CARA DAFTAR U-PUSTAKA OOKBEE BUFFET (Akses Bahan Digital Percuma)

CARA DAFTAR U-PUSTAKA OOKBEE BUFFET (Akses Bahan Digital Percuma)

CARA DAFTAR U-PUSTAKA OOKBEE BUFFET

Jika anda berminat untuk membaca bahan digital seperti eBook, eLearning, eNews, Audio Book dan lain-lain.Anda boleh daftar U-Pustaka Ookbee Buffet.Bagaimanakah cara untuk daftar U-Pustaka Ookbee Buffet?

Anda hanya perlu guna no Mykad sahaja untuk akses bahan digital percuma.

 

CARA DAFTAR U-PUSTAKA

Berikut adalah Cara Daftar U-Pustaka:

  1. Pergi ke Portal U-Pustaka di u-library.gov.my

 

  1. Pada halaman utama, anda scroll ke bawah sikit dan cari butang ‘Register’.

 

  1. Sebelum mulakan pendaftaran, anda perlu buat pengesahan MyKad. Jadi anda perlu masukkan butiran nombor MyKad, nama penuh (seperti dalam IC) dan klik ‘Check Account’.

 

  1. Kemudian, barulah anda masyukkan maklumat diri seperti tarikh lahir, alamat emel, nombor telefon, alamat surat menyurat, latar belakang pembelajaran, sambungan internet dan akhir sekali anda kena tetapkan User ID dan password. Jika sudah selesai, klik ‘Register’.User ID dan password inilah yang akan digunakan untuk Login akaun U-Pustaka anda ini.

 

  1. Satu emel akan dihantar kepada anda bagi tujuan aktifkan akaun keahlian U-Pustaka. Klik sahaja link yang diberi tersebut dan SELESAI!.

 

Bagaimanakah Cara Akses Bahan Digital U-Pustaka?

Beriku adalah caranya:

Anda perlulah Login di portal U-Pustaka

Cari ‘Online Database’ pada bahagian Quick Links di halaman utama portal tersebut.

Anda akan dibawa kepada kesemua pengkalan data yang disediakan oleh pihak Perpustakaan Negara Malaysia.

Contohnya , anda nak baca novel, anda boleh cari Ookbee Buffet: All-You-Can Read. Untuk dapatkan akses secara percuma, daftar terlebih dahulu:

 

  1. Klik pada Ookbee Buffet tersebut .
  2. Kemudian klik ‘Mohon Disini’.
  3. Mauskkan alamat emel sama seperti yang anda daftar pada akaun U-Pustaka tadi dan klik ‘Aktifkan’.
  4. Masukkan maklumat yang diperlukan untuk daftar akaun Ookbee dan klik ‘Register’.
  5. Satu emel pengesahan akan dihantar ke alamat emel anda dan anda perlu klik sahaja link tersebut dan selesai!.
  6. Anda boleh akses Ookbee Buffet sama melalui aplikasi di Play Store atau App Store sahaja. Semua bahan digital dalam tersebut adalah PERCUMA!.

 

SOALAN LAZIM

 

Apakah contoh surat khabar digital yang boleh diakses dalam Ookbee Buffet?

Anda boleh baca surat khabar digital seperti New Straits Times, Berita Harian, Metro dan Sinar Harian. Kesemuanya adalah keluaran terbaru yang dikemaskini setiap hari.

Berapakah kadar langganan Ookbee Buffet?

Untuk dapatkan kesemua akses bagi setiap kandungan yang ada, anda perlu langgan sekitar RM13.90 untuk akses majalah sahaja atau keseluruhan kandungan sebanyak RM16.90 sebulan atau RM169.00 untuk setahun.

Tetapi sebenarnya khusus untuk rakyat Malaysia anda boleh dapatkan akses secara percuma sahaja iaitu menerusi U-Pustaka yang diuruskan oleh pihak Perpustakaan Negara Malaysia (PNM).

 

ARTIKEL LAIN

TEMUJANJI BANK ISLAM ONLINE(Cara Buat Permohonan & Booking Slot Janji Temu)

1 thought on “CARA DAFTAR U-PUSTAKA OOKBEE BUFFET (Akses Bahan Digital Percuma)”

Leave a Comment