. Sila lengkapkan butiran maklumat yang diperlukan.
  4. Sila hadir ke cawangan TH untuk membuat pengesahan biometrik dan dokumen pengenalan

Jika ada urusan di cawangan Tabung Haji,boleh buat JANJI TEMU TH 

CARA BUKA TABUNG HAJI ANAK DI CAWANGAN TH

 

Anda perlu hadirkan diri ke mana-mana cawangan Tabung Haji yang berdekatan. Sila bawa beberapa dokumen berikut:

 

  • MyKad ibu/bapa
  • MyKid anak
  • Wang sekurang-kurangnya RM10 untuk deposit dalam akaun TH.
  • Jika anda ingin mendaftarkan dan mendapatkan tahun untuk menunaikan Haji, anda perlu depositkan sebanyak RM1300.
  • Anda hanya perlu pergi ke lokasi kaunter pendaftaran Tabung Haji dan pegawai di sana akan membantu anda.

 

CARA BUKA AKAUN TABUNG HAJI ANAK  DI BANK(Rakan Strategik TH)

Anda boleh juga daftar Tabung Haji anak  dengan rakan strategik Tabung Haji seperti:

 

CARA BUKA AKAUN TABUNG HAJI ANAK  DI BANK ISLAM

 

Panduan ini hanya terpakai jika anda sudah mempunyai akaun Bank Islam. Jika belum, sila daftar Bank Islam terlebih dahulu.

 

Seterusnya, sila bawa dokumen berikut:

 

  • Kad Pengenalan (MyKad)
  • Buku Tabung Haji (jika ada)
  • Kad ATM Bank Islam
  • Isi borang Tabung Haji Account Registration Form

 

 

CARA BUKA AKAUN TABUNG HAJI ANAK  DI BANK RAKYAT

 

Panduan ini terpakai jika anda sudah ada akaun Bank Rakyat. Jika belum, sila daftar Bank Rakyat terlebih dahulu.

 

Seterusnya, sila bawa dokumen berikut:

 

  • Kad Pengenalan (MyKad)
  • Borang Maklumat Ahli Tabung Haji (JP003)
  • Borang penama Tabung Haji
  • Deposit minimum sebanyak RM2.00 sahaja

 

Selain itu, Tabung Haji juga menawarkan perkhidmatan Kaunter Mudah Alih yang bertujuan untuk memudahkan pelanggan di lokasi-lokasi tertentu seperti di tapak pameran/ekspo, kilang, pejabat, sekolah dan sebagainya.

 

 

BOLEH KE LINK AKAUN TABUNG HAJI ANAK DENGAN CIMB CLICK /MAYBANK2U?

 

Ya,boleh.Urusan perbankan kini sangat mudah! Kini anda boleh menguruskan akaun Tabung Haji anak dengan hanya menggunakan CIMBClick atau Maybank 2U online.

 

Jadi, anda tidak perlu lagi ke bank untuk menyemak baki akaun TH, memasukkan wang atau mengeluarkan duit TH.

 

Dalam artikel ini, kami akan berkongsi cara untuk link akaun TH dengan CIMBClick dan Maybank 2U Online.

 

CARA LINK AKAUN TABUNG HAJI ANAK DENGAN CIMB CLICK

 

Untuk CIMBClick, anda perlu mendaftar akaun Tabung Haji dengan hanya 3 langkah mudah ini :

 

  1. Login ke laman sesawang https://www.cimbclicks.com.my, pergi ke menu My Account > Tabung Haji > dan pilih ‘click here’.
  2. Seterusnya, masukkan nombor akaun Tabung Haji dan Nombor Debit kad anda.
  3. Klik Submit, dan masukkan nombor TAC yang dihantar melalui telefon untuk melengkapkan transaksi.
  4. Urusan selesai! Mudah bukan?

 

CARA LINK AKAUN TABUNG HAJI DENGAN MAYBANK2U ONLINE

 

Berikut adalah langkah untuk menyemak akaun Tabung Haji melalui Maybank2U Online yang terbaharu :

 

  1. Buka laman sesawang https://www.maybank2u.com.my/home/m2u/common/login.do
  2. Login (masukkan kata laluan dan ID anda)
  3. Klik pada Pay & Tranfer > Tabung Haji.
  4. Skrol ke bawah, klik pada Favorites dan tekan ‘Link New Tabung Haji Account”
  5. Tekan Apply > Services > Link Tabung Haji Account.
  6. Pada Link Tabung Haji Account masukkan akaun TH anak anda.
  7. Klik “+” jika anda ingin menambah akaun anak yang lain (anda boleh menambah hingga 7 bilangan akaun anak)
  8. Setelah itu, sahkan nombor akaun anak anda, Nombor Mykad dan nama anak anda.
  9. Sahkan dengan masukkan nombor TAC anda.
  10. Tekan ‘Confirm’ untuk teruskan dan transaksi anda berjaya!

 

SOALAN LAZIM

 

  1. Berapakah amaun transaksi yang dihadkan dalam sehari?

Untuk CIMBClicks had amaun maksima adalah RM10000 sehari, manakala bagi Maybank 2U Online, had amaun maksima adalah RM15000 sehari.

 

  1. Berapakah cas yang dikenakan untuk mengunakan servis Tabung Haji melalui CIMBCliks / Maybank 2U ?

Untuk menyemak baki, menambah akaun TH kepada ‘favourite’ tiada cas dikenakan. Tetapi, untuk transaksi pemindahan atau pengeluaran RM1.00 dikenakan untuk setiap kali transaksi.

 

  1. Apakah yang menyebabkan Tranksasi Tabung Haji saya tidak berjaya?

Tranksasi atas talian anda mungkin tidak berjaya kerana :

  • Nombor akaun Tabung Haji salah.
  • Nombor kad pengenalan yang didaftarkan tidak mengikut format nombor kad pengenalan yang baru.
  • Anda telah melebihi had maksima transaksi dalam sehari untuk pemindahan wang Tabung Haji.
  1. Perlu bawa anak sekali untuk pendaftaran akaun Tabung Haji?

 

Tidak perlu..Cukup sekadar MyKad ibu atau bapa; dan MyKid anak untuk memastikan anda adalah penjaga dan sebenar.

 

Ambil contoh jika daftar untuk anak yang baru lahir (mungkin baru 7 hari), takkanlah mahu bawa ke cawangan semata-mata untuk mendaftar.

 

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

 

Untuk maklumat lanjut berkaitan kemudahan Tabung Haji melalui CIMBCliks, anda boleh menghubungi Pusat Perhubungan Pelanggan CIMB di 03-6204 7788 atau layari https://www.cimbclicks.com.my

 

Untuk maklumat lanjut berkaitan kemudahan Tabung Haji melalui Maybank 2U, anda boleh menghubungi Pusat Perhubungan Pelanggan Maybank di 1-300 88 6688 atau layari https://www.maybank2u.com.my

4 Comments

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *