CARA CHECK TM SPEED TEST UNIFI STREAMYX ONLINE( Ujian Kelajuan speedtest.tm.com.my)
Adakah anda pengguna Unifi TM? Sudah tentunya anda ingin mengetahui cara semak kelajuan internet anda mudah dan pantas. Sebenarnya kelajuan Internet anda boleh diuji dengan hanya menggunakan peranti anda sama ada komputer atau pun telefon bimbit.
Bagaimanca cara untuk membuat ujian kelajuan speedtest Unifi Tm online? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu
KENAPA PERLU DIBUAT UJIAN SPEEDTEST UNIFI
Ujian kelajuan Internet adalah penting supaya anda mendapat perkhidmatan yang dijanjikan oleh pembekal Internet.
- Sebagai contohnya, sekiranya anda melanggan pakej yang menawarkan 300 mbps pada harga tertentu tetapi anda hanya mendapat liputan kurang daripada 300 mbps.
- Sebagai pengguna, anda mempunyai hak untuk mendapatkan apa yang telah dilanggan dan aduan boleh dibuat ke Suruhanjaya Komunikasi dan Mulitimedia Malaysia (SKMM) sekiranya pihak pembekal Internet tidak memperbaiki masalah tersebut.
APA MAKSUD DOWNLOAD/UPLOAD//PING/JITTER/ SEBELUM ANDA MEMBUAT UJIAN SPEEDTEST
Pastikan anda mengetahui istilah atau maksud perkataan yang digunakan dalam aplikasi speedtest tersebut sebelum anda membuat ujian speedtest tersebut. Antaranya ialah:
- Download
- Menunjukkan kelajuan internet anda untuk memuat turun sesuatu.
- Sebagai contoh kelajuan untuk menstrim video.
- Kelajuan ini biasanya diukur dalam nilai (megabyte per second) mbps. Ianya bergantung kepada pembekal perkhidmatan internet anda serta pakej yang anda langgan.
- Upload
- Menunjukkan kelajuan internet untuk memuat naik sesuatu daripada komputer atau telefon bimbit anda ke dalam internet.
- Contohnya, kelajuan memuat naik gambar di laman Instagram atau Facebook.
- Nilai ukuran juga selalunya dalam bentuk mbps dan bergantung kepada pakej langganan internet anda
- Ping
- Adalah tempoh masa yang diperlukan oleh komputer atau peranti anda untuk berhubung dengan menara telekomunikasi yang berdekatan.
- Semakin rendah nilai ping, semakin pantas tempoh masa untuk anda menerima data.
- Jitter
- Bermaksud variasi dalam kelewatan untuk menerima data.
- Perkara ini berlaku kerana terdapat lambakan frekuensi dan signal yang menganggu kelancaran Internet anda.
- Semakin rendah nilai jitter, semakin lancar Internet anda kerana kurang halangan.
CARA CHECK TM SPEED TEST UNIFI STREAMYX ONLINE( Ujian Kelajuan speedtest.tm.com.my)
Sekiranya anda ingin membuat ujian kelajuan (Speedtest) Unifi TM anda secara online, berikut adalah merupakan caranya:
- Pastikan peranti anda gunakan telah disambungkan kepada internet Unifi tersebut.
- Layari pautan speedtest TM di pautan speedtest.tm.com.my
- Kemudian klik butang GO
- Ujian kelajuan speedtest Unifi TM anda akan berjalan
- Setelap siap, anda akan melihat keputusan Ping, Jitter, Download dan Upload
Selain itu, anda juga boleh menggunakan aplikasi lain untuk Menguji kelajuan internet anda. Anda juga boleh menggunakan perkhidmatan ini kepada pembekal internet selain daripada Telekom Malaysia iaitu Celcom, Time, Maxis atau lain-lain. Berikut adalah merupakan aplikasi speedtest umum seperti berikut:
- speedtest (speedtest.net)
- fast (fast.com)
ARTIKEL LAIN
CARA TUKAR PASSWORD UNIFI/STREAMYX (Router /Modem)
CARA BAYAR BIL TM UNIFI STREAMYX (CARA DAFTAR & SEMAK BIL ONLINE)
CARA BAYAR BIL UNIFI SECARA AUTOPAY(Setting Pembayaran Akaun Unifi)