CARA DAFTAR MAYBANK2U 2022(Register Guna Kad Debit & Aplikasi M2U Mobile)
Pada kemajuan dalam teknologi zaman sekarang telah membawa banyak perubahan dalam kehidupan, termasuk dalam pelbagai perkhidmatan digunakan setakat ini. Dengan sokongan internet, perkhidmatan perbankan adalah salah satu yang telah mengalami banyak perubahan dan kemajuan.
Maybank telah perkenalkan Mayban2u untuk kemudahan pengguna. Bagaimana cara daftar Maybank2u? Disini kami kongsikan cara daftar Maybank2u, semoga membantu.
APA ITU MAYBANK2U
Maybank2u adalah sebuah aplikasi online yang membolehkan kita membuat pindahan wang, pembayaran, pembelian secara online. Ia lebih memudahkan kita untuk urusan pembayaran bill dan sebagainya.
Sekiranya anda mahu memiliki akaun maybank2u anda perlu memiliki akaun maybank terlebih dahulu.
CARA DAFTAR MAYBANK2U
Terlebih dahulu, sebelum anda daftar Mayban2u, anda perlu daftarkan nombor telefon anda di mana-mana mesin ATM Maybank. Berikut adalah caranya:
- Pergi ke cawangan Maybank yang berhampiran dengan anda
- Masukkan kad ATM anda ke mesin ATM
- Masukkan password (nombor 6 digit) kad ATM anda
- Pilih menu Maybank2u/Phone Banking/ATM Sms Alerts
- Pilih menu Kemaskini Tel. Bimbit M2u TAC
- Masukan nombor telefon Anda, pastikan nombor telefon betul.
- Klik “YA”
- Cetak resit untik simpanan anda
Setelah anda selesai proses pendaftaran nombor telefon anda seperti diatas, anda sudah boleh daftar dengan MAYBANK2U. Berkut adalah caranya:
- Layari laman web rasmi Maybank: http://www.maybank2u.com.my/
- Klik pada REGISTER NOW
- Masukan 16 digit nombor card ATM/Debit anda
- Masukan 6 digit nombor PIN card ATM/Debit anda,
- Tick pada TERMS & CONDITIONS, klik Continue
- Masukan USERNAME anda inginkan
- Ciptakan PASSWORD anda inginkan, sahkan sekali lagi password anda
- Masukan EMAIL (pastikan email yang aktif)
- Masukkan TAC yang telah dihantar ke handphone Anda.
- Klik Next
- Pilih GAMBAR KESELAMATAN yang anda inginkan
- Masukkan KATA KESELAMATAN anda inginkan
- Jawab 3 SOALAN KESELAMATAN yang anda mahukan berserta jawapan.
- Kemudian klik Done
- Pendaftaran anda Selesai
CARA LOGIN MAYBANK2U
Setelah anda selesai proses pendaftaran di atas, anda sudah boleh login akaun Maybank2u anda. Berikut adalah cara LOGIN:
- Layari laman web CIMB Clicks: http://www.maybank2u.com.my/
- Masukkan USERNAME anda, klik simbol pada ruangan sebelah(bewarna kuning)
- Gambar Keselamatan dan Kata Keselamatan anda akan terpapar
- Klik pada YES
- Masukkan KATA LALUAN anda, Klik Login
- Anda telah berjaya login akaun Maybank2U anda
SOALAN LAZIM
Apa itu M2U Mobile?
Ini adalah versi mudah alih Maybank2u.com yang dapat diakses menggunakan penyemak imbas web pada telefon bimbit anda. Skrin M2U kami telah dioptimumkan agar sesuai dengan layar telefon bimbit anda.
Adakah saya perlu mendaftar untuk M2U Mobile?
Tidak, tidak perlu mendaftar untuk perkhidmatan ini. Walau bagaimanapun, anda mesti menjadi pelanggan perbankan internet Maybank2u.com yang ada untuk menggunakan perkhidmatan ini. Anda boleh log masuk menggunakan nama pengguna dan kata laluan Maybank2u.com yang ada untuk mendapatkan akses dari telefon bimbit anda.
Apakah perkhidmatan yang terdapat di M2U Mobile?
Senarai perkhidmatan di M2U Mobile merangkumi:
- Ringkasan Akaun
- Pindahan Wang
- Pembayaran
- Lihat Kadar
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut tentang cara daftar Maybank2u, anda boleh layari web rasmi Maybank: https://www.maybank2u.com.my/home/m2u/common/login.do
ARTIKEL LAIN
Bagaimanakah cara REGISTER SECURE2U MAYBANK?
2 thoughts on “CARA DAFTAR MAYBANK2U 2022(Register Guna Kad Debit & Aplikasi M2U Mobile)”