CARA DAFTAR CITIBANK ONLINE(Register di citibank.com.my)

Utama / CARA DAFTAR CITIBANK ONLINE / CARA DAFTAR CITIBANK ONLINE(Register di citibank.com.my)

CARA DAFTAR CITIBANK ONLINE(Register di citibank.com.my)

Citibank mula bertapak di Malaysia sejak tahun 1959 lagi. Mempunyai lebih 6000 pekerja di 11 cawanagan mereka seluruh negara  dan tiga cawangan utama Citibank. Mengorak langkah ke hadapan, Citibank memperkenalkan Citibank Online.

 

Bagaimana cara daftar Citibank online? Disini kami kongsikan caranya. Semoga membantu.

 

KREATIRIA & SYARAT USERNAME/PASSWORD CITIBANK ONLINE

 

Untuk memcipta akaun Citibank Online, anda harus tahu dan memahami syarat yang dikenakan untuk memcipta username dan password. Ini kerana, untuk mengelakkan kebocoran akses akaun Citibank Online dan meningkatkan tahap keselamatan akaun anda. Untuk itu, berikut adalah syarat yang perlu anda ikut untuk mencipta Username :

 

  • Tidak mengandungi nombor kredit kad atau nombor kad ATM anda.
  • Mengandungi nombor dan abjad. Contoh : abcd12
  • Melebihi lebih dari enam digit
  • Tidak mengandungi huruf atau nombor yang sama. Contoh : aaa102, admin999.
  • Tidak mengandungi karekter berturutan seperti : abc001, admin123.
  • Username tidak akan diterima sekiranya telah digunakan oleh pengguna yang lain.

 

Bagi meningkatkan tahap keselamatan kata laluan anda, berikut syarat untuk mencipta kata laluan :

 

  • Kata laluan tidak perlu dijarakkan sebelum dan selepas kata laluan. Contoh : _admin145_
  • Kata laluan tidak boleh sama dengan username anda.
  • Mengandungi nombor dan abjad. Contoh : adcd145
  • Melebihi lebih dari enam digit
  • Tidak mengandungi huruf atau nombor yang sama. Contoh : aaa102, admin999.
  • Tidak mengandungi karekter berturutan seperti : abc001, admin123.

 

CARA DAFTAR CITIBANK ONLINE

 

Berikut pula adalah cara daftar Citibank Online :

 

  1. Layari portal rasmi https://www.citibank.com.my/english/citi-online/index.htm?lid=MYENCBGBAMITLOnlineservices
  2. Klik pada butang register untuk pendaftaran pertama kali.
  3. Masukkan nombor debit/kredit kad Citibank anda.
  4. Tick pada kotak ‘I have read and understood the Citibank Online Terms & Conditions’
  5. Klik kotak continue.
  6. Masukkan maklumat seperti yang diminta. Tekan Continue.
  7. Setelah selesai, masukkan One-Time Pin (OTP) yang anda terima melalui nombor telefon yang telah anda daftar dengan Citibank.
  8. Masukkan Username & Password mengikut kreatiria seperti yang diminta. Klik continue.
  9. Pendaftaran anda telah selesai.

 

SOALAN LAZIM

 

Apa perlu saya lakukan sekiranya terlupa maklumat Citibank online?

Jangan risau, jika anda terlupa maklumat log-in, anda perlu mengikut beberapa langkah ini:

  • Klik pada kotak ‘Forgot Username or Password’ pada paparan login Citibank Online.
  • Masukkan nombor kad debit/kredit anda
  • Masukkan maklumat seperti yang diminta.
  • Pastikan anda mengingati maklumat kata laluan.

 

Bolehkah saya menukar kata laluan Citibank Online?

Boleh, ikuti beberapa langkah ini :

  • Log masuk ke Citibank Online
  • Setelah itu, klik pada “Services>My Profile”
  • Dalam menu “My Profile”, klik “Change Password”
  • Masukkkan kata laluan yang baharu dan ikut langkah pengesahan seterusnya.

 

Bolehkah saya membuat tetapan had kredit?

Penetapan had kredit sementara.

Untuk membuat penetapan had kredit sementara, sila log masuk ke Citibank Online tekan pada menu ‘Service”. Kemudian klik ‘kad service dan klik pada ‘Temporary Credit Limit Increase’. Masukkan had kredit anda dan setkan tarikh luput. Tekan butang NEXT untuk melengkapkan transaksi. Untuk lebih jelas boleh klik sini.

 

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

 

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan boleh hubungi talian CitiPhone Banking:

 

  • 03-2383 0000 (Kuala Lumpur)
  • 04-296 0000 (Penang)
  • 07- 340 6000 (Johor bahru)
  • 1-800-82-1010 (Sabah & Sarawak, bebas tol)

 

ARTIKEL LAIN

CARA DAFTAR AMONLINE(Pendaftaran Kali Pertama)

Cara Daftar Login Co-opbank Pertama (Semakan Baki e-Semakan & Permohonan Pembiayaan)

CARA DAFTAR AFFINONLINE(Pendaftaran Kali Pertama)

 

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *