CARA DAFTAR MyFUTUREJOBS 2023(Register Program Insentif Pengambilan Pekerja)
Ekoran kesan wabak COVID-19 yang memberi kesan terhadap perniagaan dan masalah pengangguran, program MyFutureJobs dibangunkan bagi merangsang pewujudan dan meningkatkan peluang pekerjaan.
Bagaimana cara daftar dan mohon pekerjaan melalui MyfutureJobs? Disini kami kongsikan panduannya, semoga membantu
APA ITU MyFUTUREJOBS
MYFutureJobs adalah portal pekerjaan baru yang dibangunkan oleh SIP yang menggunakan teknologi AI yang canggih untuk pemadanan pantas dan tepat.. MYFutureJobs melaksanakan pemadanan pekerjaan berdasarkan pelbagai faktor seperti nama pekerjaan, tahap pendidikan, kemahiran dan pengalaman kerja, pensijilan profesional, julat gaji, dan lokasi majikan.
CARA DAFTAR MyFUTUREJOBS
Sekiranya anda mencari pekerjaan, anda boleh mencuba membuat pendaftaran di portal MyFutureJobs PERKESO. Berikut adalah merupakan cara pendaftaran:
- Layari pautan daftar MyFututeJobs: myfuturejobs.gov.my
- Di halaman utama, tekan pada JOBSEEKER (berada di sebelah kiri)
- Klik pada REGISTER sebagai pengguna kali pertama
- Isikan alamat EMAIL anda
- Masukkan NOMBOR KAD PENGENALAN anda
- Ciptakan KATA LALAUN anda inginkan
- Setelah selesai tekan REGISTER.
- Tickkan pada TERMA DAN SYARAT yang terpapar
- Anda akan dibawa ke halaman utama untuk Log Masuk
- Pendaftaran anda selesai
CARA LOGIN MyFUTUREJOBS
Setelah anda selesai proses pendaftaran seperti di atas, berikut adalah merupakan cara Log Masuk kali pertama:
- Layari pautan daftar MyFututeJobs: www.myfuturejobs.gov.my
- Di halaman utama, tekan pada JOBSEEKER (berada di sebelah kiri)
- Selepas proses daftar seperti di atas, anda akan terus dibawa ke halaman Log Masuk
- Masukkan NOMBOR KAD PENGENALAN dan PASSWORD anda, tekan Login
- Log Masuk anda berjaya
KEMASKINI PROFIL ANDA DI MyFUTERJOBS (Bagi Kali Pertama)
Setelah anda berjaya Log Masuk, seharusnya anda kemaskini maklumat Profil anda terlebih dahulu. Berikut adalah caranya:
- Pada paparan utama MyFututeJobs anda, pilih pada bahagian CREATE PROFIl.
- Terdapat lima (5) bahagian yang anda perlu isikan:
- Personal Information – maklumat peribadi
- Lengkapkan maklumat peribadi anda di ruangan yang disediakan
- Pastikan anda memuatnaik gambar anda (sebaiknya gambar formal) dan juga memuatnaik Resume anda
- Desired Jobs – pekerjaan yang diingini
- Pilih pekerjaan yang anda ingin, anda boleh mencari di ruagan yang disediakan.
- Experience – pengalaman
- Masukkan pengalaman anda (sekiranya ada), jika tiada klik No
- Education – pendidikan
- Masukkan Taraf pendidikan, bahasa dan lesen memandu anda
- Skills – kemahiran
- Isikan kemahiran anda miliki
- Setelah siap semuanya, pada bahagian Certificate and Suppoting Document, muat naik sijil dan dokumen sokongan yang berkaitan
- Semak kembali maklumat anda, pastikan semuanya lengkap dan bertanda hijau.
- Kemaskini anda selesai
- Personal Information – maklumat peribadi
SOALAN LAZIM
Apa pekerjaan yang diinginkan di MyFutureJobs?
Bahagian tajuk pekerjaan yang diingini dalam resume anda mengenal pasti kedudukan tertentu yang anda cari, sementara tajuk pekerjaan yang disenaraikan di bahagian pengalaman anda menunjukkan bagaimana pengalaman anda sebelumnya relevan dengan posisi yang anda lamar. Gelaran pekerjaan yang anda mahukan juga dapat menunjukkan cita-cita anda untuk berkembang bersama syarikat
Berapakah gaji yang diinginkan?
Gaji yang diinginkan adalah pampasan yang ingin anda terima untuk pekerjaan baru. Penting untuk memiliki strategi pintar untuk mendekati masalah gaji yang anda inginkan sehingga anda dapat menyebut sejumlah yang mungkin memberi anda pampasan yang adil untuk pekerjaan
Apakah maksud CV jobs?
Curriculum Vitae (CV) adalah bahasa Latin untuk “perjalanan hidup.” Sebaliknya, resume adalah bahasa Perancis untuk “ringkasan.” Kedua-dua CV & Resume: Sesuai untuk pekerjaan / syarikat tertentu yang anda lamar. Harus mewakili anda sebagai calon yang terbaik. Digunakan untuk membuat temu ramah
MAKLUMAT LANJUT
Untuk sebarang maklumat lanjut tentang cara daftar MyFutureJobs, anda boleh layari web rasmi MyFututreJobs di pautan myfuturejobs.gov.my
ARTIKEL LAIN
SIP GIG PERKESO 2022 (Permohonan Insentif RM600-RM800 Sebulan Untuk 6 Bulan)
I really like this blog post. It is very informative.