CARA DAFTAR AGRONET(Pendaftaran Kali Pertama)
Adakah anda pelanggan kepada AgroBank? Sekiranya ya, tahukan anda bahawa AgroBank kepada pelanggannya sistem perbankan Internet yang dipanggil AgroNet. Dengan menggunakan AgroNet anda dapat membuat pelbagai transaksi yang disediakan secara online seperti check balance, transfer duit, top up kredit termasuk membayar pelbagai bil seperti elektrik, telefon, air dan insurans serta bil kad kredit
Tetapi bagi pengguna kali pertama yang ingin menggunakan AgroNet, anda seharusnya daftar terlebih dahulu. Disini kami kongsikan cara pendaftaran kali pertama, semoga membantu
CARA DAFTAR AGRONET(Pendaftaran Kali Pertama)
Sebelum anda boleh menggunakan perkhidmatan AgroNet, seharusnya anda mempunyai akaun AgroBank yang aktif. Berikut adalah proses dan langkah cara pendaftaran kali pertama AgroNet:
- Buka laman web Agronet: https://www.agronet.com.my/rib/common/Login.do
- Pilih menu REGISTER AN ACCOUNT
- Sila accept TERMS & CONDITIONS. Sekiranya Anda mahu, sila baca semua maklumat tersebut.
- Sila masukkan 16 digits ACCOUNT NUMBER pada ruangan account nomber
- Masukkan ATM Card Number (Nombor card debit/credit)
- Masukkan PIN ATM
- Masukkan KOD YANG DIPAPARKAN(Type the code show) , klik NEXT
- Pilih gambar Keselamatan
- Masukkan USERNAME dan PASSWORD
- Jawab 3 soalan keselamatan. Untuk melengkapkan proses log masuk, tetapan Soalan Keselamtan & Jawapan adalah wajib
- Masukkan nombor telefon yang aktif
- Pilih satu gambar keselamatan yang anda inginkan. Gambar keselamatan ini penting untuk anda mudah mengesahkan akaun anda semasa anda ingin cuba login ke akaun anda.
- Pendaftaran selesai. Anda boleh log masuk untuk mengakses Perbankan Internet anda.
CARA LOGIN AGRONET(Pendaftaran Kali Pertama)
Selepas selesai pendaftaran di atas, anda sekrang sudah boleh Log masuk akaun AgroNet anda. Berikut adalah cara login:
- Buka laman web Agronet: https://www.agronet.com.my/rib/common/Login.do
- Kik pada ruangan untuk LOGIN.
- Masukkan USERNAME anda pada ruangan kemudian tekan Enter.
- Sahkan gambar keselamatan anda.
- Masukkan PASSWORD anda tekan Enter
- Anda telah berjaya akses ke akaun AgroNet anda
NOTA: Bagi mengelakkan scam atau apa-apa perkara yang tidak diingini dari berlaku, jangan sesekali teruskan transaksi jika Gambar Keselamatan yang diberikan tidak sepadan
MASALAH PENDAFTARAN/LOGIN AGRONET KALI PERTAMA
Bolehkan saya menukar Nama Pengguna dan Kata Laluan AgroNet?
Anda boleh menukar Kata Laluan anda pada bila-bila masa dengan mengklik pada menu ‘Tetapan’ dan pilih ‘Tukar Kata Laluan’. Atas sebab keselamatan, anda dinasihatkan untuk menukar kata laluan anda secara berkala. Nama Pengguna anda tidak boleh ditukar.
Bagaimana jika ada masalah tak boleh login AgroNet?
Boleh kongsikan masalah anda dengan hubungi Customer Care Centre di nombor 1-300-88-2476
Bagaimana sekiranya akaun AgroNet saya kena sekat?
Anda dengan hubungi Customer Care Centre di nombor 1-300-88-2476
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang maklumat lanjut atau masalah berkaitan, sila rujuk:
- Telefon pusat panggilan: 1-300-88-2476
- Emel: [email protected]
ARTIKEL LAIN
LOGIN AGRONET:CARA DAFTAR REGISTER AGROBANK ONLINE (agronet.com.my)
CARA TUKAR NO HP AGROBANK (Update Mobile Phone Number)
1 thought on “CARA DAFTAR AGRONET(Pendaftaran Kali Pertama)”