CARA DAFTAR HOMESTAY DI AIRBNB(Register airbnb.com)

Utama / AIRBNB / CARA DAFTAR HOMESTAY DI AIRBNB(Register airbnb.com)

CARA DAFTAR HOMESTAY DI AIRBNB(Register airbnb.com)

Adakah anda pemilik homestay? Sudah tentunya anda ingin iklan homestay anda kepada peloncong-pelancong untuk menginap di homestay anda. Terkini anda boleh menggunakan perkhidmatan Airbnb untuk mengiklankan homestay anda.

 

Bagaimana cara untuk daftar homestay di Airbnb? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

 

APA ITU AIRBNB

 

Airbnb merupakan satu tapak yang memudahkan orang ramai mencari tempat tinggal di serata dunia. Mesti anda biasa tempah bilik hotel secara online kan? Tapi apabila sebut tentang hotel, kita sering mengaitkannya dengan kos yang tinggi dan terhad kepada kumpulan yang kecil.

 

KELEBIHAN DAFTAR DI AIRBNB

 

Kepada pemilik homestay, semestinya anda ingin mengetahui kelebihan sekiranya berdaftar dengan Airbnb. Berikut adalah merupakan kelenihannya:

  1. Potensi Pasaran Yang Sangat Luas di Seluruh Dunia
  2. Sistem Navigasi Yang Mudah
  3. Menggunakan Pelbagai Bahasa
  4. Tidak Perlu Modal Awal Untuk Bayar Kos Pengiklanan
  5. Sistem Pembayaran Wang Sewa Yang Mudah
  6. Tak Perlu Risau Kalau Customer Cancel Tempahan Last Minute
  7. Khidmat Ambil Photo Profesional Yang PERCUMA
  8. Tidak Tertakluk Kepada Rumah & Apartment Sahaja
  9. Sistem Polisi Untuk Tetamu Yang Bagus
  10. Sistem Review Untuk Tetamu Yang Telus

 

CARA DAFTAR HOMESTAY DI AIRBNB

 

Sekiranya anda berminat untuk mengiklakan Homestay anda di Airbnb, berikut adalah merupakan cara daftar perkhidmatan Airbnb:

  1. Layari pautan daftar: http://bit.ly/daftarJH (Pendaftaran melalui link ini akan melayakkan anda mendapat akses eksklusif ke Group Support Airbnb Jutawan Homestay).
  2. Pilih jenis rumah sama ada apartmen, kondominium, rumah atau yang bersesuaian dengan homestay anda.
  3. Pilih jenis bilik, bilangan penginap dan lokasi. Klik ‘Continue’.
  4. Paparan mengenai terma dan polisi Airbnb akan dipaparkan di skrin. Klik ‘Accept’ sekiranya anda setuju dengan terma dan syarat yang telah ditetapkan.
  5. Isi maklumat homestay anda.
    1. Nyatakan jenis hartanah, lokasi dan bilangan penginap.
    2. Muatnaik foto, tambah deskripsi mengenai homestay dan letak tajuk yang memukau dan boombastic.
    3. Nyatakan peraturan, waktu Check-in/ Check-out, harga dan kekosongan tempahan di kalender.
  6. Selesai, homestay anda sedia untuk diterbitkan di website Airbnb.

 

SOALAN LAZIM

 

Berapakah kos untuk mendaftar di Airbnb?

Mendaftar ke Airbnb dan menyenaraikan kediaman anda adalah percuma. Sebaik sahaja anda menerima tempahan, kami mengenakan bayaran perkhidmatan Airbnb untuk hos, umumnya 3%, untuk menampung kos menjalankan perniagaan.

 

Perlindungan apa yang saya ada terhadap kerosakan harta benda?

Jaminan Host Airbnb memberikan perlindungan sehingga $ 1,000,000 kepada tuan rumah untuk kerosakan harta benda yang dilindungi sekiranya berlaku kerosakan tetamu di atas deposit keselamatan atau jika tidak ada deposit keselamatan yang ada.

Program Jaminan Tuan Rumah tidak merangkumi wang tunai dan sekuriti, barang koleksi, karya seni yang jarang berlaku, perhiasan, haiwan kesayangan atau tanggungjawab peribadi. Kami mengesyorkan agar tuan rumah menyimpan atau membuang barang berharga semasa menyewa tempat mereka. Program ini juga tidak merangkumi kehilangan atau kerosakan harta benda akibat kehausan.

 

Bagaimana saya harus memilih harga penyenaraian saya?

Harga yang anda kenakan untuk penyenaraian anda bergantung sepenuhnya kepada anda. Untuk membantu anda membuat keputusan, anda boleh mencari senarai yang setanding di bandar atau kejiranan anda untuk mendapatkan idea mengenai harga pasaran.

 

MAKLUMAT LANJUT

 

Untuk maklumat lanjut mengenai cara daftar Homestay di Airbnb, anda boleh layari website rasmi Airbnb di pautan www.airbnb.com

 

ARTIKEL LAIN

BOOST MERCHANT:CARA DAFTAR/REGISTER AKAUN UNTUK KEDAI/PERNIAGAAN

 

4 Comments

  1. ada tutorial cara guna airbnb ? saya dah daftar tapi belom complete yg pentingnya sudah ada booking. saya belom ready

  2. Airbnb bila buat rumah saya sebagai homestay ,airbnb akan provide semua furniture dalam?

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *