CARA CHECK SAMAN SMS (POLIS & JPJ)

BAGAIMANAKAH CARA CHECK SAMAN SMS?

Tidak dinafikan, setelah pengenalan cara untuk menyemak saman melalui SMS mahupun online ini, telah banyak memberi manfaat kepada pengguna untuk menyemak saman mereka. Sekurangnya, apabila kita dapat check saman ini, dapatlah kita mengetahui status terkini mengenai saman semasa kita ada.  Apabila kaedah semak saman melalui SMS ini diperkenalkan, kita sebagai pengguna hendaklah mengambil sikap bertanggungjawab dan ambil tahu supaya tiada saman tertunggak atau masalah timbul kelak. Dalam artikel ini akan menerangkan kepada anda CARA CHECK SAMAN SMS.

CARA CHECK SAMAN MELALUI NO PLATE/NO KAD PENGENALAN

Untuk anda yang ingin menyemak status saman terkini anda, ia boleh dilakukan dengan mudah sama ada secara SMS. Berikut adalah cara untuk anda chek saman trafik secara SMS sebagai panduan anda ;

  1. CheckSaman PDRM melalui SMS
  2. Taip POLIS<jarak>SAMAN<jarak>Nombor Kad Pengenalan atau No Plat Kenderaan
  3. Hantar ke 15888 atau 32728
  4. Contoh – POLIS SAMAN AES44 atau POLIS SAMAN 920211115055
  5. Kalau ada saman, boleh bayar di MyBAYAR SAMAN PDRM

Anda juga boleh memohon untuk mendapatkan maklumat terperinci berkaitan saman anda melalui e-mel. Perincian saman akan dihantar kepada anda menerusi alamat e-mel yang diberikan:

  1. Taip POLIS<jarak>SAMAN<jarak>Nombor Kad Pengenalan atau No Plat Kenderaan<jarak>alamat e-mel
  2. Hantar ke 15888 atau 32728
  3. Contoh – POLIS SAMAN AES44 [email protected] atau POLIS SAMAN 920211115055 [email protected]
  4. CheckSaman JPJ melalui SMS
  5. Taip JPJ<jarak>SAMAN<jarak>Nombor Kad Pengenalan atau No Plat Kenderaan
  6. Hantar ke 15888
  7. Contoh – JPJ SAMAN 920211115055 atau JPJ SAMAN AES44
  8. Kalau nak bayar saman di kaunter, anda kena buat TEMUJANJI ONLINE JPJ(STO JPJ)

Suka diingatkan, caj perkhidmatan sebanyak 15 sen akan dikenakan untuk setiap penghantaran dan caj perkhidmatan sebanyak 20 sen akan dikenakan untuk setiap penerimaan mesej. Cubalah check saman anda!

TAWARAN SAMAN JPJ/POLIS TERKINI

Diskaun besar kompaun saman trafik akan diberikan sempena Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI yang berlangsung selama tiga hari bermula dari Jumaat ini. Program ini melibatkan kaunter pengurangan kadar kompaun saman Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang khas dibuka di Pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, dari 8 hingga 10 Disember 2023.

PDRM memberikan diskaun sebanyak 50% bagi saman yang memenuhi syarat, dan pelanggan berpeluang untuk membayar kompaun dengan kadar diskaun ini di kaunter khas tersebut. Namun, penting untuk diingat bahawa diskaun ini tidak terpakai untuk kesalahan trafik yang terlibat dalam kemalangan, kes mahkamah dengan status waran tangkap atau masih dalam perbicaraan, serta kesalahan yang tidak boleh dikompaun (non-compoundable).

Pembayaran kompaun hanya boleh dilakukan di Kaunter Semakan dan Pembayaran Saman Trafik di Pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Waktu operasi kaunter ini adalah dari jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang pada 8 Disember 2023 (Jumaat) dan dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang pada 9 dan 10 Disember 2023 (Sabtu & Ahad). Sebagai tambahan, program ini memberikan peluang kepada individu untuk menguruskan dan membayar saman trafik dengan lebih mudah dan efisien.

SOALAN LAZIM

Apa yang akan berlaku sekiranya saya gagal membayar saman trafik?

  • Kegagalan pesalah trafik untuk melunaskan saman menerusi Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) boleh menyebabkan pesalah disenarai hitam dan dikenakan waran tangkap sekali gus menyebabkan pengguna tidak dibenarkan untuk memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu. Pengguna hanya akan dikeluarkan daripada senarai selepas menjelaskan semua tunggakan saman.

Adakah saman trafik turut ditawarkan diskaun tertentu?

  • Kebiasaannya, diskaun saman trafik adalah bergantung pada pengumuman semasa. Anda boleh mengikuti laman web atau laman sosial rasmi seperti Facebook atau Instagram Jabatan Pengangkutan Jalan atau Polis Diraja Malaysia untuk mendapatkan kemas kini lanjut dari semasa ke semasa.

Saya baru membeli kereta terpakai, tetapi apabila saya check saman (SMS) guna no plat didapati ada saman. Apakah harus saya lakukan?

  • Jika anda membeli kereta terpakai dan menyedari kereta baharu anda mempunyai saman tertunggak – anda hanya perlu tunjukkan dokumen pembelian kereta (salinan borang pertukaran nama dan geran baharu) kepada pihak JPJ. Setelah terbukti saman tersebut dikeluarkan sebelum bertukar nama, anda tidak perlu membayar saman bagi pihak pemilik lama.
  • Namun begitu, jika anda membeli kereta terpakai secara ansuran daripada kenalan anda, anda mungkin perlu berbincang dengan kenalan anda untuk menjelaskan saman tersebut untuk mengelakkan anda daripada tidak boleh memperbaharui cukai jalan. Selain itu, pastikan anda peka dengan sebarang pengumuman diskaun saman yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

MAKLUMAT & PERTANYAAN LANJUT

Jika anda mempunyai lagi sebarang kemusykilan, hantarkan aduan anda ke Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM di talian 03 – 22663319 atau melalui email ke [email protected]. Untuk aduan JPJ hubungi talian 03 – 8000 8000 atau emailkan ke [email protected]

89 thoughts on “CARA CHECK SAMAN SMS (POLIS & JPJ)”

  1. Assalammualaikum.nak chek saman lori 1 tan..no pendaftaran wcm 1132.
    Terima kasih tuan..jasa anda amat saya hargai.

    Balas
  2. 1. How much to pay after discount for RM,030.00 – Wong Sheet Moi -520205-10-5826

    2. How much to pay after discount for RM300.00 for vehicle no. VBN 8337.

    Balas
  3. Korang gile ke bebal nk check saman kat komen2 nih… Haha..
    G check la ikut panduan atas tu.. antar sms maklumat ke nombor kat dlm article tu..
    Mender la korang.. cuba rajin sket membaca dan hadam..
    Sume (bukan sume la) kat sini nk suh org check kan..

    Balas
  4. Ramai orang yang tak baca artikel. Panduan cara semak saman dah tulis dalam artikel, pun masih ada yang komen check saman. Adoi.

    Balas
  5. Penat org yang type kat atas dan buat penjelasan berkenaan mcmane cara nak buat semakan saman pdrm atau jpj sendiri. Mcmane la masih ada yang tergamak post lak minta pulak tlg cek kan saman. Nak kata x reti membaca, tapi pandai pulak type dan tanya. Bertamadun dan bijak le sikit.

    Balas

Leave a Comment