CARA DAFTAR TIME FIBER KEDIAMAN & BISNES

CARA DAFTAR TIME FIBER KEDIAMAN & BISNES

Dizaman IT canggih sekarang Internet sudah menjadi keperluan.  Apakah pilihan internet anda? TIME Fibre Unlimited Broadband berjalan pada rangkaian fiber optik dengan berkelajuan tinggi dan mampu memberikan anda akses ke Internet dengan kelajuan yang lebih tinggi sehingga ke 500Mbps.

 

Bagaimana cara daftar TIME Fibre? Disini kami akan kongsikan caranya, semoga membantu.

 

APA ITU TIME FIBER

 

TIME Fibre Unlimited Home Broadband adalah perkhidmatan akses internet berkelajuan tinggi yang dibawa kepada anda oleh TIME dotCom Berhad (dirujuk sebagai “TIME”) yang direka khas untuk pelanggan perniagaan.. Perkhidmatan ini menawarkan kestabilan internet dan berkelajuan tinggi dan menggunakan kabel fiber optik. Dengan jalur lebar yang berkelajuan tinggi, ia sangat sesuai untuk menyokong kebanyakan aplikasi jalur lebar seperti menghantar data, menghantar e-mel, melayari web, streaming video dan persidangan, e-dagang dan aplikasi berasaskan Internet.

 

PELAN INTERNET TIME FIBER(KEDIAMAN & BISNES)

 

Antara pelan internet TIME Fiber yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  1. Pelan Bagi kediaman
    • TIME Fibre 500Mbps Home Broadband – RM139.00 /bulan
    • TIME Fibre 100Mbps Home Broadband – RM99.00 /bulan
    • TIME Fibre 1 Gbps Home Broadband – RM199.00 /bulan
    • TIME Fibre 300 Mbps Home Broadband – RM189.00 /bulan
  2. Pelan bagi Bisnes
    • TIME Fibre Business Internet Basic 20Mbps – RM218.00 /bulan
    • TIME Fibre Business Internet 50 Mbps – RM338.00 /bulan
    • TIME Fibre Business Internet 100 Mbps – RM398.00 /bulan

 

CARA DAFTAR TIME FIBER

 

Sekiranya anda berminat dengan pelan internet TIME Fiber yang ditawarkan, berikut adalah merupakan cara daftar:

  1. Untuk kediamaan:
    • Layari pautan daftar TIME Fiber: https://time-internet.com.my/ms/memohon-time-fibre/
    • Pilih pada PAKEJ RUMAH
    • Pada PILIH TIME FIBRE PAKEJ PERIBADI, isikan:
      • Tempoh Kontrak – 24 bulan
      • Memilih Tarikh Pemasangan – Hari Kerja/Sabtu pagi
      • Pakej Internet – Pilihan Pakej anda inginkan
      • Pakej Panggilan – berdasarkan pilihan anda
    • Pada MAKLUMAT PEMOHON:
      • Isikan Butiran anda pada ruangan yang disediakan
      • Pastikan anda memuat naik Gambar Kad Pengenalan anda (Depan & Belakang)
    • Pada SEMAK KETERSEDIAAN TIME FIBRE – ALAMAT PEMASANGAN:
      • Isikan tentang Alamat kediaman anda
    • Seterusnya Tick pada ruangan Terma & SyaratSemak kembali borang permohonan anda, sekiranya betul tekan HANTAR
    • Selesai
  2. Untuk Bisnes:
    • Layari pautan daftar TIME Fiber: https://time-internet.com.my/ms/memohon-time-fibre/
    • Pilih pada PAKEJ PERNIAGAAN
    • Pada PILIH TIME FIBRE PAKEJ PERIBADI, isikan:
      • Tempoh Kontrak – 24 bulan
      • Memilih Tarikh Pemasangan – Hari Kerja/Sabtu pagi
      • Pakej Internet – Pilihan Pakej anda inginkan
    • Pada MAKLUMAT SYARIKAT:
      • Isikan maklumat berkaitan Syarikat anda
      • Pastikan anda Muat Naik dokumen diperlukan sebagai pengesahan
    • Pada MAKLUMAT PEMOHON:
      • Isikan Butiran anda pada ruangan yang disediakan
      • Pastikan anda memuat naik Gambar Kad Pengenalan anda (Depan & Belakang)
    • Pada SEMAK KETERSEDIAAN TIME FIBRE – ALAMAT PEMASANGAN:
      • Isikan tentang Alamat kediaman anda
    • Seterusnya Tick pada ruangan Terma & Syarat
    • Semak kembali borang permohonan anda, sekiranya betul tekan HANTAR
    • Selesai

 

SOALAN LAZIM

 

Apakah keunikan TIME Fibre Unlimited Home Broadband berbanding dengan pembekal internet yang lain?

TIME Fibre Unlimited Broadband berjalan pada rangkaian fiber optik dengan berkelajuan tinggi dan mampu memberikan anda akses ke Internet dengan kelajuan yang lebih tinggi sehingga ke 500Mbps.

 

Adakah terdapat tempoh kontrak minimum?

Ya, tempoh kontrak adalah selama 24 bulan.

 

Adakah saya memerlukan talian telefon untuk bersambung ke TIME Fibre Perniagaan?

Anda tidak perlu satu talian telefon untuk disambungkan ke perkhidmatan itu. Walau bagaimanapun, sambungan fiber optik ke rumah anda diperlukan dengan perkhidmatan ini. TIME menyediakan perkhidmatan pemasangan yang lengkap ke rumah anda untuk memudahan anda.

 

MAKLUMAT LANJUT

 

Untuk maklumat lanjut berkenaan internet TIME Fiber, anda boleh layari web rasmi TIME Fiber di pautan time-fibre.com\

 

ARTIKEL LAIN

CARA LANGGAN INTERNET YES 4G/ONEXOX/TUNE TALK/DIGI/MAXIS/CELCOM/ UMOBOLE/RED ONE (Subscribe Internet )

CARA LANGGAN DAFTAR CONNECTme NOW(Harga & Pakej)

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *