CARA DAFTAR ASTRO GO (REGISTER PERCUMA ONLINE astro.com.my )

CARA DAFTAR ASTRO GO (REGISTER PERCUMA ONLINE astro.com.my )

Adakah anda seorang pengguna Astro? Anda ingin menonton rancangan kegemaran tanpa gangguan pada bila – bila masa dan dimana sahaja? Anda boleh menonton dengan menggunakan Astro On The Go. Astro Go merupakan satu produk yang dikeluarkan oleh pihak Astro kepada pelanggan mereka. Para pengguna boleh menggunakan peranti mudah alih untuk untuk menonton secara percuma khas untuk pelanggan Astro.

Akan tetapi, pelanggan perlu mendaftar Astro Go terlebih dahulu untuk menonton tanpa batasan. Artikel kali ini adalah untuk berkongsi cara kepada pelanggan Astro cara daftar Astro Go pada peranti mudah alih dengan mudah. Adalah satu kerugian pula jika anda tidak mendaftar Astro Go sebagai pelanggan Astro. Apa yang penting perkhidmatan ini adalah PERCUMA!

 

APA ITU  ASTRO GO?

Astro Go adalah satu aplikasi yang dibangunkan oleh pihak Astro kepada pelanggan mereka yang menawarkan lebih 50,000 rancangan yang boleh diakses sama ada melalui apps amhupun laman web dengan mudah dan dimana-mana sahaja. Drama dan filem menarik luar serta dalam negara, rancangan live hiburan dan sukan, program-program tv menarik, dokumentari terkini dan macam-macam lagi sudah tersedia untuk  anda tonton bila-bila masa sahaja.

Kalau ASTRO kena potong,macam mana nak SAMBUNG SEMULA ASTRO?

 

CARA DAFTAR ASTRO GO

Jika anda seorang pengguna yang baharu, ikuti langkah mudah ini :

  1. Dapatkan Astro ID anda terlebih dahulu. Layari pautan astrogo.astro.com.my
  2. Klik pada bahagian LOGIN dan tekan pada bahagian Dont Have An Astro ID? Click Here
  3. Masukkan nombor smartcard Astro atau nombor akauan Astro anda
    • Nombor smartcard : dapatkan dismartcard decorder anda.
    • Nombor akaun : boleh dapatkan melalui bil Astro atau menghubungi pusat khidmat pelanggan mereka.
  4. Masukkan nombor MyKad diikuti dengan nombor akaun Astro atau nombor smartcard Sahkan ID anda dengan 6 digit pin yang akan dihantar melalui email. Pastikan butiran anda betul.
  5. Kemudian isikan maklumat berkaitan yang diperlukan
  6. Setelah anda sudah mempunyai Astro ID, kini anda boleh menggunakan Astro Go.
  7. Untuk menonton, pastikan anda memuat turun aplikasi Astro Go pada peranti mudah alih anda.

 

CARA DAFTAR ASTRO GO KEPADA BUKAN PELANGGAN ASTRO

  1. atau muat turun aplikasi Astro Go melalui App Store atau Google Play.
  2. Klik pada “A non- Astro Customer”
  3. Masukkan butiran untuk menyediakan ID anda.
  4. Sahkan ID anda dengan 6 digit pin yang dihantar melalui email.

Untuk menonton Astro Go melalui komputer riba/ desktop layari https://astrogo.astro.com.my/hubHome

 

CARA LOGIN ASTRO GO

Setelah anda selesai daftar akaun, berikut adalah merupakan cara login:

  1. Layari pautan astrogo.astro.com.my
  2. seterusnya pilih pada I AM AN ASTRO CUSTOMER
  3. Masukkan email atau no telefon anda pada ruangan yang tersedia, seterusnya masukkan kata laluan anda
  4. Setelah lengkap klik Log In
  5. Selesai, anda telah berjaya Login Astro Go anda.

 

ASTRO ID BOLEH DIGUNAKAN UNTUK EMPAT PERANTI

Setelah anda mendapatkan Astro ID, anda boleh menggunakan ID tersebut untuk mengakses empat peranti serentak pada satu masa.

Kini, anda tidak perlu berebut untuk menonton rancangan kegemaran. Untuk filem-filem Pay-per-view serta siri TV (Astro First, Astro Best & filem berbayar terpilih) pelanggan boleh menonton dengan 2 peranti pada masa yang sama.

 

SOALAN LAZIM

Adakah Astro GO percuma?

  • Ya,percuma

Boleh ke tonton Astro Go guna peranti Android TV/ Apple TV?

  • Anda tidak boleh menonton Astro GO di peranti Android TV atau Apple TV.

Berapa orang boleh daftar Astro GO dengan 1 Smart Card?

  • Dengan menggunakan 1 nombor akaun atau 1 nombor Smart Card Astro, anda boleh mendaftar sehingga 4 peranti yang mempunyai capaian Internet, serta menonton Astro daripada 4 peranti tersebut secara serentak.

Apa itu Smartcard Number Astro?

  • Nombor smartcard Astro anda ataupun nombor akaun Astro anda. Sekiranya anda ingin mendapatkan nombor akaun Astro anda, anda boleh dapatkannya di bil Astro anda (bil yang tertera TAX INVOICE – ada tertera Account Number di bil tersebut)

Bagaimana jika saya LUPA ID Astro Go?

  • Anda boleh reset id dan password sementara akan dihantar ke email anda.

Adakah perlukan data internet yang banyak untuk menggunakan Astro Go?

  • Ya, pastikan anda mempunyai kuota Internet tiada had atau unlimited kerana penggunaan Astro GO untuk live streaming ke saluran Astro akan memakan kuota data Internet yang banyak.

 

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Anda boleh layari  https://astrogo.astro.com.my/hubHome atau boleh hubungi melalui WhatApp atau telefon 03-95433838 https://api.whatsapp.com/send/?phone=60395433838&text=ENQUIRIES

 

 

10 Comments

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *