Bagaimanakah Cara Check Saman Online?
Kadangkala kita tidak sedar bahawa kita mungkin telah melakukan kesalahan semasa memandu, dan ini boleh menyebabkan saman tertunggak. Untuk mengelakkan saman bertambah atau terlewat bayar, adalah penting untuk membuat semakan secara berkala, terutamanya ketika terdapat diskaun atau promosi yang ditawarkan.Bagaimanakah Cara Check Saman Online?
Berikut adalah lima cara mudah untuk semak saman polis trafik PDRM, JPJ, atau AES secara online :
1. Cara Check Saman Online MyBayar Saman
Laman Web: MyBayar Saman
- Daftar masuk sebagai pengguna baru dengan mengklik “NEW USER SIGN UP”.
- Isi maklumat peribadi dan lakukan pengesahan OTP.
- Log masuk ke akaun anda.
- Buat semakan saman untuk mengetahui jumlah yang perlu dibayar.
- Lakukan pembayaran secara online.
2. Cara Check Saman Online Laman Web Rasmi JPJ (MySikap)
Laman Web: JPJ – Semakan Saman
- Pilih kategori ID dan masukkan nombor ID atau nombor ID serta nombor pendaftaran kenderaan.
- Senarai saman akan dipaparkan jika maklumat anda direkodkan dalam sistem JPJ.
3. Cara Check Saman MyEG Services Berhad
Laman Web: MyEG Services
- Daftar dan log masuk menggunakan butiran peribadi anda.
- Pilih tab untuk semak saman trafik polis (PDRM).
- Masukkan IC/nombor syarikat/nombor plat kereta anda.
- Senarai saman akan dipaparkan jika kenderaan anda terlibat dalam kesalahan.
- Anda boleh membuat pembayaran menggunakan kad kredit/debit atau perbankan dalam talian.
4. Cara Check Saman SMS
Anda juga boleh semak saman melalui SMS dengan menghantar mesej ke nombor yang disediakan oleh agensi-agensi berkenaan. Format dan nombor telefon untuk semakan saman boleh diperolehi dari laman web rasmi mereka.
5. Cara Check Saman Aplikasi Mudah Alih
Terdapat aplikasi mudah alih yang disediakan oleh beberapa agensi seperti PDRM dan JPJ yang membolehkan anda semak saman dan membuat pembayaran secara mudah melalui telefon pintar anda.