CARA DAFTAR AIRASIA RIDE (Register di  Super App)

Utama / AIRASIA RIDE / CARA DAFTAR AIRASIA RIDE (Register di  Super App)

CARA DAFTAR AIRASIA RIDE (Register di  Super App)

Terkini AirAsia Bhd menerusi Super App miliknya melancarkan perkhidmatan e-hailing terbaharu dikenali airasia ride, yang menawarkan lebih banyak kemudahan dan nilai kepada penumpang di samping peluang pendapatan lebih baik kepada pemandu.

Sekiranya anda berminat ingin menjadi AirAsia ride, mesti anda ingin mengetahui cara untuk daftarkan. Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

 

APA ITU AIRASIA RIDE

AirAsia Ride merupakan antara syarikat pandu seru atau e-hailing yang terbaru di Malaysia dan merupakan alternatif bagi perkhidmatan seumpanya yang ditawarkan oleh GrabMaximMyCar dan banyak lagi. Perkhidmatan e-hailing yang ditawarkan ini juga boleh terus digunakan melalui aplikasi Air Asia, jadi pengguna sedia ada aplikasi ini tidak perlu memuat turun aplikasi lain semata-mata untuk menggunakan perkhidmatan AirAsiaRide ini.

 

KAWASAN AIRASIA RIDE

Buat masa kini perkhidmatan AirAsia ride yang bermula di Lembah Klang akan diperluaskan ke bandar utama lain tidak lama lagi yang dijangka akan diperkenalkan di beberapa bandar utama seperti Kota Kinabalu, Sabah, Pulau Pinang, Johor Bahru dan beberapa bandar kecil tahun ini.

 

PAKEJ AIRASIA RIDE

Berikut adalah merupakan antara pakej e-hailing ditawarkan untuk setiap penumpang:

  • Premium MPV – Kereta MPV mewah muat sehingga 6 orang penumpang
  • Allstar – Dipandu oleh krew AirAsia sendiri
  • LadiesONLY – Pemandu wanita
  • Anyride – Kereta paling hampir dengan anda
  • Compact – Harga paling jimat
  • 6-seater – Ruang lebih luas untuk ramai penumpang atau barang
  • Taxi – Teksi berdekatan dengan anda
  • Premium – Kereta mewah dan lebih selesa

 

KELEBIHAN PEMANDU AIRASIA RIDE

Berikut adalah merupakan kelebihan pemandu airasia ride yang akan diperolehi:

  • Mesti mematuhi peraturan dan peraturan Kementerian Pengangkutan
  • Dibekalkan dengan lesen PSV, permit e-hailing dan pelekat
  • Dilindungi oleh insurans
  • Memerlukan pemeriksaan kenderaan Puspakom
  • Diperlukan mempunyai pengalaman memandu sekurang-kurangnya 3 tahun
  • Kenderaan mestilah berumur kurang daripada 10 tahun
  • Mempunyai akses kepada butang SOS kecemasan

 

MUAT TURUN APLIKASI AIRASIA RIDE

Untuk melakukan pendaftaran sebagai AirAsia Ride, anda dikehendaki memuat turun (download) Aplikasi AirAsia Super APP di handphone anda terlebih dahulu. Berikut adalah pautan muat turun:

  • Play Store bagi pengguna Android
  • Apple Store bagi pengguna IOS

 

CARA DAFTAR AIRASIA RIDE

Setelah anda memuat turun aplikas AisAsia Super APP di handphone anda, berikut adalah merupakan cara daftar AirAsia Ride:

  1. Daftarkan akaun dengan aplikasi AirAsia Super APP atau borang pendaftaran di pautan DISINI
  2. Klik pada Join As Driver
  3. Isi maklumat yang diperlukan pada borang permohonan untuk mendapatkan kelulusan.
  4. Tunggu kelulusan anda dari AirAsia Ride
  5. Setelah dapat kelulusan, restart kembali aplikasi anda untuk memulakan sebagai AirAsia Ride.
  6. Selesai

 

KELEBIHAN PEMANDU AIRASIA RIDE

Sudah tentu anda ingin mengetahui kelebihan sebagai AirAsia Ride. Berikut adalah merupakan kelebihannya:

  1. Bayaran platform lebih rendah – airasia hanya menerima bayaran komisen 15%
  2. Keuntungan Allstar – Nikmati penerbangan, makanan dan faedah kursus
  3. Bayaran rujukan – Dapatkan ganjaran apabila anda merujuk pemandu lain
  4. Skim insentif – Dapatkan lebih banyak apabila anda mencapai matlamat mingguan

 

SOALAN LAZIM (FAQ) AIRASIA RIDE

Apakah jenis sistem pembayaran yang diguna di Super App?

  • Buat masa ini, sistem pembayaran yang digunakan adalah tunai, pembayaran dalam talian dan kredit kad.

Apakah kadar yang akan diterima oleh AirAsia Ride?

  • Pemandu akan menerima 85 peratus tambang bersih (tidak termasuk caj tol), lebih tinggi berbanding syarikat e-hailing lain di pasaran, menjadikannya pilihan terbaik untuk menjana pendapatan.

Apakah kadar tambang yang telah ditetapkan kepada penumpang  AirAsia Ride??

  • Tambang airasia ride telah ditetapkan RM1 secara purata untuk setiap kilometer, tidak termasuk caj tol.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai cara daftar AirAsia ride, anda boleh layari website rasmi AirAsia di pautan www.airasia.com

 

ARTIKEL LAIN

CARA REGISTER BIGPAY AIRASIA : CARA DOWNLOAD, APPLY DAN DAFTAR ONLINE

10 Comments

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *