CARA DAFTAR LOGIN BSNeBIZ ONLINE(Mudah Untuk Perniagaan Guna aplikasi BSNeBiz Mobile)
Berita baik buat para peniaga, terkini BSN memperkenalkan Sistem BSNeBiz yang lebih selamat dan terjamin untuk pelanggannya untuk perkhidmatan perbankan dalam talian (online banking). Dengan adannya sistem ini lebih cepatkan unrusan dalam perniagaan anda.Bagaimana cara untuk daftar login BSNeBiz Online? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.
APA ITU BSNeBIZ
BSNeBiz merupakan kemudahan pembayaran dalam talian yang menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan untuk menyesuaikan dengan keperluan perniagaan anda.
Kelebihan sekiranya menggunakan BSNeBiz adalah:
- Uruskan pembayaran dalam talian anda dengan selamat di satu tempat dengan BSNeBiz.
- Maklumat baki akaun terkini serta maklumat transaksi urus niaga.
- Transaksi tunggal atau pukal, pemindahan segera atau pesanan tetap, BSNeBiz membantu organisasi menjadi lebih cekap dan mematuhi peraturan kewangannya sendiri.
- Mengurangkan pentadbiran dan meningkatkan kecekapan masa, membolehkan organisasi memberi tumpuan kepada perkara yang paling penting untuk perniagaan.
CARA DAFTAR BSNeBIZ
Untuk membuat pendataran BSNeBiz kali pertama, anda dikehendaki menggunakan website. Berikut adalah caranya:
- Layari pautan BSNeBiz: https://www.bsnebiz.com.my/bsn-cdb/commonLogin
- Klik pada New Aplication
- Pilih negeri yang ingin anda daftarkan.Sebaiknya pilih keadaan di mana perniagaan anda beroperasi.
- Pada bahagian Organazization Detail, isikan maklumat yang diperlukan dengan lengkap, seterusnya tekan Next
- Pada bahagian Information, lengkapkan maklumat yang diperlukan, kemudiantekan Next.
- Seterusnya akan terpapar bahagian Select Services. Tick pada ruangan yang disediakan mengikut keperluan anda dan tekan Download untuk muat turun borang yang diperlukan.
- Kemudian tick pada kotak Yes, I have downloaded all the forms. If you do not have Adobe Acrobat reader, please download here. Tekan Next.
- Pada bahagian Confirmation, ringkasan semua maklumat anda akan dipaparkan.
- Sahkan maklumat anda,kemudian tick pada I hereby confirmed that the information provided is correct. Tekan Continue.
- Proses pendaftaran anda telah berjaya. Pastikan anda semak emel anda untuk tujuan pengesahan atau pengaktifan akaun (kata laluan sementara akan diberikan).
CARA LOGIN KALI PERTAMA
Setelah proses pendaftaran anda selesai seperti di atas, anda boleh anda dikehendaki login kali pertama bagi melengkapkan proses pendaftaran kali pertama. Berikut adalah caranya:
- Layari pautan BSNeBiz: https://www.bsnebiz.com.my/bsn-cdb/commonLogin
- Klik pada 1st Time Login.
- Tick Agreee pada Terma & Syarat, Klik Continue
- Padda User Type, pilih sama ada:
- Corporate Administrator – if you are the Corporate Administrator
- Corporate User – if you are the Initiator, Approver, Verifier or Viewer
- Masukkan Username dan Password sementera yang diterima melalui email
- Seterusnya ikuti arahan selanjutnya sehingga berjaya.
APLIKASI BSNeBIZ
Setelah selesai proses login kali pertama, anda boleh memuat turun aplikasi BSNeBiz Mobile bagi memudahkan penggunaan anda di handphone:
- Google Play bagi penggunan Android (https://play.google.com/store/apps/details?id=com.bsnebiz.cdb&hl=en&gl=US)
- Apple Store bagi pengguna IOS (https://apps.apple.com/my/app/bsnebiz-mobile-corporate-user/id1457815044)
SOALAN LAZIM DAFTAR LOGIN BSNeBIZ ONLINE
Bolehkah daftar BSNeBiz melalui aplikasi BSNeBiz Mobile?
Tidak, anda hanya boleh daftar BSNeBiz menggunakan laman web BSNeBiz. Penggunaan aplikasi BSNeBiz Mobile hanyalah untuk tujuan Login ke akaun anda yang telah sedia ada.
Apakah senarai perkhidmatan yang disediankan melalui BSNeBiz?
Antara senarai perkhidmatan yang disediakan oleh BSNeBiz adalah:
- Pengurusan Akaun
- Pemindahan Dana & Pembayaran Bil
- JomPay
- Pembayaran Pukal
- Autodebit
- Pembayaran Berkanun (KWSP)
- Laporan Transaksi
- Pengesahan pelbagai tahap boleh disesuaikan
Adakah perkhidmatan BSNeBiz 24 jam?
BSNeBiz boleh diakses untuk baki akaun dan ianya tertakluk jika ada penjadualan penambahbaikan sistem. Penambahbaikan sistem ini akan dipaparkan di laman utama dan selepas log masuk.
MAKLUMAT LANJUT DAFTAR LOGIN BSNeBIZ ONLINE
Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai cara daftar login BSNeBiz online, anda boleh:
- Hubungi bahagain Customer Care: 1-300-88-1900
- Email: [email protected].
- Rujuk soalan lazim (FAQ) BSNeBiz: https://www.bsnebiz.com.my/bsn-cdb/bib101_faq
ARTIKEL LAIN
LUPA NOMBOR PIN ATM BSN (Cara Dapatkan Semula)
muhammad azim fahmi bin ramlee
Tak tau
baru launch ke ni ?
Saya dah daftar tapi tk dapat pon username and password untuk log in kali pertama
sistem yg susahkan pengguna…spatutnya bagi la kad bank mcm bank lain.ni harapkan online banking ja.kalau line problem,susah mk keluarkan duit
Username & password dihantar melalui email??? Email pun x minta huhuhu
Saya dah daftar tapi tak dapat pon username and password untuk log in kali pertama