CARA DAFTAR LALAMOVE RIDER DRIVER(Check Commission)

BAGAIMANAKAH CARA DAFTAR LALAMOVE RIDER/DRIVER (Check Berapa Bayaran Commission)

Pernah dengar tentang Lalamove? Lalamove menawarkan khidmat penghantaran dari satu point ke satu point dengan cara terpantas melalui kenderaan yang anda pilih samaada motosikal, kereta, van, pickup ataupun lori. Lalamove bertindak sebagai perantaraan antara pelanggan dengan pemandu/rider dalam proses penghantaran barang melalui aplikasi atau laman web mereka.Bagaimana cara nak jadi rider Lalamove? Disini kami kongsikan cara daftar Lalamove rider/driver, semoga membantu

APA ITU LALAMOVE

Lalamove perkhidmatan penghantaran on-demand dengan hanya menggunakan satu aplikasi yang ringkas, pengguna boleh dihubungkan dengan flit penghantaran pelbagai jenis kenderaan yang dipandu oleh penghantar-penghantar yang terlatih.

Kini, sesiapa saja boleh mendapatkan perkhidmatan penghantaran dengan memasukkan lokasi pengambilan dan penghantaran, memilih kenderaan yang sesuai dan mendapatkan khidmat rakan penghantar yang paling hampir dengan lokasi pengguna. Selain lalamove, boleh juga daftar banyak lagi rider untuk buat partime, antaranya

SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN DAFTAR LALAMOVE RIDER/DRIVER

Pastikan ada menepati syarat kelayakan terlebih dahulu sebelum memohon untuk jadi Lalamove rider/driver. Berikut adalah syarat kelayakan:

  1. Memiliki telefon pintar
  2. Mempunyai lesen memandu yang aktif
  3. Warganegara Malaysia
  4. Memiliki kenderaan sendiri (motosikal/kereta/van/lori/4×4).

MUAT TURUN APLIKASI LALAMOVE RIDER/DRIVER

Pastikan anda memuat turun aplikasi Lalamove (rider/driver) terlebih dahulu:

CARA DAFTAR LALAMOVE RIDER/DRIVER

Bagi yang sedang mencari kerja full time atau part time untuk tambah pendapatan, anda boleh cuba cara daftar Lalamove rider/driver mengikut kenderaan yang anda miliki. Berikut adalah cara daftar Lalamove rider/driver:

  1. Layari laman web: https://www.lalamove.com/ms-my/driver.
  2. Tekan pada DAFTAR
  3. Masukkan NOMBOR TELEFON anda (pastikan yang aktif), tekan Seterusnya
  4. Masukkan NOMBOR PIN yang anda terima di telefon anda
  5. Seterusnya isikan MAKLUMAT pada Borang Pendaftaran
    1. Nama Penuh
    2. Nombor Telefon
    3. Email (pasyikan emeail yan aktif)
    4. Jenis kenderaan (pilih kenderaanyang anda ingin gunakan)
    5. Jenama kenderaan anda.
    6. Model kenderaan anda
  6. Jawab SOALAN yang tertera:
    1. Do you have a full-fledged driving license?, pilih Yes.
    2. Are you 18 years old and above?, pilih Yes.
    3. What is your postcode?, poskod tempat tinggal anda.
    4. Training Location, pilih lokasi latihan anda,
    5. Date, pilih tarikh untuk anda menjalani latihan.
    6. Time, pilih waktu untuk anda jalani latihan pada tarikh tersebut.
    7. Address, tertera lokasi pejabat Lalamove untuk anda hadir bagi menjalani latihan, .
  7. Tekan butang Thank You.
  8. Pendaftaran anda selesai

NOTA: Untuk mengaktifkan akaun anda, anda perlu lulus Latihan Maya kami. Markah minimum untuk latihan tersebut ialah 28 dan anda mempunyai 3 kali percubaan

SOALAN LAZIM

Bagaimana harga penghantaran Lalamove dikira?

Harga dikira berdasarkan jarak dari lokasi pengambilan ke penghantaran dan juga jenis kenderaan. Untuk maklumat lanjut, anda boleh lihat “Standard Bayaran” dalam aplikasi.

Bagaimana saya boleh menjadi penghantar kegemaran di kalangan pelanggan-pelanggan saya?

Mudah saja. Berikan perkhidmatan yang cemerlang untuk semua pelanggan anda. Dalam masa yang singkat, anda akan mempunyai ramai “Peminat” yang telah memilih anda sebagai penghantar kegemaran mereka!

Untuk menjadi rider/driver Lalamove perlukan menjalani latihan?

Anda akan diwajibkan untuk mengikuti Latihan Maya sebagai Lalamove ridir/driver.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk sebarang maklumat lanjut tentang cara daftar Lalalmove rider/driver,anda boleh layari web rasmi Lalamove di pautan https://www.lalamove.com/ms-my/

Share your love

12 Comments

  1. Saya igin jadi penghantar barang,dan saya ada kereta sendiri proton wira,dan saya ada lesen yg sah serta CDL/PSB yg sah

  2. Assalammulaikum dan salam sejatera, saya just nak tanya bagaimana nak tukar kenderaan dari lori kepada kereta ye..?

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *