BAGAIMANAKAH CARA GUNA APLIKASI MyUBAT KKM?
Pernahkah anda mendengar tentang Sistem Pengurusan Pembekalan Ubat bagi Sistem Perkhidmatan Nilai Tambah Farmasi (MyUBAT) yang telah dibangunkan bagi membolehkan pesakit memantau bekalan dan penggunaan ubat-ubatan mereka hanya melalui telefon pintar. Sistem ini sudah mula diperluas penggunaannya di seluruh fasiliti kesihatan Kementerian Kesihatan (KKM). Disini kami akan kongsikan kepada anda cara daftar MyUbat KKM, semoga membantu.
APA ITU MyUBAT
Aplikasi MyUBAT adalah aplikasi yang dibangunkan bagi membolehkan pesakit di fasiliti-fasiliti kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memantau bekalan dan penggunaan ubat-ubatan dengan menggunakan telefon pintar.
PERKHIDMATAN MyUBAT
Aplikasi ini dibangunkan bagi memudahkan pesakit dapatkan bekalan ubat. Dalam aplikasi terdapat dua pilihan pengambilan ubat iaitu :
- Nilai Tambah Farmasi (VAS)-Pengambilan ubat susulan melalui temujanji.
- Ubat Melalui Pos (UMP)- Penghantaran ubat melalui pos.
FASILITI KKM TERLIBAT MyUBAT
Semua fasiliti KKM di seluruh negara menarwarkan perkhidmatan pengambilan ubat menerusi janji temu dan penghantaran pos menerusi aplikasi MyUBAT kecuali:
- Hospital pengajar (UM, UKM, USM, UiTM, UPM)
- Hospital Angkatan Tentera
- Institut Jantung Negara (IJN)
Semakan fasiliti yang terlibat dalam perkhidmatan tersebut menerusi aplikasi MyUBAT boleh dilihat melalui pautan https://www.pharmacy.gov.my/myubat.
FUNGSI MyUbat
Secara umumnya, terdapat 2 fungsi utama aplikasi MyUbat:
- Mohon temmujanji farmasi
- Mohon penghantaran ubat melalui pos
- Apabila pengguna membuat temujanji melalui pos, mereka hanya perlu datang pada tarikh dan masa yang telah ditentukanan sahaja dalam aplikasi ini.
- Selain itu, mereka juga tidak perlu menunggu lama di farmasi kerana pihak farmasi akan membungkus terus ubat-ubatan yang diperlukan berdasarkan rekod kesihatan pengguna.
- Pengguna juga boleh memohon penghantaran ubat-ubatan yang sudah mempunyai preskripsi doktr terus ke rumah dan anda hanya perlu membayar caj COD secara tunai kepada pihak servis kurier yang terlibat
MAKLUMAT YANG DIKUMPUL SEMASA DAFTAR MyUBAT
- Aplikasi ini mengumpulkan data yang dikemukakan atas persetujuan pengguna dan dilakukan secara sukarela melalui proses pendaftaran perkhidmatan nilai tambah farmasi, pengesahan penerimaan ubat-ubatan melalui imbasan kod QR dan menghubungi khidmat sokongan melalui e-mel.
- Data yang diperolehi secara automatik – misalnya, data lokasi jika pengguna memilih untuk set alamat penghantaran ubat-ubatan melalui fungsi “lokasi saya (GPS)”.
- Data lokasi pengguna hanya akan direkodkan apabila kebenaran untuk mengakses lokasi pengguna menerusi telefon pintar diberikan.
- Aplikasi ini mengumpul Data Peribadi daripada pengguna atau yang berkaitan dengan pengguna berdasarkan tujuan (bergantung kepada penggunaan fungsi/modul Aplikasi yang digunakan oleh pengguna). Data Peribadi yang biasanya dikumpul adalah seperti berikut:
- Pendaftaran perkhidmatan nilai tambah farmasi
- Nama pengguna
- Nombor kad pengenalan
- Nombor telefon
- Nama fasiliti kesihatan
- Nombor MRN (medical record number)
- Alamat penghantaran (untuk perkhidmatan Ubat Melalui Pos sahaja)
- Tarikh jumpa doktor akan datang
- Gambar kad temu janji klinik
- Gambar preskripsi
- Alamat e-mel
- Pendaftaran perkhidmatan nilai tambah farmasi
CARA DAFTAR MyUBAT (Buat Temujanji/Penghantaran Ubat Guna Pos)
Satu Aplikasi telefon pintar untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran dan pengambilan ubat susulan pesakit melalui perkhidmatan nilai tambah farmasi (VAS)
- Muat turun aplikasi MyUBAT melalui aplikasi
- Klik butang ‘Log Masuk Kali Pertama.’
- Isikan maklumat profil dan tekan Masuk
- Pilih perkhidmatan yang diinginkan sama ada UMP atau Sistem Temu Janji Farmasi
- Pengguna yang memilih Sistem Temu Janji Farmasi akan terima tarikh temujanji.
- Bagi pengguna yang memilih servis penghantaran ubat melalui pos, anda akan terima status penghantaran dan tracking number.
- Semak dan pantau status bekalan atau temu janji.
- Pinda atau tukar temu janji sekiranya perlu.
CARA TEMU JANJI FARMASI MyUBAT KKM
Farmasi akan sediakan ubat, pesakit atau keluarga boleh datang pada tarikh temujanji dan ambil ubat tanpa perlu tunggu lama.
- Ubat-ubatan pesakit akan disediakan sebelum tarikh temujanji. Pesakit boleh mengambil bekalan ubat pada tarikh tersebut tanpa perlu menunggu lama
- Sila mohon perkhidmatan ini sekurang-kurangnya 1 minggu sebelum bekalan ubat anda habis.
CARA PENGAMBILAN UBAT MENERUSI MyUBAT
Terdapat dua jenis ubat yang boleh dihantar melalui pos iaitu:
- Ubat tablet
- Ubat Kapsul
Ubat yang tidak boleh dihantar melalui pos dan perlu diambil di kaunter farmasi iaitu:
- Ubat simpanan peti sejuk
- Ubat cecair
- Ubat psikotropik
MAKLUMAT LANJUT
Untuk pertanyaan lanjut , sila e-mel kepada [email protected]
ARTIKEL LAIN
- PUSH NOTIFICATION MySejahtera:CARA AKTIFKAN/ELAK TERLEPAS TEMUJANJI VAKSIN
- SEMAKAN HELP DESK MySEJAHTERA:KEMASKINI JANJITEMU VAKSINASI & CARA ATASI RALAT
- CARA TUKAR NO HP MySEJAHTERA(Update Mobile Phone Number)
- CARA KEMASKINI HOME ASSESSMENT TOOL (HAT) MySEJAHTERA(Penilaian Kendiri Semasa Kuarantin Di Rumah)