CARA DAFTAR SELANGOR FREELANCE (Insentif Tunai RM400)

Utama / SELANGOR FREELANCE / CARA DAFTAR SELANGOR FREELANCE (Insentif Tunai RM400)

CARA DAFTAR SELANGOR FREELANCE (Insentif Tunai RM400)

Kepada warga Selangor terutama individu berusia 18 tahun ke atas berpeluang menjana pendapatan dalam sektor ekonomi digital dan menerima RM400 daripada Kerajaan Negeri.  Ekonomi gig telah muncul sebagai peluang baru pekerjaan yang terbina dari pasaran yang membangun dalam segmen digital melalui inisiatif Selangor Freelance.

Bagaimana cara untuk daftar Selangor Freelance? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

 

APA ITU SELANGOR FREELANCE

Inisiatif Selangor Freelance menawarkan 5,000 peluang latihan untuk meningkatkan kemahiran pekerjaan bebas digital sekali gus menjana pendapatan tambahan. Inisiatif ini merupakan komitmen kerajaan negeri menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat Selangor yang terjejas dan hilang pendapatan disebabkan Covid-19. Selangor Freelance disenaraikan bawah program pendigitalan dalam Belanjawan Negeri 2021 dengan perbelanjaan RM369 juta melalui dana negeri dan anak syarikat (GLC).

 

SYARAT KELAYAKAN SELANGOR FREELANCE

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan permohonan:

  1. Berusia 18 tahun ke atas
  2. Tinggal di Selangor
  3. Individu yang sudah bekerja atau belum boleh membuat permohonan.

 

CARA DAFTAR SELANGOR FREELANCE

Sekiranya anda rakyat Selangor berminat untuk sertai latihan kemahiran yang ditawarkan, anda boleh buat permohonan secara atas talian seperti berikut:

  1. Layari pautan daftar https://selangor.workana.com/
  2. Klik pada Sign Up
  3. Isikan butiran yang diperlukan seperti:
    • Full Name – nama penuh anda
    • Email – masukkan emaik yang aktif
    • Phone number – masukkan no telefon anda
  4. Setelah lengkap semuanya klik pada Pre-Register

 

CARA DAPATKAN INSENTIF RM400 SELANGOR FREELANCE

Berikut adalah merupakan cara dapat insentif:

  1. Pastikan proses pendaftaran anda telah selesai
  2. Anda dikehendaki menjalani sesi latihan selama 2 hari (Latihan termasuk pendedahan sebagai pekerja bebas serta cara menggunakan platform Workana)
  3. Selesai proses latihan, anda berpeluang memohon pekerjaan bebas digital menerusi platform berkenaan.
  4. Anda juga akan menerima RM400 daripada Kerajaan Negeri sebaik tamat mengikuti latihan tersebut.

 

SOALAN LAZIM SELANGOR FREELANCE

 

Apakah objektif Selangor Freelance?

  • Wujud kesedaran dan memberi Insentif kepada warga Selangor menyertai ekonomi gig digital
  • Berdaya saing dalam ekonomi gig
  • Meningkatkan keboleh pasaran warga Selangor
  • Menyediakan akses kepada peluang pekerjaan yang lebih baik
  • Melatih warga Selangor cara memanfaatkan ekonomi gig digital

 

Apakah manfaat yang diperoleh melalui program Selangor Freelance

  • 5,000 peluang latihan dan kemahiran percuma untuk memanfaatkan kerja sebagai pekerja bebas serta cara menggunakan platform Workana
  • Terima Insentif RM400 daripada Kerajaan Negeri sebaik tamat mengikuti latihan tersebut
  • Berpeluang memohon pekerjaan bebas digital menerusi platform bekenaan

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai cara daftar Selangor Freelance, anda boleh layari website Platform Selangor di pautan https://platselangor.com/

 

ARTIKEL LAIN

LOGIN eZAKAT PAY: CARA DAFTAR DAN BAYAR ZAKAT ONLINE ZAKAT SELANGOR

SISM40:CARA DAFTAR/REGISTER/PERMOHONAN SKIM INTERNET SELANGOR M40

KISS SELANGOR(Cara Daftar & Semak Bantuan Ibu Tunggal RM200 Sebulan)

RUMAH IDAMAN SELANGOR(Cara Permohonan Rumah Mampu Milik B40 & M40)

 

5 Comments

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *