CARA DAFTAR HAJI ONLINE GUNA THIJARI(Diri Sendiri & Anak)

Utama / CARA DAFTAR HAJI ONLINE / CARA DAFTAR HAJI ONLINE GUNA THIJARI(Diri Sendiri & Anak)

CARA DAFTAR HAJI ONLINE GUNA THIJARI(Diri Sendiri & Anak)

Sekiranya anda mempunyai Akaun Tabung Haji, terkini anda boleh daftar haji dengan lebih mudah menggukan Portal Thijari. Bagaimana cara ingin daftar haji melalui portal Thijari? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

 

APA ITU THIJARI

THiJARI ialah sebuah aplikasi yang memaparkan maklumat berkaitan dengan Tabung Haji. Selain itu fungsi THiJARI adalah merupakan sebuah portal online yang memaparkan berita semasa dan updates mengenai musim haji.

Selain itu, pengguna juga boleh mengemaskini urusan akaun pendeposit termasuk pindahan wang, pendaftaran dan semakan keahlian Kelab TaHa, informasi , direktori, berita dan promosi terkini.

 

MUAT TURUN APLIKASI THIJARI

Anda juga seharusnya memuat turun (download) aplikasi Thijari untuk memudahkan urusan anda seharian:

 

 SYARAT DAFTAR HAJI

Untuk mendaftar haji menggunakan portal Thijari, seharusnya menepati syarat daftar iaitu:

  1. Mempunyai baki minimum dalam akaun TH sebanyak RM1,300.00.
  2. Tidak pernah menunaikan fardhu haji.
  3. Membawa dokumen pengenalan diri (MyKad) dan Sijil Kelahiran bagi yang berumur 12 tahun ke bawah semasa melakukan pendaftaran haji di kaunter-kaunter TH.

CARA DAFTAR HAJI MELALUI POTAL THIJARI ONLINE

Untuk daftar haji secara online, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari pautan portal Thijari:https://www.thijari.com.my/
  2. Log masuk akaun Thijari anda. Sekiranya anda tidak mempunyai akaun Thijari, rujuk panduan Daftar Thijari DISINI (mey link daftar Thijari)
  3. Setelah log masuk, pada menu utama klik pada Perkhidmatan Haji > Klik Pendaftaran Haji
  4. Seterusnya klik pada ikon Tambah Pemohon
  5. Lengkapkan maklumat anda pada ruangan yang disediakan.
  6. Sahkan maklumat yang anda isikan.
  7. Satu notifikasi akan tertera sekiranya pendaftaran anda berjaya.
  8. Pemakluman Tahun diperuntukkan untuk pergi menunaikan Haji akan dipaparkan.

NOTA: Setelah anda Berjaya daftar haji, anda boleh membuat semakan status atau juga membuat rayuan Haji melalui portal Thijari.

 

 CARA BUKA AKAUN & DAFTAR HAJI ONLINE UNTUK ANAK 

Untuk membuka akaun dan daftar haji untuk anak, seharusnya ibu bapa telah mendaftar akaun Thijari terlebih dahulu. Berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari pautan portal Thijari:https://www.thijari.com.my/
  2. Login akaun thijari (ibu/bapa)
  3. Pada menu utama, klik pada Pembukaan Akaun Kanak-kanak.
  4. Lengkapkan semua maklumat anak yang diperlukan pada ruangan
  5. Setelah selesai mendaftar, anda dikehendaki aktifkan akaun anak di kaunter Tabung Haji dalam masa 30 hari.
  6. Pastikan anda membawa dokumen seperti berikut:
    • 1 salinan dan original surat beranak anak
    • 1 salinan dan original IC ibu / ayah
    • Wang untuk daftar Haji RM1300.00

 

SOALAN LAZIM

 

Apakah perkhidmatan yang ditawarkan THiJARI?

Antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah:

  • Semak Baki Tabung Haji
  • Senarai Transaksi
  • Pendaftaran Haji
  • Segala Urusan Berkaitan Haji
  • Segala Urusan Berkaitan Kelab TaHa/TaHa@U

 

Apakah syarat untuk mendaftar dengan THiJARI?

Pendeposit mesti memiliki akaun aktif dan dikemas kini dengan TH. Kemas kini maklumat boleh dilakukan di kaunter TH terdekat. Hanya akaun dewasa yang dibenarkan mendaftar dengan THiJARI.

 

Apa yang perlu dilakukan sekiranya pendeposit lupa ID pengguna / kata laluan Thijari?

Penyimpan perlu menukar kata laluan mereka dengan mengklik “Lupa Maklumat Masuk”.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai cara daftar haji guna portal THIJARI, anda boleh:

 

ARTIKEL LAIN

CARA BUKA TABUNG HAJI ANAK (Link ke CIMB CLICK/Maybank2U Online)

CARA AKTIFKAN THIJARI(Akaun Tabung Haji Online)

2 Comments

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *