CARA CHECK ROADTAX MATI ONLINE (SEMAKAN STATUS CUKAI JALAN)

Utama / CHECK ROADTAX / CARA CHECK ROADTAX MATI ONLINE (SEMAKAN STATUS CUKAI JALAN)

CARA CHECK ROADTAX MATI ONLINE (SEMAKAN STATUS CUKAI JALAN)

Mungkin ramai di kalangkan kita menghadapi masalah bila hendak renew cukai jalan. Kadang tu, cukai jalan pudar kerana kereta selalu terkena cahaya matahari sehinggakan tarikh roadtax mati pun hilang.

Bagi riders pula, abang – abang bawak motor, mungkin roadtax basah terkena air semasa hujan, terjatuh atau sebagainya. Macam mana ye hendak check roadtax mati? Kena pergi pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan ke? Ada tak cara check roadtax mati yang lebih mesra pengguna?

Anda janganlah risau, sekarang semuanya lebih mudah. Cara check roadtax mati pun boleh guna hujung jari sahaja. Dalam artikel yang kami kongsikan ini, akan menunjukkan cara untuk check roadtax kereta atau motorsikal tarikh tamat tempoh. Teruskan membaca!

Pernahkah anda mendengar tentang MySikap JPJ

 

CARA CHECK ROADTAX ONLINE

Bilakah tarikh terakhir anda perbaharui cukai jalan? Mungkin sudah lama. Timbul pula masalah roadtax hilang, pudar warna dan sebagainya. Berikut adalah cara mudah untuk anda semak tarikh luput cukai jalan kenderaan anda melalui online iaitu di https://www.jpj.gov.my/ :

  1. Layari portal https://www.jpj.gov.my/. Klik pada petak bewarna oren Transaksi Dalam Talian.
  2. Pada paparan berikutnya, anda diberikan paparan Senarai Perkhidmatan. Sila klik pada bahagian Semakan Tarikh Luput Lesen Kenderaan Motor.
  3. Pada ruangan Kategori ID anda diberikan pilihan seperti berikut :
  • PENDUDUK TETAP MALAYSIA (PTM)
  • ORANG AWAM MALAYSIA (MyKAD)
  • ANGGOTA POLIS (POL)
  • ANGGOTA TENTERA (TEN)
  • SYARIKAT/PERTUBUHAN
  • BUKAN WARGA NEGARA MALAYSIA (LLN)
  1. Pada menu pilihan ini, anda boleh pilih pada menu yang bersesuaiandengan kategori anda. Sebagai orang awam sila pilih ORANG AWAM MALAYSIA (MyKKAD)
  2. Masukkan Nombor ID anda iaitu MyKAd dan diikuti dengan nombor pendaftaran kendaraan anda.
  3. Setelah itu, masukkan Kod Sekuriti yang dipaparkan. Klik pada butang Semak yang berwarna oren.
  4. Setelah butang Semak ditekan, paparan akan menunjukkan hasil carian anda. Anda akan diberikan tarikh mula dan tarikh tamat cukai jalan serta tarikh tamat tempoh insurans kenderaan anda.
  5. Carian anda selesai!
  6. selain itu, anda boleh juga TUKAR NAMA OWNER MENINGGAL dengan pihak JPJ

 

SOALAN LAZIM

Adakah saya dikenakan sebarang cas perkhidmatan untuk menyemak tarikh roadtax mati?

Tidak. Anda tidak dikenakan sebarang cas perkhimatan untuk tujuan perkhidmatan ini.

 

Sekiranya urusniaga pembaharuan roadtax dibuat secara online, bagamanakah orang awam boleh mendapatkan roadtax/cukai jalan yang telah diperbaharui?

Bagi urusniaga pembaharuan roadtax yang telah dibuat melalui portal JPJ, anda boleh hadir ke kaunter-kaunter JPJ yang berdekatan untuk membuat cetakan dan penerimaan roadtax. Anda perlu membawa sekali resit bayaran semasa urusniaga cetakan roadtax.

 

Bagi urusniaga pembaharuan roadtax melalui MyEG, penghantaran akan dibuat oleh ejen/kakitangan MyEG.

 

Roadtax saya belum tamat tempoh tetapi tidak boleh dibaca / hilang. Apakah perlu saya lakukan?

Anda perlu membuat cetakan semula di mana-mana kaunter JPJ yang berdekatan.

 

PERTANYAAN & MAKLUMAT LANJUT

Bagi sebarang maklumat dan pertanyaan lanjut yang ingin anda ajukan, anda boleh menghubungi talian JPJ di 03-8000 8000 atau emelkan ke [email protected]. Anda juga boleh mengunjungi mana-mana cawangan JPJ terdekat.

 

6 Comments

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *