CARA DAFTAR GKP 4.0 (DAFTAR DI gkp.hasil.gov.my)

Utama / GKP / CARA DAFTAR GKP 4.0 (DAFTAR DI gkp.hasil.gov.my)

 

CARA DAFTAR GKP 4.0 (DAFTAR DI gkp.hasil.gov.my)

Pelaksanaan Geran Khas Prihatin atau GKP telah berjaya menyokong kelangsungan perniagaan atau business survival dalam kalangan peniaga kecil, terutamanya mereka yang masih tidak dibenarkan beroperasi.

Sebagai berita baik untuk anda, Kerajaan telah bersetuju untuk menyediakan bayaran tambahan di bawah GKP 4.0 kepada penerima yang layak iaitu sebanyak 500 ringgit akan dibayar pada bulan September dan 500 ringgit lagi pada bulan November 2021. Oeln itu, jangan buang masa, daftar GKP 4.0. Jika pernah mohon GKP 3.0 dan x lulus, cuba lihat KOD TIDAK LULUS GKP 3.0  dan sediakan SENARAI DOKUMEN SOKONGAN RAYUAN DIPERLUKAN

 

CARA DAFTAR GKP 4.0

Jika anda layak untuk memohon GKP 4.0, anda boleh Ikuti langkah-langkah di bawah sebagai panduan mendaftar GKP 4.0:

  1. Layari pautan Log Masuk GKP 4.0 di sini: https://gkp.hasil.gov.my/Account/Login
  2. Anda akan berada diskrin paparan Log Masuk GKP
  3. Untuk pengetahuan anda, memang tidak ada butang Daftar
  4. Ikut sahaja langkah-langkah seterusnya untuk mendaftar GPK 4.0
  5. Di bahagian ID Pengguna, masukkan Nombor Kad Pengenalan
  6. Jangan masukkan sempang (-)
  7. Tekan butang Semak
  8. Sekiranya anda memang belum pernah mendaftar GKP sebelum ini, anda akan menerima ralat ini:
    • ID pengenalan belum didaftarkan. Sila Ke Halaman Daftar Akaun Untuk Mendaftar.
  9. Klik pautan Daftar Akaun
  10. Masukkan semula Nombor Kad Pengenalan sekali lagi
  11. Tekan butang Cari
  12. Akan keluar paparan ini:
    • Untuk teruskan proses Semakan, sila isi captcha dan tekan butang Semak.
  13. Masukkan Captcha seperti yang terpapar di skrin anda
  14. Tekan pada butang semak

Sila baca panduan selanjutnya untuk buat untuk LOGIN GKP 4.0 2021 

 

Tarikh boleh mula daftar GKP 4.0

Anda boleh daftar mulai hari Khamis, 15 Julai 2021. selepas mohon nanti boleh buat SEMAKAN STATUS GKP 4.0 

 

TARIKH PEMBAYARAN GKP 4.0

  • 500 ringgit akan dibayar pada bulan  21 September 2021
  • 500 ringgit lagi pada bulan  23 November 2021

 

 

SYARAT CARA DAFTAR GKP 4.0

Kriteria kelayakan utama untuk daftar GKP 4.0 adalah seperti berikut:

  • Tidak dapat bantuan mana-mana GKP sebelum-sebelum ini
  • Mestilah seorang warganegara Malaysia
  • Perniagaan yang dijalankan masih lagi aktif dijalankan
  • Jumlah jualan tahunan perniagaan tidak melebihi RM300,000
  • Jumlah pekerja sepenuh perusahaan dan perniagaan masa tidak boleh lebih empat (4) orang
  • Jumlah pekerja tidak termasuk pemilik
  • Pemohon wajib memenuhi syarat definisi PKS Mikro
  • Perusahaan dan perniagaan pemohon wajib berdaftar dengan LHDN, PBT atau SSM

 

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Sebarang maklumat atau pertanyaan lanjut tentang permohonan GKP 4.0, sila hubungi Hasil Care Line di talian

03-8911 1000

603-8911 1100 (Luar Negara).

 

9 Comments

  1. Mengapa saya tidak lulus memohon i citra..sedang kan baru2 ni.saya ada pergi membuat i akaun..dan waktu itu baki di dlm acc kwsp 4 tatus lbih..ktika memohon i citra..dia bg tahu baki dibwh rm150..apa ni

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *